Semua peserta berkumpul di sebuah dewan dalam istana. Masuk sahaja mereka sudah diperlihatkan dengan sebuah pentas besar dengan pelbagai alat muzik di atasnya.
"Selamat pagi" ucap Cik Anna yang berada di atas pentas.
"Seperti yang anda lihat di atas pentas ni ada pelbagai alat muzik. Jadi tugasan kali ini adalah melibatkan muzik. Anda dikehendaki mencipta sebuah lagu tak kisah genre apa tetapi mestilah asli"
"Anda diberi masa 2 jam 30 minit untuk mencipta. Tidak kisah apa jenis alat muzik yang akan anda gunakan sekiranya memerlukan backup singer ke pemain muzik ke boleh beritahu kami"
"Sebelum bermula saya akan perkenalkan juri-juri yang akan memantau dan menilai kamu" juri-juri kemudiannya keluar dari tirai dibelakang pentas. "Yang pertama Permaisuri Sofia, juri yang kedua Putera Daniel Izaril dan juri yang ketiga Putera Fawwaz Izzudin"
Alice memandang Fawwaz dengan pandangan terkejut. 'Putera?!" bisik hatinya. Fawwaz hanya memberi senyuman manisnya.
"Masa anda bermula sekarang" kata Cik Anna. Semua peserta mula bergerak mengambil alat muzik dan beberapa alatan yang lain. Mereka mula mencari tempat untuk memulakan tugasan. Hanya Alice sahaja yang bergerak perlahan. Sempat lagi dia menhadiakan satu jelingan tajam kepada Fawwaz. Diambilnya gitar dan duduk di hujung pentas.
30 minit berlalu semua peserta fokus membuat lagu. Alice hanya duduk dan bermain gitar. Kertas muziknya masih kosong. "Alice buat apa tu?" tegur Permaisuri Sofia. Alice terkejut.
"Hah? Erm tak buat apa lagi tengah cari idea lagi ni" kata Alice.
"Kenapa tak mula lagi nanti tak sempat siap"
"InsyaAllah sempat"
"Hmm ye la beta tengok peserta lain pula" kata Permaisuri Sofia lalu berlalu pergi. Tidak lama kemudian Putera Daniel Izaril menghampirinya.
"Kamu buat apa tu?" tanya Izaril.
"Tak ada apa-apa" jawab Alice malas.
"Apa maksud kamu 'tak ada apa-apa' tu?"
"Tak ada apalah kalau saya buat 'ada apa- apa' nanti TERmenang nanti macam mana?" marah Alice.
"Ya jugak kan? Kamu ada cakap apa-apa dengan bonda ke?"
"Tak ada apa" jawab Alice malas.
"Tak ada apa, tak ada apa tu je la yang kamu tau dahlah baik saya tengok peserta lain" Izaril pergi dari situ.
Masa tinggal lagi 1 jam 30 minit dan Alice masih tidak buat apa-apa. "Awak buat apa Alice?" tanya Fawwaz. Alice memandang Fawwaz tajam.
"Awak orang ketiga tanya saya soalan yang sama. Saya...tak...buat...apa...apa..." terang Alice satu-satu. 'Nasib baik juri tiga orang kalau sepuluh orang penat nak jawab'
"Ye la awakkan hebat dalam muzik ni. Juara tiga kali berturut-turut pertandingan muzik. Tak buat apa-apa pun boleh menang" kata Fawwaz.
"Macam mana tuanku tau? Oh ye la tuanku kan stalk saya" sindir Alice. "Apa kata tuanku tengok peserta lain pulak. Eh bukan-bukan 'stalk' diorang. Kan tuanku suka?!" Fawwaz tergelak kecil.
"Buat apa tengok orang lain? Baik tengok awak lagipun awak bukannya buat apa-apa pun kan?"
"Sebab saya tak buat apa-apa lah tuanku kena tengok peserta lain yang tengah buat apa-apa tu" kata Alice. Fawwaz tergelak dengan perangai Alice yang tah apa-apa tu. Comel.
Masa masih berbaki 30 minit. Alice masih tidak buat apa. Manakala peserta lain ada yang sudah siap.
Ella memainkan sedikit lagu yang sudah siap. Putera Daniel Izaril menghampirinya.
"Nasib baik awak ingat lagi lagu ni" kata Izaril.
"Mestilah saya janji saya takkan lupa lagi" kata Ella sambil mengangkat tangan tanda berjanji.
Putera Daniel Izaril terpandang Alice yang duduk tak buat apa-apa. 'Huh budak tu betul-betul tak buat apa? Pelik'
Alice bosan. Dia mengambil gitar dan mainkannya. Tiba-tiba Fattah menghampirinya. Alice memberi pandangan tajam kepadanya.
"Wow rileks okey. Saya tak nak tanya apa awak buat. Lagipun saya bukan juri" kata Fattah apabila Alice memandangnya tajam. "Saya nak tanya, awak kenapa?"
"Tak ada apa" jawab Alice. Soalan yang berbeza jawapan masih sama.
"Awak nampak lain. Awak ada masalah ke? Dari tadi saya tengok awak tak buat apa"
"Entah saya tak ada mood nak buat apa-apa"
"Kalau..." kata-kata Fattah dipotong apabila Cik Anna mengumumkan masa sudah tamat. Alice terus berkumpul dengan peserta lain.
*****
Hai... Thanks kpd yg bca, vote and comment crita ni.... Sorry if cerita makin tah apa-apa or merepek... ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...