Putera Daniel Izaril duduk termenung. Kebelakangan ni Alice sering berjumpa dengannya mengatakan bahawa dia El. Di kalangan peserta dia seorang sahaja yang macam tu. Mungkin sebab yang lain tak tau. Kalau mereka tau mungkin lebih parah.
Hubungan dia dengan Ella semakin baik. Semakin lama kepercayaan dia kepada Ella makin menebal. Dia yakin Ella ialah El.
"Hai Izaril" kata Alice. 'Dia dah mai dah' bisik hati Izaril. Izaril hanya menjeling.
"Alice sampai bila kamu nak ganggu beta?"
"Sampai awak percaya saya El" jawab Alice.
"Beta sepatutnya singkirkan kamu hari tu tau tak?"
"Tapi saya tak tersingkirkan? Tu maknanya kita ni ada jodoh" kata Alice sambil tersenyum.
Izaril memerhati Alice. Dia seakan berubah. Cara percakapan dan gayanya seperti El.
'Ish takkanlah Izaril. Mungkin tu taktik dia nak goda kau' bisik hati Izaril.
"Kenapa pandang saya macam tu?" tanya Alice sambil tersenyum.
"Kamu jangan nak fikir bukan-bukan" kata Izaril. "Alice kalau betul kamu El. Buktikan pada tugasan seterusnya. Tolong jangan ganggu beta macam ni. Beta rimas"
"Okey! Saya buktikan kat awak nanti. Tapi janji jangan singkirkan saya tau" kata Alice sambil tersenyum lalu pergi dari situ.
"Kaulah orang pertama yang aku singkirkan nanti" kata Izaril selepas Alice pergi dari situ.
*****
"Hai bro!" kata Fawwaz. Dia dan Fattah sengaja datang ke bilik Izaril untuk lepak bersama.
"Kau dah kenapa?" tanya Fattah perasan akan muka keruh Izaril.
"Tak ada apa" kata Izaril.
"Hmm ye la tu tengok muka pun dah tau. Story la..." pujuk Fawwaz.
"Hmm. Aku tak tau lah. Alice tu hari-hari jumpa aku kata dia El. Nanti sekejap lagi datang lah dia cakap pasal benda tu" adu Izaril. Fawwaz tersenyum. Tu adalah idea dia supaya Izaril rasa ragu dengan Ella.
"Entah-entah Alice tu memang El" kata Fattah.
"Ish takkanlah hati aku kuat mengatakan Ella tu El" kata Izaril yakin.
"Ye ke? Aku bukan apa, tapi tu la, aku dapat rasakan macam ada something yang pelik. Aku rasa lainlah bila dengan Ella. Aku tak tau apa tapi entahlah perasaan aku je kot" kata Fattah.
"Aku pun rasa macam tu rasa macam dia berpura-pura" kata Fawwaz pula. 'Memang pura-pura pun' kata Fawwaz lagi dalam hati.
"Korang ni dah kenapa kalau Ella bukan El sekalipun aku tetap plih dia sebab aku cintakan dia" marah Izaril.
"Kalau kau dah cakap macam tu okeylah tapi jangan menyesal" kata Fawwaz geram. "Aku keluar dulu". Dia bangun dan mahu keluar dari bilik itu.
"Izaril tolonglah cepat sedar. Kau jangan menyesal nanti' bisik hati Fawwaz. Dia membuka pintu terkejut melihat Alice.
Air mata Alice mula bertakung. Dia dengar semuanya. Sakit hatinya. Dia berlari pergi dari situ. Dia tau Fawwaz mengejarnya tapi dia buat tidak tahu.
*****
Dalam minggu ni je sudah berapa kali Alice menangis sedangkan kali terakhir dia menangis lima tahun yang lepas.
Fawwaz duduk disebelahnya dan menarik dia ke dalam dakapan.
"Menangislah saya tau awak sakit. Saya faham" kata Fawwaz. 'Sebab saya pun sakit'
"Fawwaz betul ke apa yang saya buat ni? Saya rasa macam nak tarik diri je" kata Alice sambil menangis dalam dakapan Fawwaz. Sungguh dia merasa tenang.
"Entahlah. Awak tanya hati awak apa yang awak nak" jawab Fawwaz.
Tiba-tiba Alice teringat kata-kata mummynya. "Kalau kita sayangkan dia kita akan lepaskan dia untuk kebahagiaan dia. Sebab kalau betup dia sayangkan kita dia mesti ingat kita"
'Betul aku akan lepaskan dia' kata Alice dalam hati. "Fawwaz saya nak tarik diri" Alice bangun menghadap Fawwaz.
Fawwaz tersenyum dalam hati. "Betul ni?" tanya Fawwaz. Alice mengangguk. Dia mengesat air matanya.
"Kalau awak rasa itu yang terbaik awak buatlah" kata Fawwaz. 'Kalau Alice tarik diri bolehlah aku mulakan plan aku' bisik hatinya.
*****
Alice menarik nafas. Dia mengetuk pintu bilik Izaril. Apabila diarah masuk baru dia masuk.
"Ada apa lagi cik Alice?" kehadiran Alice sudah dapat diagak oleh Izaril.
"Oh saya tau apa kamu nak cakap. Kamu nak cakap yang kamu El dan Ella tu penipu bla bla bla... Tapi beta nak bagi tau sekali lagi kamu..."
"Saya nak tarik diri" potong Alice.
"Apa?"
*****
Hai... Macam mana okey? Thanks kpd yg bca, vote and comment cerita ni... ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Novela JuvenilPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...