BAB 7

1.9K 78 0
                                    

   "Tahniah diucapkan kepada Ella. Macam yang anda semua nampak siapa yang menang akan mendapat bunga emas dan peluang berdating bersama putera. Jadi Ella siap-siap lepas ni awak ada dinner dengan Putera Daniel" kata Cik Anna. Ella tersenyum gembira.

   "Tetapi... Kami juga akan melakukan penyingkiran..." sambung Cik Anna. Semua peserta terkejut. Alice tidak memberi sebarang response.

   "Mungkin anda tidak tahu tetapi gerak-geri, tingkah-laku awak semua kami akan perhatikan. Orang yang bakal tersingkir nanti bukan sahaja gagal dalam tugasan yang diberikan malah mempunyai tingkah laku yang tidak sesuai untuk dijadikan isteri Putera Daniel" kata Fattah.

   "Dan peserta tersebut ialah Scha. Maafkan saya" sambung Putera Daniel.

   "What?! Apa?! No tuanku tak. Kenapa saya? Saya...saya dah buat yang terbaik. Kenapa?" marah Scha.

   "Scha... Awak boleh kemas barang awak dan pindah ke  bilik di kawasan barat istana. Pembantu istana akan membawa kamu. Dan sesiapa yang tersingkir dilarang berada di kawasan timur istana" terang Putera Daniel.

   "Jap... Maksudnya kalau kita tersingkir kita tak boleh keluar dari sini? Kenapa?" tanya Alice.

   "Ya kamu semua tidak dibenarkan keluar dari istana sehingga pertandingan tamat"

   "Ish" rungut Alice. Dia kalau boleh nak keluar dari sini.

*****

   Alice duduk sendirian di taman istana. Fikirannya serabut dengan banyak perkara.

   "Ehem!"tegur Fattah."Boleh saya duduk?" Alice hanya menjeling.

   "Boleh ke kaki saya dah lenguh ni?!" tanya Fattah lagi.

   "Siapa suruh awak diri kan banyak lagi kerusi kat sini" jawab Alice dingin.

   "Ish tak payah la garang sangat" usik Fattah.

   "Dah tau saya garang tak payah la kacau saya" marah Alice. Dia sudah mahu bangun dan pergi dari situ.

   "Kenapa awak stop main piano tadi? Saya dengar awak main sedap je..." kata Fattah. Alice duduk kembali. Fattah terus mengambil tempat dis sebelah Alice. Alice menjeling.

   "Sedap? Awak tak dengar ke banyak benda yang tak kena?" tanya Alice. 'Rasanya banyak not yang aku salah main'.

   "Tak saya dengar betul je... Cuma ada satu part yang sumbang sikit pastu awak berhenti. Kalau awak teruskan mesti awak menang sebab Ella tadi banyak not yang salah masa mula-mula" terang Fattah.

   "Macam mana Putera Daniel tahu lagu ni?"

   "Entah saya selalu dengar dia main lagu ni saya tak tanya pula mana dia tau lagu ni".

   Ella termenung memikirkan macam mana Putera Daniel Izaril boleh tahu lagu tu.

   "Awak tak suka duduk sini ke?" tanya Fattah mematikan lamunan Alice.

   "Tak"

   "Kenapa?"

   "Sebab saya tak suka"

   "Ye la sebab apa?"

   "Kenapa awak ni banyak tanya?" tanya Alice rimas.

   "Tak de la saja je boring"

   "Bukan awak patut ikut Putera Daniel ke?"

   "Buat apa saya ikut dia. Dia ada date lepas ni. Takkan saya nak kacau daun. Baik saya duduk sini date dengan awak" kata Fattah. Alice tersenyum sedikit.

   "Ye la. Saya masuk ni bukan secara rela pun. Mummy yang paksa kalau ikutkan hati hari pertama saya nak tersingkir pergi dari sini. Tengok-tengok kena stay jugak walau dah kena singkir" Alice tak tau kenapa hatinya terbuka untuk bercerita kepada lelaki ini. Pada hal tadi dia tak suka lelaki tu ada kat sini.

   "Hahaha tu la. Tau tak bahagian barat istana tu kawasan lama istana jadi ramai yang cakap kat sana ada sesuatu yang em.. awak tau kan"

   "Maksud awak hantu?" tanya Alice takut.

   "Awak yang cakap...". Alice cepat-cepat menutup mulut. Fattah hanya mengeleng kepala.

   "Tak da lah mana la saya tau saya tak pernah nampak" secara automatik tangan Alice memukul Fattah.

   "Aduh! Tapikan dah tau awak tak nak reject je la kenapa mummy awak nak paksa juga?" tanya Fattah tangannya masih mengosok bahu yang dipukul Alice.

   "Dah mummy saya merayu suruh masuk. Lagipun kalau saya reject mesti kena denda kan. Saya tak naklah masuk penjara" terang Alice.

   "Penjara? Hahaha... Siapa cakap masuk penjara? Denda dia cuma jadi sukarelawan je...  paling teruk pun cuci toilet. Hahaha" terang Fattah sambil ketawa terbahak-bahak.

   "Apa? Ish tak guna betul lah!" marah Alice.

*****

   Ella duduk di hadapan Putera Daniel. Dia memegang sejambak bunga ros merah. Dia terpegun dengan hiasan dalaman restoran istana.

   "Ella saya nak tanya awak tau ke lagu yang awak main tadi?" tanya Putera Daniel.

   "Erm tahu. Saya selalu main lagu ni" jantung Daniel Izaril berdegup laju.

   "Awak ingat memori lagu ni? "

   "Ingat. Lagu ni ada memori antara saya dan arwah papa" Ella cuba menahan air mata.

   " Dan?"

   " Dan keluarga saya" Daniel bungkam. Bukan jawapan itu yang diharapkan.

   "Oh. Awak pernah belajar kat institut muzik kan?"

   " Ye kot. Saya tak berapa ingatlah. Tapi saya ada sijil dia. "

   "Awak tak ingat?"

   "Macam yang tuanku tahu saya pernah kemalangan dan amnesia jadi saya tak berapa tau pasal diri saya"

   'A'ah la Izaril dia kan amnesia. Entah- entah dia El tapi dia tak ingat' fikir Daniel Izaril dalam hati.

   "Tuanku?" Ella melambaikan tangan dihadapan muka Daniel Izaril.

   "Oh ye sorry. Erm awak tak payahla bertuanku dengan saya panggil Izaril je"

   "Oh kalau macam tu tuanku... maksud saya Izaril bolehlah kalau saya nak panggil awak Iz je?"

   "Boleh" jawab Izaril. 'Ella memang macam El. Mata dia pun'.

    Makan malam mereka berjalan lancar dan meriah dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang