Izaril duduk di taman istana berseorangan geram hatinya apabila Alice mempertahankan Fawwaz.
Alice yang rasa sebersalah perlahan-lahan menghampiri Izaril.
"Awak..." panggil Alice lembut tapi tidak diendahkan. "Awak..." panggilnya lagi tetapi masih tak diendahkan. Alice geram dan ingin pergi dari situ tetapi Izaril segera menahanya.
"Awak tengah cuba permainkan saya ke?"tanya Izaril dengan pandangan yang tajam.
"Mana ada apa yang awak merepek ni"
"Awak tengah cuba balas dendam sebab saya tinggalkan awak dulu ke?"
"Tak saya..." Alice cuba menerangkan tetapi dihalang Izaril.
"Ke awak rasa bersalah sebab saya buta dan hilang ingatan dulu sebab awak?"
"Mana awak tau?" Alice terkedu.
"Mana saya tau tak penting la! Sampai hati awak. Saya ingat awak betul-betul cintakan saya, rupa-rupanya awak cuma nak bertanggungjawab dengan apa yang jadi dulu je kan?!"
"Tak Izaril saya boleh terangkan"
"Dahlah! Sekarang awak tentukan sama ada awak nak teruskan pertunangan ni atau kita putuskan je" kata Izaril dan terus meninggalkan Alice.
"Awak..." panggil Alice tapi tidak diendahkan Izaril.
*****
Sekali lagi di taman istana Alice menghamburkan tangisannya. Fawwaz yang dari tadi hanya memerhati perlahan-lahan menghampiri Alice.
"Alice saya minta maaf. Saya tau saya salah" rayu Fawwaz. Hatinya sekarang penuh dengan rasa bersalah. Bersalah sebab membuatkan orang yang paling disayanginya menangis.
"Alice tolonglah. Tolonglah cakap dengan saya" rayunya lagi apabila Alice seakan mengabaikannya.
"Alice please Im begging you. Maafkan saya. Saya sanggup buat apa je asalkan awak maafkan saya" Fawwaz akhirnya melutut dihadapan Alice. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Alice memaafkannya.
"Awak nak hukum saya? Hukumlah asalkan awak maafkan saya. Tolonglah Alice"
Secara tiba-tiba Alice menadahkan sebelah tangannya kearah Fawwaz. Fawwaz hanya memandang pelik.
"Ambilkan saya tisu. Lepastu baru saya maafkan awak" kata Alice dengan suara serak.
"Hah?" Fawwaz terpinga-pinga
"Tawaran terhad"
"Oh okey. Kejap!" Fawwaz berlari mendapatkan tisu. Satu kotak dibawanya khas untuk Alice. Alice menyambutnya dengan senyuman.
"Awak dah maafkan saya kan?" tanya Fawwaz berharap.
"Dah"
"Terima kasih. Saya tau apa yang saya buat tu tak sepatutnya dimaafkan. Awak jangan risau lepas ni saya akan pergi dari sini. Jauh. Tapi saya nak awak tau. Kalau saya boleh putarkan balik masa saya takkan buat macam tu" janji Fawwaz bersungguh. Dia sanggup pegi jauh asalkan Alice takkan tersakiti lagi.
"Saya tau awak tak jahat" kata-kata Alice menyentak Fawwaz. "Kalau betul awak jahat mesti awak dah teruskan niat awak tu kan?"
Fawwaz hanya memandang Alice tanpa berkata apa-apa. 'Sebab saya tak sanggup nak sakitkan hati orang yang saya sayang?' bisik hatinya.
"Terima kasih sebab fikir saya macam tu. Saya akan pergi lepas wedding awak dengan Izaril"kata Fawwaz terharu kerana Alice masuh bersangka baik dengannya.
"Maksudnya awak takkan pergi la"
"Kenapa?" Fawwaz pelik.
"Wedding kitorang mungkin takkan berlangsung" Alice menjawab sayu.
"Sebab saya ke?"
"Tak"
"Awak tipukan? Tak apa biar saya yang cakap dengan Izaril" Fawwaz terus bangun dan berlari ke dalam istana.
"Fawwaz!"
*****
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
