BAB 28

1.4K 46 1
                                    

"Fawwaz... Ish apasal gelap ni?" Fattah memasuki bilik Fawwaz yang gelap. Dia segera membuka lampu bilik Fawwaz.

"Ya Allah! Woi! Kau dah kenapa?" Fattah terkejut melihat keadaan Fawwaz yang sudah tonggang-terbalik diatas katil. Badannya diatas katil tetapi kepalanya kebawah.

"Amenda....?" soal Fawwaz.

"Kau apa hal tonggang-terbalik aku tengok?"

"Kau nak apa? Cepatlah keluar" halau Fawwaz.

"Haih mungkin nilah apa yang orang cakap frust menonggeng" kata Fattah perlahan. "Dah bangun" Fattah memaksa Fawwaz bangun. Ditariknya Fawwaz sampai terduduk diatas katil.

"Apalah masalah kau ni? Cakap dengan aku" soal Fattah.

"Tak ada apalah" Fawwaz baring semula. Kepalanya ditekup dengan bantal.

"Ish degil betullah. Susah betul jaga anak raja ni. Woi nenda kau dah panggil dah. Turun makan" Fawwaz buat bodoh saja.

"Dahlah semalam kau tak makan malam. Pagi tadi tak sarapan. Takkan makan tengah hari pun kau tak nak? Kuat gila perut kau"

"Aku tak ada seleralah" jawab Fawwaz malas.

"Wei orang lain pun pernah putus cinta tapi tak adalah macam kau"

"Ye la tu penipu. Habis tu yang kes bunuh diri tu apa?"

"Woi tu orang yang tak ada imanlah bongok. Kau tak terfikirkan nak 'tu' kan?" tanya Fattah. Manalah tau Fawwaz memang terfikir nak bunuh diri.

"Taklah. Aku masih waraslah" Fawwaz membaling bantal kepada Fattah.

"Ish kau ni. Dah turun nenda kau cakap kalau kau tak turun nenda sendiri naik" Fattah membaling semula bantal.

"Ish ye la"

"Kau ni dah mandi belum?"

"Dahlah. Aku pagi pagi dah mandi"

"Tak nampak macam dah pun"

"Diamlah!"

******

"Hah Fawwaz turun pun ingatkan dah tak tau nak turun" tegur nenda permaisuri. Fawwaz hanya senyap dan duduk berhadapan Alice. Alice hanya tunduk.

"Alice rasa-rasanya bila mummy kamu free? Bonda nak tau bila bonda boleh masuk meminang" tanya Permaisuri Sofia. Fawwaz tesentak. Hilang selera makannya. Izaril tersenyum sambil menunggu jawapan Alice.

"Erm... Kalau pasal tu mummy cakap bila-bila pun boleh. Cuma kena bagi tau awal-awallah bonda" jawab Alice.

"Hmm kalau ma..."

"Sudahlah makan je dulu. Nanti lepas semua habis makan baru bincang. Nenda nak semua ada kat ruang tamu lepas ni. Ada sesuatu yang nenda nak bicarakan" potong nenda. Akhirnya semua makan dengan senyap.

*****

Alice terkejut dengan kehadiran Fawwaz yang secara tiba-tiba dihadapannya. Fawwaz menghalang laluan Alice. Tetapi Alice segera mengelak tetapi sekali lagi dihalang.

"You know, saya tau apa jawapan awak untuk soalan hari tu. Saya tau yang awak akan pilih tanggungjawab. Tapi apa yang saya tak tau kenapa awak pilih Izaril" Alice memandang Fawwaz tajam. Satu jelingan dihadiahkan kemudian langkahnya diatur semula tetapi sekali lagi dihalang. Fawwaz menolaknya kasar kedinding. Tangannya diletakkan di kiri dan kanan Alice untuk menghalang Alice dari lari.

"Saya tertanya tanggungjawab apa yang ada pada Izaril. Is it takhta? If Im right why? Kenapa awak tak pilih saya? Awak nakkan takhta dan saya pun nakkan takhta and Ill give you my love. Saya boleh bagi awak tanggungjawab dan cinta" kata Fawwaz lagi.

"Awak tak boleh pilih dua-dua"

"Why? Why not? Cinta memerlukan tanggungjawab. Dan dari tanggungjawab lahirnya cinta"

"Tanggungjawab saya bukan takhta tetapi lebih dari tu" Alice mahu pergi dari situ tetapi Fawwaz segera menghalang. Tangannya memegang kasar bahu Alice.

"I dont care. Saya nak awak putuskan hubungan awak dengan Izaril dan kahwin dengan saya" paksa Fawwaz

"Tak boleh"

"Kenapa?" pegangan Fawwaz semakin kuat.

"Awak ni dah kenapa? Apa masalah awak ni?"

"Masalah saya awak"

"Saya tak faham tolonglah lepaskan saya" rayu Alice.

"Saya tau awak lebih dari faham"

"Let me go! You hurting me!" air mata Alice jatuh.

"You hurting me more..." Fawwaz melepaskan pegangan tangannya perlahan.

"Apa yang kamu berdua buat ni?" tegur nenda permaisuri. Fawwaz dan Alice terkejut. Segera Alice mengelap air matanya.

"Tak ada apa" jawab Alice takut.

"Tadi Alice nak jatuh Fawwaz tolong dia je" jawab Fawwaz tenang.

"Hmm kamu okey ke Alice?" tanya nenda risau. Alice hanya mengangguk. "Dah turun cepat" kata nenda permaisuri lalu meninggalkan mereka berdua.

"Untuk pengetahuan awak, saya bukan jenis yang mudah berputus asa. Walau apa yang jadi sekalipun, I'll make sure you'll be mine" bisik Fawwaz ke telinga Alice. Satu jelingan dihadiahkan dan dia segera meninggalkan Alice yang berdiri kaku.

******

Hai... Thanks sbb bca... Erm nak tanya mcm mne crita ni? Korg fhm x? Klau x bg taulah bhgn mna yg x fhm sya blh tlg huraikan... Jgn pelik knapa crita ni dgn sinopsis dia agak lari sbb sya sndri pun x tau hahaha... Cerita ni dh mula lari dr 'paksi'nya so hrp krg fhm...

Another Cinderella StoryWhere stories live. Discover now