"Saya nak tarik diri. Saya sanggup kena saman or bayar denda sekalipun asalkan saya dapat keluar" kata Alice. Hatinya sudah tawar untuk bertanding.
"Hah? Apa yang awak merepek ni dulu beria-ia nak saya safekan awak sekarang ni awak nak keluar?" tanya Izaril pelik. Tiada berbeta-kamu. Terkejut punya pasal.
Alice hanya mengangguk. Semalaman dia memikirkan tentang perkara ini.
"Saya tak boleh keluarkan awak" kata Izaril.
"Kenapa? Bukan ni ke yang awak nak? Saya keluar dari sini?"
"Memang saya nak awak tersingkir. Masalahnya kita terikat dengan kontrak" jawab Izaril.
"Dalam kontrak tu awak tak boleh tarik diri tapi saya boleh singkirkan awak" terangnya lagi.
"Jadi singkirkan saya" desak Alice.
"Boleh. Dengan syarat awak buat yang teruk untuk next task. Sebab nanti bukan saya sorang je juri"
"Okey!" jawab Alice. "Terima kasih tuanku" Alice menunduk sedikit kepalanya. Menyindir Izaril yang tidak lagi mengunakan gelaran beta-kamu.
"Ceh, dia sindir aku!" kata Izaril perlahan.
*****
"Tak sangka kau ni perempuan murahankan" kata Ella menghalang laluan Alice.
"Tak dapat Izaril lelaki lain pun kau nak" huh sakit hati Alice. Dah la sakit hati tadi tak habis lagi.
"Apa yang kau merepek ni" tanya Alice.
"Kau ingat aku tak tau? Hei aku nampaklah kau berpelukan dengan lelaki lain kat taman. Dah dua kali aku nampak" Alice buat dek je. Dia mahu berlalu pergi.
"Macam manalah kalau Izaril nampak mesti dia akan benci dan singkirkan kau" kata Ella lagi. Alice berhenti dan berpusing menghadap Ella.
"Kau bagi tau je la. Dia takkan kisah" kata Alice sambil tersenyum. 'Sebab dia memang benci aku dan dia memang akan singkirkan aku' bisik hatinya.
"Berlagaknya kau. Kau tunggu nanti aku akan kalahkan kau" kata Ella.
"Memang kau dah kalahkan aku tahniah" kata Alice lalu berlalu pergi.
"Apa maksud dia aku dah kalahkan dia? Betul ke atau dia nak sindir aku? Argh stress!" marah Ella.
*****
"So Alice macam mana? Awak okey ke?" tanya Fawwaz sejurus Alice duduk di bangku taman.
"Okey je" jawab Alice perlahan.
Fawwaz memandang wajah suram Alice. 'Awak tak okey nampak sangat air muka awak tu. Tak apa saya janji saya akan buat awak bahagia' bisik hatinya.
"Disebabkan awak dah nak tarik diri" kata Fawwaz. Alice segera memandangnya.
"Izinkan saya melamar awak menjadi kekasih saya" kata Fawwaz sambil berlutut.
"Apa semua ni?" tanya Alice.
"Please bagi saya peluang" rayu Fawwaz.
"Awak memang suka buat benda pelik dengan orang yang awak baru kenal eh?" kata Alice seakan tak percaya.
"Tak. Saya cuma buat dengan awak je"
"Huh kita baru kenal tak sampai sebulan and awak nak saya jadi kekasih awak. Apa ni?" tanya Alice dalam nada yang agak tinggi.
"Sebenarnya saya dah lama kenal awak. Nak dekat tiga bulan saya stalk awak" kata Fawwaz masih berlutut.
"Awak stalk saya?" marah Alice. "Jangan-jangan semua ni rancangan awak supaya saya tak dapat Izaril. Awak suruh saya tarik diri"
"Oh! Awak pakat dengan Ella eh? Argh! Kenapa saya percayakan awak?" marah Alice lagi. Fawwaz terus bangun daripada melutut.
"No no. Let me explain. Saya tak ada kena mengena dengan Ella. Saya cuba pujuk Izaril terima awak. Tapi saya tak rasa dia layak untuk awak. Sebab tu bila awak cakap awak nak tarik diri, saya nak lamar awak" terang Izaril.
"Saya jujur sukakan awak. Ada sebab kenapa saya stalk awak. Sebab yang lebih kurang sama dengan Izaril"
"Sebab apa?" tanya Alice.
"Saya akan bagi tau kalau awak terima" kata Fawwaz. "Kalau awak tak terima pun awak akan tau juga esok"
"Bagi saya fikir dulu" kata Alice. Dia terus bangun meninggalkan Fawwaz.
'Oh Alice kenapa cakap macam tu? Macam mana kalau dia memang berpakat dengan Ella' bisik Alice. 'Tapi dia nampak macam ikhlas' bisik hatinya pula. "Argh! Stress!"
*****
Izaril duduk di dalam bilik muzik menunggu kehadiran Ella. Ada yang perlu dipastikan pada Ella. Tiba-tiba pintu terbuka.
"Oh hai sorry panggil awak malam macam ni" kata Izaril
"Tak apa. Ada apa ya?" tanya Ella.
"Erm Ella saya nak awak dengar lagu ni" Izaril memainkan lagu menggunakan piano.
'Nikan lagu...'
"Awak tau lagu ni" tanya Izaril menyedarkan Ella dari lamunan.
"Saya tau saya pernah dengar dan saya selalu main. Ni lagu kitakan?" tanya Ella. Izaril tersenyum tetapi tidak mengangguk.
'Dia ingat. Memang tak syak lagi' kata Izaril dalam hati. "Kalau awak tau tolong mainkan lagu ni masa pertandingan esok. Saya hanya mainkan separuh. Esok saya nak awak mainkan lagu ni sepenuhnya"
"Sure" kata Ella sambil tersenyum. 'Senangnya tugasan esok'
*****
Hai... Mcm mna ok x? Sorry la bab ni agak boring... Thanks sbb bca, vote and comment... ^_^
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Fiksi RemajaPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
