Pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para juri sudah mengambil tempat. Para peserta mula merasa gemuruh kecuali Alice.
Pertandingan dimulakan dengan persembahan lagu daripada Suraya. Setelah tamat giliran Suraya tiba pula giliran Mel.
Persembahan diteruskan dengan persembahan daripada Ella. Ella memainkan lagu yang dimainkan Izaril semalam dengan baik tanpa ada satu cacat cela pun. Izaril tersenyum sepanjang persembahan Ella.
Tidak bagi Alice. Disaat Ella memainkan alunan piano sambil bernyanyi dia sudah mengerutkan muka. 'Macam mana dia tau lagu ni? Sedangkan lagu ni hanya aku dan Izaril je yang tahu dan pernah dengar' bisik hati Alice.
Akhirnya Ella menamatkan persembahannya. Persembahannya mendapat tepukan gemuruh terutama Izaril. "Okey kita dah jumpa pemenangnya" kata Izaril akibat terlalu teruja Ella dapat menghabiskan lagu tadi. Dia yakin Ella memang El.
"Bukan ada lagi ke? Alice belum buat persembahan lagi" tegur Fawwaz.
"Betul tu Izaril, Alice belum lagi. Biar dia habiskan dulu baru kita decide" tegur Permaisuri Sofia pula.
"Tapi aku dah jumpa El. Aku nak bawak dia jumpa nenda terus" bisik Izaril pada Fawwaz.
"Kot ye pun rilek la lagi sorang je kot" kata Fawwaz.
"Izaril habiskan dulu" tegur Permaisuri Sofia. Izaril akur. "Ye la"
*****
Ella turun dari pentas. Alice menghalangnya. Ella memberikan pandangan tidak puas hati.
"Mana kau dapat lagu tu?" tanya Alice kasar.
"Izaril yang bagi"
"Penipu. Lagu tu hanya aku dan Izaril je yang tau"
"Ye ke? Tapi sekarang ni aku dah tau" kata Ella sambil tersenyum jahat. Alice mengangkat tangan tetapi diturunkan semula. Tangannya digenggam kuat.
"Kenapa nak tampar aku lagi?" sindir Ella. "Kau mesti pelikkan macam mana aku tau semua pasal El dan Izaril?"
"Terima kasih kepada kau aku tau semuanya. Terima kasih sebab jadikan aku maid korang. Terima kasih sebab buang diari cinta kau dalam tong sampah" kata Ella. Alice terkejut. Memang benar dia membuang semua kenangannya bersama Izaril. Buku diari cinta mereka, buku lagu dan gambar mereka semua dibuangnya.
"Lastly, terima kasih sebab bagi aku menang" Ella terus meninggalkan Alice yang masih terkejut.
"Kau patut tarik balik terima kasih kau yang terakhir tu" kata Alice lalu berpusing menghadap Ella. Ella turut menghadap Alice.
"Huh apa lagi El?" sindir Ella.
"Tak semua kau tau pasal kitorang. Ada sesuatu yang kau tak tau tapi kitorang tau" kata Alice sambil tersenyum. 'Memang benar aku buang semuanya tetapi ada satu yang aku masih simpan'. Alice ingin bergerak ke atas pentas apabila Cik Anna memanggilnya. Ella mengerutkan dahi.
"Oh ya!" Alice menghadap Ella kembali. "By the way, kau ada buat satu kesilapan yang besar. Sangat besar" Alice terus bergerak ke pentas.
*****
Naik sahaja pentas Alice terus duduk dihadapan piano. Piano yang sama dimainkan Ella tadi. 'Eh bukan tadi dia ambik gitar ke?' bisik hati Izaril pelik.
"Saya akan nyanyikan lagu ni khas untuk seseorang" kata Alice sambil memandang Izaril lalu memainkan piano. 'Saya tau awak dah lupa. Biar saya ingatkan'
Terakhir ku katakan padamu
Jangan tangisi perpisahan ini
Kau harus kuat
Melepasku pergi dari hidupmu
Kelak kau kan mengerti
Mengapa semua ini harus terjadi
Memang tak sejalan dengan yang kau inginkan
Dan yang kau mahu
Cinta ini selalu untukmu
Rasaku takkan mungkin pernah habis
Meski kita tak lagi bersama
Jiwaku tetap utuh untukmu
Alice menamatkan nyanyiannya. Janji yang selama ini dipegangnya seakan takkan pernah ditunaikan. Air mata turut bergenang. Dia terus turun dari pentas.
Izaril tergamam mendengar lagu yang dinyanyikan Alice. Sepanjang nyanyian Alice dia terkaku. Lagu yang dinyanyikan Alice tadi mengingatkan dia kepada sesuatu.
"Weh cepatlah bagi markah jangan nak termenung je... kan kau nak benda ni habis cepat" sindir Fawwaz. Izaril tersentak. Dia terus memberi markah peserta.
*****
"Lagu apa yang kau nyanyi tadi" tanya Ella.
"Bukan kau tau semua pasal El dan Izaril ke? Takkan benda ni kau tak tau. Benda ni penting sangat" jawab Alice.
"Huh kau tak payah berlagaklah" kata Ella. Sebenarnya hatinya agak gusar. 'Macam mana kalau lagu tadi memberi kesan kepada Izaril? Argh rosaklah plan aku!'
"Biar aku bagi tau apa kesalahan besar kau tadi" kata Alice. Ella hanya menjeling. "Lagu tu lagu duet. Kau ingat apa sebab diorang sediakan pemain muzik?" dahi Ella berkerut.
"Kau sepatutnya menggunakan seorang pemain muzik yang mereka sediakan. Dalam lagu tu El tak main piano. Dia main gitar. Kau dah terperangkap" Alice tersenyum lalu meninggalkan Ella.
'Ish tak guna' kata Ella dalam hati nak jerit tak boleh nanti terbocor rahsia.
*****
Hai... Thanks sbb bca, vote and comment crita ni... Lagu kat atas tu lagu Cakra Khan tp dlm crita ni sya buat lgu El dan Iz... Sorryla sya x pndai nak tlis lgu sndri... ^_^
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
