Bab 31

1K 28 0
                                        

    Sudah tiga hari Izaril menjauhkan diri daripada Fawwaz dan Alice. Fawwaz nekad dia harus memulihkan semula keadaan.
   Sebaik sahaja Fawwaz terserempak dengan Izaril terus diheretnya ke dalam satu bilik. Izaril yang terkejut tak boleh buat apa-apa tetapi terpaksa mengikut saja.
   "Izaril aku mintak maaf" ucap Fawwaz sebaik sahaja mereka berada didalam bilik.
   "Kau tak boleh mintak maaf elok-elok ke?" sindir Izaril.
   "Ye la... Dah kau asyik ngelak aku je terpaksalah aku heret kau macam ni" terang Fawwaz.
   "Aku tau aku salah. Aku bodoh sebab terhasut dengan si Ella tu. Kau boleh salahkan aku marahkan aku tapi tolong jangan marahkan Alice. Dia mangsa je..." rayu Fawwaz lagi. Dia betul-betul menyesal dan rasa bersalah.
   Izaril hanya buat tak kisah. Lelaki didepannya sekarang ni lelaki yang dia paling percaya, sepupu yang paling dia sayang tetapi sanggup melakukan perkara yang paling dia tak sangka. Dia kecewa.
   "Hmm kalau kau tetap nak cancelkan wedding korang takpelah. Nak buat macam mana. Since preparation semua dah siap kau tak kisahkan aku ganti tempat kau" kata-kata Fawwaz mengejutkan Izaril. Segera dia memandang Fawwaz tajam.
   "Sape cakap kau boleh ganti aku?" marah Izaril. Dahlah cuba buat benda bukan-bukan kat tunang orang. Ada hati pulak nak ganti tempat orang.
   "Habistu kau diam je... aku ingat kau tak nak"
   "Sape cakap?" tanya Izaril geram.mau saja dia menumbuk Fawwaz tetapi dia tersedar sesuatu. "Kenapa kau buat macam tu?"
   "Kau taukan aku suka Alice. Mula-mula aku ingat kau yang rampas dia dari aku rupanya kau dah dapat dia dari dulu. Sebab tu aku frust" terang Fawwaz. Air mukanya berubah sedih. Alice cinta pertamanya. Macam mana dia mahu melupakannya.
   "Hmm... aku tak sangka pulak. Perempuan yang kau selalu cerita tu, Alice" Fawwaz selalu menceritkan tentang gadis yang menjadi cinta pertamanya. Tanpa Izaril sedar cinta pertama mereka adalah orang yang sama.
   "Haih nak buat macam mana. Tak ada jodoh. Jodoh dia dengan kau" keluh Fawwaz
   "Hmm tau tak pe..." jawab Izaril dengan... senyuman.
   "Kau dah maafkan aku?" tanya Fawwaz teruja.
   "Kotlah" jawab Izaril acuh tak acuh. Fawwaz tersenyum. Dia tau sedaranya ni mesti faham kenapa dia jadi sebegitu.
   "Haih dahlah pegilah pujuk Alice tu kesian dia. Dia ingat kau marah kat dia"
   "Mana ada aku marah kat dia..."
   "Eh siap ugut nk cancel wedding tu bukan marah ke?" sindir Fawwaz
   "Tak... Aku cuma geram je time tu" kata-kata Izaril terhenti. "Aku rase macam tak guna je tak dapat lindungi dia dari lelaki macam kau" kata-kata Izaril menyentak Fawwaz.
   "Eh kan aku dah mintak maaf"
   "Ye la... dah aku nak pegi pujuk cinta hati aku dulu. Ouh and kau buat masa ni please jauhkan diri kau dari Alice. Aku still marahkan kau lagi..." kata Izaril sambil menepuk kuat bahu Fawwaz sambil tersenyum yang dibuat-buat.
   "Yelah... tapi Izaril... Ingat walaupun kau raja indera sekali pun, sekali je. Sekali kau sakitkan dia aku tak teragak agak nak ambik dia dari kau" ugut Fawwaz pulak sambil melakukan perkara yang sama kepada Izaril.
   "Aku takkan" Izaril kemudian keluar dari bilik dan meninggalkan Fawwaz.
   Fawwaz bersandar di dindimg sambil mengeluh kasar.
*****

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang