Aktiviti hari ini ialah melibatkan jahitan. Persaingan amat sengit terutama di antara Ella dan Alice. Peserta diminta untuk mereka sehelai baju. Bagi Mel mereka baju dan menjahit baju ni celah gigi dia je. Maklumlah COO syarikat fashion.
"Auch!" bila orang tak biasa guna jarum tu la jadinya. Tercucuk situlah tercucuk sinilah.
"Ish aduh!" keluh Alice bila jarinya tercucuk jarum.
"Alice okey ke?" tanya Fattah risau. Alice mengangguk. Matanya memerhatikan Putera Daniel Izaril yang berada di sebelah Fattah.
'Benci sangat ke dia dengan aku?' fikir Alice. Putera Daniel langsung tidak mahu memandangnya.
"Wow first time tengok Mel serious" kata Fattah. Alice dan Putera Daniel memandang Mel. Hari ni Mel tidak bercakap atau buat perangai pun. Dia buang tabiat ke? Tak dia memang macam tu kalau bekerja.
"Auch!" jerit Ella. Terkocoh-kocoh Izaril mendapatkan Ella. "Awak okey?" tanya Izaril. "Ok sikit je ni" kata Ella. Putera Daniel Izaril mengeluarkan sapu tangan dan mengelap darah Ella.
Alice, Fattah dan yang lain hanya memerhati. Menyirap darah yang lain. 'Aik kusyuknya budak ni buat kerja tak pandang keliling dah' bisik hati Fattah bila melihat Mel yang masih berkerja.
Keputusan kemenangan diumumkan dan pemenangnya adalah Ella. Semua orang terkejut termasuk bonda Putera Daniel Izaril. Mereka ingatkan Mel yang menang.
Mel sedih. 'Macam mana aku boleh kalah? Dengan Ella pulak tu. Ni kalau mummy tau habislah' bisik hati Mel.
"Dan peserta yang akan disingkirkan adalah Alice" umum Putera Daniel. Alice terkejut. Terkaku dia disitu. Teruk sangat ke aku?
"Alice maaf awak boleh pergi sekarang" kata Cik Ana yang sebenarnya turut terkejut. Alice berkira untuk bergerak.
"Nanti dulu" tahan Permaisuri Sofia. "Beta tak rasa Alice perlu disingkirkan. Beta suka design dia. So beta tak nak Alice disingkirkan"
"Tapi bonda Izaril ada sebab untuk singkirkan dia" bisik Putera Daniel kepada bondannya. Permaisuri Sofia hanya menjegilkan matanya tanda 'jangan lawan cakap bonda'. Izaril mengalah.
"Alice saya bagi awak peluang lagi" kata Putera Daniel. Alice tersenyum sambil tunduk dan mengucapkan terima kasih beberapa kali.
*****
Hari ini Putera Daniel dan Ella berdating di taman lagi.
"Ella awak tau kenapa saya buat pertandingan macam ni?" tanya Putera Daniel Izaril.
"Tak kenapa?" tanya Ella semula.
"Sebab saya tengah mencari sebahagian dari diri saya"
"Sebahagian dari diri awak?"
"Seseorang yang pernah ada dalam hati saya and i think ive found it" kata Putera Daniel. Ella tersenyum.
"Saya rasa awak seseorang tu, El saya"
"Memanglah saya El. Nama sayakan Ella" jawab Ella.
"Saya tau. Sebenarnya orang yang saya cari tu nama dia El sama macam awak. Perangai, gaya dia sama macam awak. Thats why saya rasa awak El tu. El saya"
"Kalau betul saya El awak saya akan cuba ingat balik semuanya" kata Ella sambil memegang tangan Putera Daniel.
'Sabar Izaril dia kan hilang ingatan. Slow-slow kau buat dia ingat. El saya akan pastikan awak ingat semuanya' bisik hati Putera Daniel.
*****
Alice duduk di hadapan piano dalam bilik 'rahsia'. Sakit hatinya melihat kemesraan diantara Ella dan Putera Daniel.
Jarinya laju memainkan irama dari piano. Walaupun jarinya pedih akibat tercucuk jarum sewaktu menjahit, pedihnya tidak mampu melawan pedih dihatinya.
Perlahan-lahan air mata jatuh. Nasib baik tadi ada Permaisuri Sofia bonda Putera Daniel. Kalau tidak mungkin dia tersingkir.
"Hmm kenapa ya ada beauty menangis kat sini? Hmm ni mesti sebab Izaril" kata seorang lelaki yang tiba-tiba duduk disebelah Alice. Alice berhenti bermain piano akibat terkejut. Dia cepat-cepat menyeka air matanya.
"Hmm untunglah Izaril ada perempuan nangis sebab dia kalau aku tau macam ni lebih baik aku pun buat pertandingan macam ni" kata lelaki tu. "Kenapa stop main? Mainlah lagi"
Alice memandang tajam lelaki disebelahnya. "Awak ni siapa? Dari mana awak datang? Apa awak buat kat sini?" tanya Alice laju.
"Wow rileks. Slow-slow. Biar saya jawab satu-satu" kata lelaki itu sambil tersenyum.
"Pertama nama saya Fawwaz Izzudin. Awak boleh panggil saya Fawwaz ke Faw ke Waz ke Izzudin ke Iz ke suka hati awak asalkan awak panggil dengan nama manusia bukan benda lain" kata Fawwaz panjang. Alice hanya senyap malas nak layan. Bising betul lelaki sebelahnya ni cakap tak nak stop.
"Hmm... Ok... Awak panggil saya Iz je la" kata Fawwaz bila Alice masih senyap.
"Tak nak saya tak nak panggil awak Iz saya nak panggil awak Fawwaz" kata Alice dingin. Tiada siapa yang boleh dipanggil Iz selain Izaril.
"Okey... Suka hati awak" balas Fawwaz. "Kedua, saya datang dari luar. And lastly saya saja datang sini nak tengok awak" Putera Fawwaz menjawab semua soalan Alice tadi.
"So my beauty why awak menangis kat sini?" tanya Putera Fawwaz lagi.
"Awak ni kenapa? Suka hati sayalah nak nangis kat mana pun. Yang awak sibuk ni kenapa?" marah Alice.
"Well my dear. Saya bukan saja-saja nak sibuk saya cuma nak tambah amal kebaikkan saya dengan tolong awak" terang Putera Fawwaz.
"Well listen here Mr, saya tak kenal pun awak siapa kenapa awak nak sibuk hal saya?"
"Ish takkan awak tak kenal. Kan saya dah bagi tahu tadi nama saya Fawwaz. Ingat tak?" gurau Putera Fawwaz.
"Ish susahnya cakap dengan orang yang annoying macam awak ni. Saya taulah awak Fawwaz. Masalahnya kita baru kenal beberapa minit yang lalu. Apa hak awak nak sibuk hal saya?" marah Alice lagi.
"Yes memang saya tak ada hak. Lainlah kalau awak nak.beri 'hak' tu kepada saya" gurau Fawwaz. Alice mengerutkan lagi muka.
"Ok its a joke. Saya cuma nak tolong awak dapatkan Izaril. If awak nak la" tawar Fawwaz. Alice memandang Fawwaz sambil memikirkan tawaran tersebut.
*****
Hai... Macam mana ok tak? Kalau ada kesalahan ke atau apa2 yg x btul boleh la comment... Thanks kpd smua yg bca, vote and comment... ^_^
YOU ARE READING
Another Cinderella Story
Novela JuvenilPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...