Alice bersendirian di dewan makan. Dia duduk termenung. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Sesuatu yang penting. Sesuatu yang berkaitan dengan masa depannya. Lamunannya terhenti apabila Fattah menegurnya.
"Alice" tegur Fattah perlahan.
"Fattah kenapa?"
"Saya menganggu ke?" Fattah mengambil tempat berhadapan dengan Alice. Dia perhatikan wajah Alice yang kelihatan agak sedih.
"Tak" jawab Alice pendek.
"Sorry" ucap Fattah tiba-tiba
"Why?"
"Sebab saya awak dengan Fawwaz..."
"Taklah" potong Alice.
"Sebenarnya awak dah salah faham. Fawwaz memang berniat untuk rampas balik takhta tu sebab tu memang hak dia. Tapi dia tak pernah terniat pun nak gunakan awak" terang Fattah.
"Hmm sya tau" jawab Alice. Fattah pelik.
"Awak tau? Habis tu kenapa awak tolak lamaran Fawwaz?"
"Biar saya tanya awak soalan" Alice tidak menjawab soalan Fattah. "What if awak dah tersakitkan 'seseorang' and awak rasa bersalah yang teramat. Dan dia ada minta 'sesuatu' daripada awak. Awak rasa awak nak bagi ke?" tanya Alice.
"Hmm mungkin sebab rasa bersalah saya akan bagi" jawab Fattah.
"Macam mana pulak kalau dalam masa yang sama ada 'orang lain' yang nak juga 'sesuatu' tu. Awak nak bagi siapa?"
"Hmm susahnya soalan. Kalau saya, saya akan bagi dekat 'seseorang' tu sebab saya rasa bersalah, lagipun saya tak pernah cakap pun nak bagi 'orang lain' tu 'sesuatu' tu kan?"
"Tapi awak dalam tak sedar awak dah terbagi 'orang lain' tu harapan"
"Haih... Ikut kata hati je la. Kalau nak ikutkan rasa bersalah, dua-dua pun saya rasa bersalah" keluh Fatah. "Tapi apa 'sesuatu' tu?"
"Tak semua benda kita boleh bagi tau orang kan?" jawab Alice sambil tersenyum hambar.
*****
"Alice berapa lama lagi awak nak elakkan diri dari saya? Sumpah saya tak pernah berniat pun nak gunakan awak. Kalau betul saya nakkan takhta tu saya boleh ambil mana-mana perempuan je tapi tak saya pilih awak" terang Fawwaz. Alice hanya mendengar kemudian tersenyum.
"Saya tau. Saya mintak maaf sebab tuduh awak. Saya takkan mengelak awak lagi" jawab Alice lembut.
"Apa?" Fawwaz terkejut dengan reaksi Alice. "Awak dah tak marah?"
"Tak" jawab Alice. Fawwaz sudah tersenyum sampai ke telinga.
"Baguslah. Awak tau tak saya sampai tak tidur malam fikirkan awak. Alice..."
"Fawwaz. Biar saya tanya awak satu soalan" potong Alice. Fawwaz cuak.
"Apa dia?"
"Antara cinta dan tanggungjawab yang mana awak pilih?" soal Alice. Fawwaz terpinga.
"Contohnya, sanggup tak awak lepaskan tanggungjawab yang awak idamkan, yang menjadi warisan keluarga awak demi cinta?" sambung Alice. Fawwaz terdiam dan berfikir. 'Sanggup ke aku? Aku cintakan Alice tapi takhta tu sepatutnya milik aku'.
"Hmm... Rasanya tak" kata Alice apabila Fawwaz mengambil masa yang lama untuk menjawab soalannya. Alice mahu pergi dari situ tetapi segera dihalang Fawwaz.
"Mana awak tau? Saya tak bagi lagi jawapan saya"
"Kalau awak sanggup awak akan jawab dengan cepat tapi awak perlukan masa yang lama untuk fikir. Itu maknanya awak masih perlukan takhta tu lebih dari cinta"
"Habis tu awak. Awak mampu ke lepaskan cinta awak demi tanggungjawab?" soal Fawwaz geram. Alice terdiam.
"Awak pun tak mampu nak jawab kan?" Alice senyum.
"Rasanya awak tau saya macam mana" Alice pergi meninggalkan Fawwaz dengan satu persoalan besar.
'Takkan Alice nak pilih tanggungjawab. Tapi sepanjang aku stalk dia, dia memang sesorang yang mementingkan tanggungjawab. Tapi... Aduh!!! Peninglah' fikir Fawwaz. Dia meraup mukanya kasar.
*****
Hai... Thanks sbb bca crita ni... Sorry sbb dh lma x update... And sorry jgk if crita ni mkin x mnarik. Tp sya akan usahakan supaya crita ni jd lbh mnarik.
And nak promote kjp... Sya ada buat stu crita bru. 'Beauty and The Beast'. Klau rajin bcalah... Sya x tau knapa tjk crita sya mcm crita dongeng tp crita2 ni lgsg x sma mcm crita dongeng.
Thanks again... ^_^
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Roman pour AdolescentsPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
