BAB 27

1.3K 58 1
                                    

   Sekarang ni semua peserta yang sudah tersingkir berkumpul didalam dewan utama. Bonda Izaril Permaisuri Sofia dan nendanya turut berkumpul sekali. Fawwaz adalah yang terakhir memasuki dewan sebelum majlis bermula.

   Alice mula rasa berdebar. 'Betul ke apa yang akan aku buat? Boleh ke aku? Yes you have to do it. You can!' bisik hatinya. Suraya memandang Alice pelik.

   "Alice okey ke?" tanya Suraya.

   "Hah? Okey... Okey..." jawab Alice. "Rileklah" tegur Suraya. Alice senyum. Matanya tiba-tiba bertembung dengan mata Fawwaz. Cepat-cepat mereka melarikan pandangan mata masing-masing.

   "Hari ni hari terakhir pemilihan calon isteri bagi Putera Daniel Izaril. Dan sebentar nanti kita akan mengetahui siapa pilihan Putera Daniel" ucap Cik Anna.

   "Untuk pengetahuan semua Ella sudah pun tersingkir. Dan sekarang saya ingin menjemput Alice dan Suraya untuk naik ke pentas" Alice dan Suraya bangun dari kerusi dan naik ke pantas.

   "Saya akan serahkan kepada Putera Daniel" Cik Anna turun dari pentas.

   "Huh!" Izaril gementar. "Beta sudah membuat pilihan" ucapnya.

   "Suraya maafkan saya" kata Izaril kepada Suraya sambil tersenyum.

   "No its okey" balas Suraya. Dia turun dari pentas meninggalkan Alice dan Izaril berdua diatas pentas.

   "Alice... I know. Saya banyak buat salah dengan awak. But please bagi saya peluang" Izaril mengeluarkan cincin daripada poketnya dan melutut dihadapan Alice.  Calon yang tersingkir mula cemburu.

   Fawwaz bangun dari kerusi dan keluar dari dewan. Dia bersandar pada dinding dan mengeluh panjang. Dia tidak sanggup mendengar jawapan Alice.

   "Marry me?" tanya Izaril. Alice terkedu. Dia memandang cincin dan Izaril. Kemudian matanya terarah kepada kerusi Fawwaz yang sudah kosong. Satu keluhan dilepaskan.

   Alice memandang Permaisuri Sofia. Fikirannya teringat kepada perkara beberapa hari lepas.

(Flashback)

   Permaisuri Sofia memanggil Alice masuk ke dalam biliknya. Ada sesuatu yang ingin dibicarakannya.

   "Alice beta ada benda nak cakap" kata Permaisuri Sofia.

   "Apa dia tuanku?"

   "Ini tentang Putera Daniel Izaril"

   "Kenapa dengan Putera Daniel?" tanya Alice pelik.

   "Beta tau hubungan kamu berdua sebelum ni" kata Permaisuri Sofia. Alice terkejut.

   "Dan beta juga tau apa yang dah terjadi antara kamu berdua" sambungnya lagi.

   "Apa yang tuanku tau?"

   "Semua. Tapi sebelum tu beta nak minta maaf"

   "Kenapa?" tanya Alice.

   "Sebenarnya kami yang bersalah. Izaril bukan sengaja tinggalkan kamu. Dia bukan sengaja tak ingat kamu" terang Permaisuri.

   "Apa maksud tuanku?"

   "Sebenarnya almarhum ayahanda Izaril tahu hubungan kamu berdua. Dia tak suka sebab kamu bukan kerabat. Jadi dia membantah. Ayahanda Izaril ingin menghantar Izaril ke luar negara untuk sambung belajar tetapi Izaril tak tau niat sebenar ayahandanya untuk memisahkan kalian. Dia mulanya membantah tetapi baginda mengugut untuk tidak menurunkan takhtanya kepada Izaril" Alice tersentak. 'Dia tinggalkan aku dulu sebab takhta?' bisik hati Alice.

   "Izaril akur sebab dia ingat kalau dia ke luar negara dan balik ke sini dia boleh bersama kamu tapi dia dapat tahu tujuan sebenar baginda, iaitu untuk memisahkan kalian. Dia marah. Dia cuba lari dari istana dan mahu berjumpa kamu" cerita Permaisuri lagi.

   "Malangnya, dia kemalangan. Dia hilang ingatan dan juga penglihatannya. Tetapi kami berjaya memulihkan matanya. Untuk memulihkan ingatan Izaril kami membawa Izaril untuk rawatan hipnosis. Tetapi disebabkan baginda masih marah baginda mengarahakan pakar hipnosis untuk memastikan Izaril tak ingat satu benda pun tentang kamu. Sebab tu dia tak ingat siapa El"

   "Tetapi dia terjumpa diari lama dia. Dari situ dia tahu El. Selepas baginda raja mangkat dia cuba cari kamu. Dan pertandingan ni adalah antara cara dia untuk mencari El"

   "Please Alice kalau dia pilih kamu tolong terima. Dia dah cukup menderita dahulu. Bayangkan dia lupa siapa dirinya dan dalam masa yang sama dia buta. Beta tau kamu pun menderita. Jadi beta nak kamu berdua bahagia" rayu Permaisuri Sofia

   "Macam mana tuanku tau saya ni El?" tanya Alice.

   "Beta tau. Izaril pernah tunjuk kamu pada beta. Sebab tu beta tahu semua tentang keluarga kamu. Dan beta suka kalau kamu jadi menantu beta. Please Alice" rayu Permaisuri Sofia lagi. Alice rasa sebersalah.

   'Jadi selama ni apa yang aku fikirkan salah? Ya Allah Izaril juga menderita macam aku' Alice rasa bersalah.

   "Saya akan fikirkan" kata Alice.

   "Baiklah kalau macam tu"

(end flashback)

   "Alice?" Izaril menyedarkan Alice.

   "Hmm?"

   "Please marry me?" ucap Izaril lagi.

   "Ye...yes!" tergagap-gagap Alice menjawab.

   Izaril tersenyum gembira. Semua yang ada bertepuk tangan dan bersorak. Permaisuri Sofia memberi senyuman terima kasih kepada Alice.

   Fawwaz yang berada diluar dewan terduduk. Bunyi sorakkan orang dalam dewan menyakitkan hatinya. Pasti Alice sudah terima Izaril.

   "Bodohlah kau Fawwaz" katanya. Rambutnya diserabutkan. Hatinya sakit.

*****

Hai... Thanks sbb bca... Klau blh vote and comment skli ye... ^_^

Another Cinderella StoryWhere stories live. Discover now