Putera Daniel Izaril dan Ella duduk dibangku taman sambil menghadap air terjun buatan.
"Ella kenapa Alice layan awak macam tu? Kamu berduakan adik beradik?" tanya Putera Daniel.
"Memangla kami adik beradik tapi adik beradik tiri. Saya tak tau kenapa dia macam tak suka saya" adu Ella.
"Tapi awak tak sepatutnya biarkan dia buli awak, marah awak" Putera Daniel Izaril tidak suka melihat gadis disebelahnya dimarahi Alice.
"Bukan saya biarkan, saya cuma malas nak gaduh biarlah dia" kata Ella.
"Kenapalah awak ni baik sangat?" Putera Daniel kagum dengan kebaikkan Ella.
Dibalik pokok Alice mendengar perbualan mereka. Niatnya ingin tenangkan fikiran di taman. Terlupa pulak hari ni date Putera Daniel kat Taman Istana. Hatinya sakit dia ingin pulang ke bilik.
" Awak buat apa kat sini" tanya Fattah. " Awak sepatutnya tak boleh ada kat sini"
"Saya tau, saya nak pergi la ni" jawab Alice lemah lalu pergi.
Fattah tahu Alice mesti tengah stress sebab tu dia datang taman. Memang rutin hariannya.
*****
Ella ingin pulang ke bilik selepas tamat datenya dengan Putera Daniel Izaril. Tiba-tiba Alice menghalang jalannya.
"Puas kau burukkan aku depan Izaril?" tanya Alice.
"Mana ada aku burukkan kau" balas Ella.
"Kau ingat aku bodoh ke? Aku dengar semuanya. Aku tak kisah kalau kau nak burukkan aku je tapi kau tak sepatutnya menipu dan tokok tambah cerita"
"Aku tak tipu atau tokok tambah cerita. Semua yang aku cerita betul" balas Ella.
" Aku takkan biarkan kau menang"
"Dan aku akan pastikan kau kalah" balas Ella.
" Kau dah tunjukkan perangai sebenar kau kan? The old Ella is back" balas Alice. "Tapi tu la aku tak pernah kalah dengan kau" Alice ada segalanya rupa, kepandaian dan harta.
"Tapi ada satu yang kau kalah. Kau kalah dalam dapatkan kepercayaan papa"
"Tu sebab kau dah hasut fikiran papa" tengking Alice.
"Aku tak. Dia sendiri yang fikir macam tu" balas Ella sambil tersenyum puas.
"Kau dengan ibu kau sama je tak guna" kata Alice.
Pang! Satu tamparan hinggap dipipi Alice. Alice terkejut.
Pang! Alice membalas kembali. "Tak de siapa pernah tampar aku"
"Huh papa pernah" jawab Ella sambil tersenyum. Alice mengangkat tangan ingin menampar Ella.
"Alice!" Putera Daniel Izaril dan Fattah datang menghampiri Alice. Alice menurunkan tangannya.
"Apa awak buat ni?" marah Putera Daniel. "Awak dah gila ke?" Alice menggeleng kepala. "Ella awak okey?" Ella menangis. 'Fake' bisik hati Alice.
"Alice saya tak sangka awak macam ni" kata Putera Daniel. "Come. Jom ikut saya" Putera Daniel menarik Ella kedalam dakapannya dan membawanya pergi. Tinggal Alice yang tergamam dengan apa yang berlaku dengan Fattah.
Fattah memandang Alice. Dia menarik tangan Alice ke satu tempat. Alice hanya mengikut tanpa membantah. Dia tidak berdaya melawan.
*****
Putera Daniel Izaril membawa Ella ke taman. "Ella awak okey?" tanya Puteta Daniel. Ella hanya mengangguk.
"Awak tak sepatutnya biarkan Alice buat awak" pesan Putera Daniel. Ella hanya membisu. Putera Daniel mengeluh.
"Ella look at me. Saya janji saya akan lindungi awak sampai bila-bila okey?!" kata Putera Daniel. Ella tersenyum sedikit.
"Betul?" tanya Ella. Putera Daniel Izaril mengangguk. Ella tersenyum kemenangan dalam hati.
*****
Fattah membawa Alice ke dalam satu bilik di istana. Alice duduk diatas kerusi yang berhadapan dengan piano. Fattah menarik kerusi dan duduk dibelakang Alice.
Alice meletakkan kepala diatas piano untuk beberapa minit. Fattah hanya memerhati.
Alice membuka papan yang menutup kekunci piano. Dia memainkan satu irama yang merdu tetapi sedih. Fattah yang mendengarnya turut berasa sebak. Kenapalah lagu ni sedih sangat.
Setelah dia berasa tenang dia pusing ke arah Fattah dan memberikan satu senyuman.
"Bilik apa ni?" tanya Alice.
"Ni bilik rahsia saya dengan Putera Fawwaz. Putera Daniel pun tak tahu tau. Awak orang first" jawab Fattah.
"Putera Fawwaz tak marah ke saya masuk sini?"
"Entah dia bukan ada pun. Sibuk cari isteri. Lagi 1 bulan balik la" balas Fattah. "Apa kata buat masa ni awak guna bilik ni untuk lepaskan stress awak. Tak payah pergi taman lagi" Alice hanya senyum.
"Alice kenapa awak nak tampar Ella tadi?" tanya Fattah. Senyuman Alice mati.
"Dia cari pasal dulu" jawab Alice.
"Kalau ye pun takkan sampai naik tangan"
"Semua orang bela Ella. Dan semua orang akan salahkan saya. Tapi diorang tak tau pun yang Ella tu bukan baik sangat" kata Alice.
"Ella yang ada kat depan semua orang tu hanya lakonan" kata Alice. "Awak sendiri pun tak percayakan saya"
"Siapa cakap saya tak percaya?" tanya Fattah.
"Kat muka awak tu dah tulis yang awak tak percaya" balas Alice. "Dahla lebih baik saya main piano boleh releasekan stress" Alice terus memainkan piano cuna kali ini iramanya lebih rancak. Fattah hanya menjadi penonton dan pendengar. Disebalik pintu ada seseorang yang memerhati dan menikmati alunan muzik dari piano yang dimainkan Alice.
*****
Hai... Thanks kpd sape yg bce crita ni... ^_^ Sorry kalau cerita ni makin membosankan atau x best...
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Fiksi RemajaPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
