"Ella! Ella!", jerit Puan Sri Salina. "Ish mana pulak budak ni?!". Puan Sri terus ke dapur mencari Ella. Puan Sri terperasan kertas yang dilekatkan di peti ais.
To Mummy
Mummy Ella nak minta maaf.Ella terpaksa, Ella tak boleh lepaskan peluang ni. Ella minta mummy halalkan makan minum Ella kat sini. Ella tahu kalau Ella pergi Ella tak boleh balik lagi ke rumah, Ella sanggup. Pandai-pandailah Ella jaga diri nanti.
~Ella" Tak guna punya budak jangan harap aku terima kau balik. Huh menyusahkan! Sekarang siapa yang nak kemas rumah, memasak. Ish tak pasal-pasal kena cari orang gaji. Ish!" marah Puan Sri Salina
*****
"Selamat pagi semua" semua mata tertumpu kepada cik Anna."Selamat pagi", balas semua serentak. Putera Daniel dan Fattah juga ada bersama. Masa tu diorang baru habis breakfast.
"Okey sebelum kita mulakan aktiviti pertama kita saya nak bagi tahu kita ada dua orang calon baru" kata cik Anna. Semua peserta terkejut dan menunjukkan minat kecuali Alice. "Kamu berdua boleh masuk sekarang". Dua orang calon masuk.
"Ella", Alice dan Mel sangat terkejut. "Apa dia buat kat sini? Macam mana..." tanya Mel keliru.
"Aktiviti akan diadakan di pondok taman istana. Kita jumpa kat sana. Dan kamu berdua, pembantu istana akan tunjukkan bilik. Kita jumpa dalam 30 minit lagi." kata Cik Anna, Putera Daniel dan Fattah bergerak meninggalakan semua peserta. Peserta yang lain ada yang pergi ke bilik dan bersolek. Bagi Mel dan Alice mereka rasa tak perlu nak bersolek muka mereka dah semula jadi cantik. Ada hal lagi penting mereka perlu uruskan.
"Ella tunggu!", Mel dan Alice menahan Ella dari pergi.
"Apa yang kau buat kat sini?" tanya Alice. "Dan macam mana kau boleh ada kat sini?" tanya Mel.
"Macam ni sebenarnya Ella pun dapat jemputan jugak..."
"Tapi macam mana? Kau bukan dalam senarai top ten pun..." tanya Alice. "A'ah!" sampuk Mel.
"Ella masuk pertandingan online pastu terpilih..."
"Habis tu mummy kat rumah macam mana?!" potong Alice. Ella terdiam. "Kau tinggal mummy macam tu je?!"
"Ella dah keluar dari rumah tu..." kata-kata Ella terhenti apabila Suraya peserta baru tadi memanggilnya. "Ella pergi dulu".
"Ish tak guna betul!"bentak Alice.
"Tak pa kita biar je dulu, nanti taulah nasib dia" kata Mel.
*****
Semua peserta termasuk Putera Daniel Izaril dan Fattah berada di sebuah pondok di taman istana.
"Okey since hari ni hari pertama kita and kami semua pun tak kenal kamu semua so hari ni kita akan adakan sesi pengenalan" kata Cik Anna. "Jadi kita mulakan dengan awak" Cik Anna menunjuk kepada Mellissa.
"Hai nama saya Mellisa Sorfina binti Aziz. Saya
berumur 24 tahun. Saya sekarang bekerja sebagai COO sebuah syarikat fashion terkenal SS Fashion."(a/n: actually panjang lagi tapi saya pendekkan je la...)
Semua peserta memperkenalkan diri. Sekarang giliran Ella pulak.
"Hai semua, nama saya Azilla Karina binti Sufian. Umur saya 23 tahun. Biasanya orang panggil saya Ella atau El. Saya hanya berkelulusan sekolah menengah..."; "So sekarang awak buat apa El?" tanya Putera Daniel. Semua mata memandang Putera Daniel.
"Kenapa dia tanya budak tu?" tanya Mel perlahan. "Tu la peserta sebelum ni dia diam je. PA dia je asyik tanya." balas Dhia. 'Pelik' bisik hati Alice.
"Er... Erm... Sebenarnya saya menganggur..." jawab Ella.
"Hmm patutlah nampak sangat" kata Scha. Peserta lain turut tergelak. Ye la Ella hanya mengenakan baju kurung biasa.
"Ada sebab kenapa saya menganggur. Sebab saya pernah kemalangan dulu dan saya amnesia jadi saya tak ingat apa-apa termasuk pelajaran saya, jadi saya tak boleh nak sambung study" balas Ella menghentikan tawa peserta lain.
"Huh ye la tu entah-entah alasan kau je kot" kata Scha. Sungguh dia sakit hati dengan Ella ni. Putera Daniel hanya memberi perhatian kepada Ella saja, tidak pada dirinya atau peserta lain. Ella hanya menggeleng kepala.
"Fattah kau tanda merah kat profil perempuan tu" kata Putera Daniel.
"Sapa? Scha?" Putera Daniel mengangguk. Fattah buat seperti apa yang disuruh.
"Ok kita teruskan dengan peserta seterusnya" kata Cik Anna. Sekarang giliran Alice.
"Hai nama saya Ellisa Katrina binti Sufian. Saya berumur 23 tahun and orang panggil saya Alice..."," So awak dengan El adik beradik?" potong Putera Daniel. "Ya tapi lain ibu" jawab Alice.
"Awak ke dia kakak?"
"Saya kakak"
"So awak tahu la masalah adik awak tu? Kenapa biar dia menganggur?" Alice memberi pandangan pelik kepada Putera Daniel.
"Sorry tuanku, sekarang ni giliran saya kenapa tuanku sibuk tanya pasal dia. Bukan sepatutnya tuanku tanya pasal saya ke?!" marah Alice. Ye la giliran dia, kenapa putera asyik tanya pasal Ella je.
"Okey im sorry. Teruskan", balas Putera Daniel. Dia tak tahu kenapa dia tanya pasal Ella padahal sekarang giliran orang lain
"Thank you. Saya CEO bagi syarikat perhotelan yang terkenal Majestic Hotel. Bonda tuanku adalah salah seorang tetamu vvip kami" sambung Alice. Sesi pengenalan diteruskan dengan peserta lain.
(A/N: Hai... Sorry sbb lmbt update and sorry kalau cerita ni tak best... Tapi kalau korang semua ada idea blh la share dgn saya... Erm kalau blh comment la klau saya ada buat slh ke apa ke... and klau blh vote skali... Thank you sbb baca... ^_^)
(P/S nama-nama syarikat semua tu saya main reka je... X tau wujud ke x...)

ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...