BAB 9

1.7K 79 7
                                    

   Alice bersiap ala kadar sahaja. Dia mengenakan baju berlengan panjang dan treksuit. Nanti dia harus mendaki kurang 200 m lagi untuk melihat matahari terbenam.

   Dia turun ke ruang tamu villa. Putera Daniel Izaril sudah menunggunya. "Dah ready? Jomlah"

   Mereka mendaki kurang 200 m lagi ke puncak. Tempat tu memang cantik. Ada beberapa kerusi disediakan. Selalunya ramai yang ada di puncak masa begini. Mungkin Putera telah menyewa satu tempat ni.

   Putera Daniel duduk dikerusi. Dia tersenyum kepada Alice dan menyuruhnya duduk disebelah.

   "Awak mesti selalu hiking kan? Saya tengok awak laju je daki, yang lain semua dah pancit" tanya Putera Daniel memecahkan sunyi.

   "Boleh la tapi sekarang dah jarang. Busy sangat" jawab Alice.

   "Saya suka datang sini tenangkan fikiran. Pemandangan kat sini cantik kan?"

   "Cantik. Cantik sangat" kata Alice sambil tersenyum. Putera Daniel memandang Alice. Pertama kali dia melihat senyuman gadis sebelahnya. Semua kembali senyap.

   "Tuanku" panggil Alice.

   "Tak payah bertuanku. Panggil je Daniel ke Izaril ke dua-dua pun boleh" balas Putera Daniel Izaril.

   "Oh Iz erm Izaril. Saya suka nama tu"

   "Hmm thanks. Matahari dah nak terbenam" kata Putera Daniel tersenyum. Mereka menikmati pemandangan matahari terbenam dengan senyap. Matahari perlahan-lahan terbenam. Mereka ingin pulang ke villa.

   "Siap-siap for our dinner" Putera Daniel mengingatkan Alice. Alice mengangguk.

   "Hmm Alice" panggil Putera Daniel. "Ya"

   "Ella, dia suka mendaki jugak ke?" tanyanya tiba-tiba. Alice mengerut dahi.

   "Tak dia tak suka" kata Alice dalam nada yang agak tinggi. Marah. Kenapa bila time dia, Putera suka tanya pasal Ella.

   "Dia paling benci benda melibatkan nature,forest semua macam ni!" Alice pulang ke villa dengan perasaan marah.

   "Ish Izaril why kau tanya dia macam tu? Haish!" Dia tidak tahu kenapa dia menanyakan pasal Ella.

*****

   Alice melangkah malas ke tempat yang dijanjikan untuk dinnernya dengan Putera Daniel. Dia tiada mood. Disana Putera Daniel Izaril sudah menunggunya.

   "Sorry lambat" Alice duduk dihadapan putera. Tempat dinner mereka sangat special. Mereka berada di satu tempat seperti taman dan di pokok-pokok besar digantung dengan lampu-lampu.

   "No its okey" balas Putera Daniel. "Shall we start our dinner?"

   "Ya sure" balas Alice.

   "Erm look Alice im sorry. Saya tau saya tak patut tanya pasal Ella bila kita berdua" kata Putera Daniel.

   "No its okay" balas Alice. "Iz, Izaril why awak buat pertandingan macam ni? Awak putera raja. Its weird yang awak buat macam ni untuk cari wife"

   "Memang weird pun kan? Saya actually nak cari someone. Someone yang saya pernah jumpa dulu. And I know hati saya ada pada dia. Cuma saya tak ingat siapa dia. Dah lama tak jumpa" terang Putea Daniel.

   " Oh erm so thats why awak test kiteorang dengan muzik, hiking semua?"

   "Ya semua yang saya test semua ada kena mengena dengan dia"

   "Oh, So bila kali terakhir awak jumpa dia?" tanya Alice berminat.

   "Erm about 10 years ago"

   "Wow lamanya mesti susah nak cari"

   "I rasa orang yang I cari tu Ella" kata Putera Daniel.

   "Kenapa Ella? Kan ramai lagi calon lain?" tanya Alice.

   "Ye la tapi Ella ada ciri yang sama. Lagipun dia je yang dapat habiskan lagu tu. Tambahan pula, dia nampak baik, gaya dia pun lemah lembut, sopan... banyaklah yang sama dengan gadis yang saya cari"

   "Jangan tertipu dengan dia" bantah Alice.' Kenapa kau asyik puji dia je? Ish'

   "Tapi kena..."

   "Saya kakak dia saya lagi kenal dia macam mana" potong Alice. 'Tak bukan Ella. Orang yang awak cari bukan Ella' bisik hati Alice.

   "Saya tau awak kakak dia tapi kenapa saya tengok awak macam tak suka dia?"

   "Saya bukan tak suka dia, cuma saya... Huh! Dah lah saya rasa dinner kita dah tamat saya pergi dulu" kata Alice meninggalkan Putera Daniel.

   'Ella sampai bila kau nak rampas hak aku?' bisik hati Alice.

*****

Hai... So setakat ni macam mana? Ok tak? Sori klau x best... Klau blh vote n comment... Klau x nak pun x pe... Oh, thanks kpd semua yg bca n vote crita ni...^_^

Another Cinderella StoryWhere stories live. Discover now