Fawwaz mengejar Alice. Hari ini Alice asyik mengelak daripadanya. "Alice tunggulah!" panggil Fawwaz. Fawwaz menghalang Alice.
"Kenapa dengan awak ni?" tanya Fawwaz tercunggap-cunggap. Alice hanya memberi pandangan tajam.
"Awak yang kenapa Putera Fawwaz Izzudin?" tanya Alice.
"Kenapa dengan saya?" tanya Fawwaz kembali.
"Saya tak sangka awak lelaki yang macam ni"
"Apa yang saya dah buat?"
"Apa yang awak buat? Awak pergunakan saya kan?"
"Apa ni? Mana ada..."
"Awak lamar saya supaya awak dapat takhta Indera kan?"
"Siapa cakap?"
"Tak penting. Saya ingat awak ikhlas sukakan saya. Rupanya awak hanya pergunakan saya untuk rampas takhta kan?"
"Awak dah salah faham. Alice saya tak pernah berniat pun nak gunakan awak. Memang saya kena rampas balik takhta tu tapi..."
"Tengok kan betul" potong Alice. "Awak dengan Izaril sama je. Teruk!" Alice pergi meninggalkan Fawwaz.
"Alice! Alice awak dah salah faham!" Alice tidak mengendahkan Fawwaz. Sakit hatinya.
'Kenapa bila aku mula buka hati aku terima kau, kau buat macam ni. Kenapa?' rintih hati Alice.
*****
Fattah masuk ke dalam bilik Izaril. "Yang muka kau macam cuka ni kenapa?" tanya Fattah. Masuk sahaja dia ke bilik, muka Izaril sudah macam tertelan cuka.
Senyap. Tiada jawapan. Fattah mengaru kepalanya. 'Apasal krik krik sangat ni?!'. "Kau ni dah kenapa?" tanya Fattah lagi. Senyap. Fattah mengeluh kasar.
"Oh Izaril. Aku dah siasat memang kau dah kena tipu dengan Ella. El yang sebenar ialah Alice" kata Fattah bangga kerana berjaya menyelesaikan siasatannya.
"Aku tau" jawab Izaril.
"Oh ye? Okey!"
Fawwaz menolak kasar pintu bilik Izaril. "Kau dah kenapa? Nak robohkan pintu bilik ni pulak?" marah Izaril.
Fawwaz tidak mengendahkannya. Dia terus menyerang Fattah.
"Kau bagi tau apa kat Alice?" sergah Fawwaz.
"Bagi tau apa?" tanya Fattah keliru.
"Kau bagi tau pasal aku kan? Kau bagi tau pasal misi aku cari isteri tu kan?"
"Sorry la bro. Dah dia yang tanya aku jawab je la"
"Masalahnya dia ingat benda lain. Dia ingat aku gunakan dia untuk rampas takhta"
"Ye ke?" Fattah rasa bersalah. Dia hanya ingin memberitahu Alice siapa Fawwaz. Bukan memburukkannya.
"Argh! Kau tau tak dia dah tolak lamaran aku?!" jerit Fawwaz. Izaril dan Fattah terkejut.
"Lamaran? Chop! Lamaran apa ni?" tanya Izaril yang dari tadi hanya memerhati.
"Aku lamar Alice jadi kekasih dan jadi isteri aku" kata Fawwaz sambil memandang Izaril. Izaril tersentak.
"Jap kau mana boleh buat macam tu. Alice still dalam pertandingan dia terikat dengan kontrak. Dia... Dia tak boleh bersama orang lain"
"Lepas tamat pertandingan dia dah tak de apa-apa dengan kau" tajam matanya menikam mata Izaril. Izaril bangun dan berdiri dihadapan Fawwaz. Matanya menikam mata Fawwaz pula.
"Mana kau tau?" tanya Izaril geram.
"Sebab dia takkan pernah ada apa-apa dengan kau" jawab Fawwaz sinis. Fawwaz keluar dari bilik dan memghempas kasar pintu.
*****
Hai... Thanks kpd yg bca, vote and comment cerita ni... Sori sbb lmbt update dan crita ni mkin tah apa-apa... Sya skrg tgh kkringn idea nk tlis so harap korg smua dpt brsbr tggu update dr sya...
Dlm kpala sya skrg ni pnuh dgn idea utk crita bru... So sya hrp nnti klau saya buat crita bru korang smua dpt bri skongan yg sma mcm crita ni... ^_^
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Dla nastolatkówPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
