BAB 4

1.9K 74 0
                                    

   Kesemua calon isteri putera sudah berada di Istana Inderapura termasuk Alice dan Mel. Mereka membawa banyak beg yang penuh dengan baju.

   "Wei Alice kau bawak dua beg je? Cukup ke kita duduk sini tiga bulan tau!" tegur Mel apabila dia melihat Alice hanya membawa dua buah beg sedangkan dia membawa empat buah beg.

   "Huh! apa salahnya bukannya aku duduk sini lama pun, kalau boleh minggu pertama aku nak keluar!"

   "Kau ni peliklah."

   "Perhatian semua!"seorang perempuan bersama dengan dua orang lelaki kacak masuk ke dalam bilik menunggu. Semua mata tidak lepas memandang dua orang lelaki tersebut termasuk Alice. Mulut Alice ternganga melihat salah seorang dari lelaki tersebut.

   "Hei tutup mulut kau tu malulah"Mel menyiku Alice. Alice tersedar.

   "Okey perkenalkan saya Cik Anna. Saya yang akan memantau kamu semua disini. Disebelah saya ni ialah Putera Daniel Izaril" Izaril senyum sambil menundukkan sedikit kepalanya. Semua peserta sudah naik gila melihat ketampanan putera raja.

   "Aww handsomenya dia"Alice mnjeling Mel. Mel hanya menjeling kembali dan terus memuji putera itu lagi.

   "Dan yang ni pula Fattah pembantu peribadi diraja Putera Daniel Izaril." Fattah menundukkan sedikit kepalanya.

   "Wah pembantu dia pun cute. Kalau tak dapat anak raja, pembantu anak raja pun boleh." Alice memandang pelik kakak tirinya itu. "What aku cakap je!" kata Mel apabila Alice memberi pandangan yang amat menjengkelkannya.

   "Okey saya akan beri bilik kepada kamu semua satu bilik dua orang nama yang saya panggil sila ke depan dan bergerak ke bilik masing-masing. Pembantu istana akan membantu kamu. Aktiviti akan bermula esok"

    Semua bergerak ke bilik masing-masing. Mel berkongsi bilik dengan Alice.

*****

    Ella melihat surat yang baru diterimanya pagi tadi. Dia tidak pasti sama ada perlu memberitahu ibu tirinya atau tidak. Tapi kalau dia bagi tahu, ibu tirinya kasi ke dia pegi? Ah tanya je la...

    "Mummy Ella nak cakap sikit boleh" tanya Ella takut-takut.

    "Apa dia?" tumpuan mata Puan Sri Salina hanya pada tv.

    "Ella sebenarnya.... erm dapat jemputan ke istana juga macam Mel dan Alice. Boleh tak Ella pergi mummy?"

    "Kau pun dapat? Tapi nama kau tak de dalan senarai pun macam mana kau dapat?" tanya Puan Sri terkejut.

    "Memanglah tapi Ella masuk pertandingan online pastu Ella dapat."

    "Kalau kau pegi pun bukannya dapat pun tak payahlah buang masa kau je... Baik kau duduk rumah ni kemas rumah ni hah jaga rumah ni..."

    "Tapi kalau kita tak cuba kita tak tau kan..."

    "Aku kata tak payah tak payahla... Yang kau degil sangat kenapa?"

    "Tapi..."

    "Kalau kau pegi jugak jangan harap kau boleh balik ke rumah ni lagi faham!" Puan Sri Salina menolak kepala Ella dan terus naik ke biliknya.

*****

    "Aku kena pegi jugak apa nak jadi jadilah asalkan aku pegi" Ella tekad untuk pergi. Dia mengambil beg bajunya dan masukkan semua bajunya.

     "Ni je satu-satu caranya aku nak ubah hidup aku" bisik hati Ella.

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang