BAB 33

1.8K 44 7
                                        

   Setelah apa yang terjadi perkahwinan mereka terpaksa ditangguh ke sebelah petang. Kalau diikutkan Izaril mahu saja dia tangguh perkahwinan mereka ke hari lain tetapi Alice berkeras untuk meneruskan pada hari tu jugak.

    Walaupun masih trauma Alice sedar apa yang terjadi salahnya juga. Hubungan Alice dengan Ella sebenarnya baik tetapi berubah setelah ibu Alice gugur disebabkan ibu Ella.

    Ibu-ibu mereka mula bergaduh dan menghasut mereka. Keadaan jadi lebih parah setelah kematian ibu Ella.

    Walaupun bukan salah Alice tetapi dia masih rasa bersalah kerana gagal selamatkan ibu tirinya. Walaupun ibu tirinya cuba membunuhnya dan dia benci kepada perempuan tu. Dia masih ibu Ella.

    Alice mengeluh kuat.

   "Alice, sure ke ok ni?" tanya Izaril risau. "Kita tangguh wedding kita sampai you dah ready. Ok?"

   "No. Kita teruskan je. Orang dah tau kita dah  nak kahwin hari ni" Alice pandang Izaril. "Kalau boleh saya tak nak orang tau apa yang jadi hari ni. Awak boleh tolong coverkan?"

    "Hmm ok..." Izaril mengangguk lemah. "Awak rest dulu. Wedding kita start pkul 5 nanti. Saya nak uruskan hal sekuriti. Pasal Ella jangan risau, Fawwaz dengan Fattah dah tolong settlekan"

   "Ella... kat mana sekarang?" tanya Alice.

   "Diorang antar dia ke hospital dulu lepastu biar polis yang settlekan" Alice hanya mengangguk.

Sebaik sahaja Izaril keluar dari bilik. Mel pula masuk ke bilik Alice untuk menemaninya.

"Kak... macam mana ni? Baju dah koyak... Boleh tolong betulkan apa yang patut?" Alice menunjukkan bajunya yang terkoyak di bahagian lengan dan dibahagian belakang.

"Uh... besarnya koyak... Hmm tak payah... tanggal je baju tu... Akak dah bawa baju lain tuk kau"

"Ala buat susah je. Baju ni koyak sikit je..."

"Koyak sikit kau kata? Ni belakang ni dah koyak sebesar alam. Takkan kau nak nikah pakai baju terbelah belakang dik oi..."

"Tapi baju ni kan kau yang buat" Alice risau kalau Mel terasa. Penaf dia jahitkan baju ni untuk wedding Alice.

"Tak apa nak buat macam mana... Nah..." Mel tak kisah pun. Takkan dia nak biar adiknya menikah pakai baju koyak. Satu baju baru dohulurkan kepada Alice.

"Cantiknya... ni kan..."

"Haah baju kahwin mummy. Akak suruh mummy bawak tadi" Mel menyambung kata-kata Alice.

"Mummy tau apa jadi?" tanya Alice risau.

"Taulah... Mummy ok jangan risau... mummy tolong tengok Ella kat hospital. Sebelum wedding kau start dia sampai" terang Mel. Dia tak mau Alice risau.

"Thanks kak..."

"Hmm rehatlah dulu ada lagi 4 jam ni"

*****
Majlis dimulakan tepat pukul 5 petang setelah ketibaan mummy Alice.

Dengan sekali lafaz Ellisa Katrina binti Sufian sah menjadi milik Putera Daniel Izaril.

Setelah menyarung cincin Alice mencium tangan Izaril dan air matanya mengalir.

Banyak dugaan untuk mereka bersama. Tapi dengan takdir tuhan mereka disatukan.

Izaril kemudian mencium dahi isterinya. Dia sudah berjanji dia akan menjaga dan melindungi Alice selagi dia hidup. Takkan sekali-kali dia biarkan apa-apa terjadi kepada Alice.

*****
Seminggu kemudian...

Ella duduk diatas katil sambil termenung jauh. Badannya diayun kedepan kebelakang.

Sekejap dia tersenyum...
Sekejap dia menanggis...
Kemudian tersenyum kembali...

"Im sorry..." ucapnya sambil menanggis.

"Tak... buat apa aku mintak maaf... dia yang salah... ahahaha..."

"Dia yang bunuh ibu... ibu... rindu..  tolong Ella... diorang kurung Ella ibu.."

Alice dan Izaril hanya memerhati keadaan Ella disebalik cermin. Alice sedih dan kasihan melihat keadaan Ella.

Kalaulah dia tak pentingkan diri pasti Ella tak jadi macam ni. Dia cuma kekurangan kasih sayang. Sebagai seorang kakak dia rasa bersalah dan gagal.

Penyakit mental Ella telah lama ada sejak kematian ibunya tapi tiada siap yang perasan. Sekarang semua dah terlambat.

"Sayang jom. Nanti kita datang lagi..."pujuk Izaril. Sedih dia melihat isterinya yang menanggis setiap kali melawat Ella.

"Nanti akak datang lagi..." perlahan-lahan tangan didekatkan dengan cermin. Seolah-olah dia mengusap kepala Ella..

TAMAT

♡♡♡♡♡

P/S: Assalamualaikum... Hai... thanks kepada yang dah baca, vote dan komen... Alhamdullilah habis jugak cerita ni😢... maaf sebab lambat update...

Maaf jugak sebab cerita ni kurang menarik... sebab saya masih belajar...

Jadi sebarang komen atau teguran dialu-alukan...  supaya saya boleh improvekan lagi penulisan saya...

TERIMA KASIH....

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang