Putera Daniel Izaril duduk di sofa. Matanya hanya memandang siling. Dia teringat kata-kata Alice.
"Cuba awak fikir. Ella amnesia macam mana dia boleh ingat yang ibu dia mati sebab jatuh, sedangkan peristiwa tu berlaku sebelum dia hilang ingatan"
"Betul juga cakap Alice" gumam Izaril. "Ish Izaril takkan kau percaya dengan Alice tu. Tah betul ke tak perempuan tu"
"Ish stress!" Izaril mengaru kepalanya. Habis rambutnya serabai. "Aku kena jumpa Ella"
*****
"Hai Izaril, lama ke awak tunggu?" tanya Ella. Tadi pembantu Izaril mengatakan bahawa Izaril mahu berjumpa dengannya di satu bilik khas.
"Ish taklah. Sorry saya ganggu awak malam-malam macam ni. Awak dah tidur ke tadi?" tanya Izaril rasa sebersalah melihat Ella datang dengan baju tidurnya.
"Ish tak lah. Ada apa awak nak jumpa saya? Penting ke?"
"Well benda ni agak penting. Saya tak tenang selagi saya tak tanya awak"
"Okey apa dia?"
"Ella Im curious about something. Tolong jawab dengan jujur soalan saya" kata Izaril serious.
"Apa dia? Macam serious je..." tanya Ella. 'Dia dah tau ke? Ish takkanlah' bisik hati Ella.
"Awak cakap awak amnesia macam mana awak boleh ingat ibu awak mati sebab jatuh? Alice bagi tau peristiwa tu berlaku sebelum awak amnesia" tanya Izaril. Ella diam.
"Look saya bukan nak meragui awak or apa. Saya cuma nak tau..."
"Betul la peristiwa tu sebelum saya amnesia. Tapi saya dah ingat balik" jawab Ella tenang.
"Awak dah ingat balik? Jadi awak ingatlah saya?" tanya Izaril.
"Ya tapi tak semua"
"Its okey saya akan tolong awak ingat semula. Saya janji"
"Terima kasih awak" jawab Ella lega.
*****
"Awak kena berusaha. Awak buktikan kat dia awak El" Alice teringat kata-kata Fawwaz semalam.
'Aku kena buktikan kat Izaril aku El' bisik hati Alice.
Alice pergi ke arah Putera Daniel Izaril yang kebetulan lalu dihadapannya.
"Izaril!" panggil Alice.
"Apa lagi yang kamu nak ni?" tanya Izaril malas kepada Alice yang menghalang jalannya.
"Izaril saya tak kisah apa awak nak kata. Tapi awak kena dengar apa yang saya nak cakap" kata Alice sambil mendepakan tangannya menghalang Izaril dari pergi.
"Beta tak ada masa" kata Izaril dia bergerak ke kiri untuk pergi dari situ tapi dihalang Alice. Dia bergerak ke kanan, Alice ke kanan. Dia ke kiri, Alice ke kiri.
"Okey fine! Apa yang kamu nak cakap? Cakap lah cepat!" Izaril mengalah. Alice tersenyum. Tetapi tangan masih didepanya menghalang Izaril.
"Okey. Saya nak awak percaya. Saya El. Awak tak ingat saya ke Iz?"
"Berapa kali beta nak cakap kamu bukan El"
"Saya boleh buktikan kat awak"
"Okey buktikan"
"Arr... Saya tau lagu yang first time awak main depan kami. Lagu tu lagu yang papa saya cipta. Kita kenal lepas awak dengar saya main lagu tu kan? Betulkan?"
"Wah betul la" Izaril pura-pura terkejut. Alice tersenyum. "Tapi Ella pun bagi tau perkara yang sama. Mungkin awak tau since korang adik beradik tiri"
"Tapi saya tau favorite food awak. Awak suka ayam masak kurma kan? Sebab tu masakan pertama saya masak untuk awak" kata Alice.
"Saya tak tau mana kamu tau semua ni tapi Ella dah cerita semua ni pada beta. Mungkin kamu terdengar kan?!"
"Tak saya tak terdengar" bantah Alice.
"Habistu curi dengar?" tuduh Izaril.
"Hish tak lah" kata Alice geram. Dia mengetap bibirnya geram. 'Ada yang makan penumbuk ni karang' Dia menarik nafas.
"Okey last. Saya minat hiking, Ella tak. Tu dah menunjukkan perbezaan besar saya dengan dia"
"Oh ye? Ella kata dia suka hiking tapi since ibu dia jatuh dia fobia tempat tinggi" jawab Izaril
'Ish ada je jawab mamat ni. Pandai betul Ella ni menipu. Tapi macam mana Ella tau semua tu? Takkan Izaril yang berbohong' bisik hati Alice.
Izaril terus pergi dari situ apabila dia melihat Alice termenung memikirkan sesuatu. Alice yang tersedar tidak sempat menghalang Izaril.
'Macam mana Alice boleh tau semua tu? Mungkin dia terdengar perbualan aku dengan Ella semalam' bisik hati Izaril.
*****
"Huh nasib baik aku bagi tau semua kat Izaril semalam. Kalau tak... Mesti dia percayakan perempuan tu" kata Ella. Kebetulan dia lalu disitu tadi. Dia mencuri dengar perbualan Izaril dengan Alice.
"Padan muka kau Alice. Aku takkan biarkan kau menang. Aku akan rampas semua milik kau. Aku akan pastikan kau menderita" kata Ella sambil tersenyum sinis.
*****
Hai... Thanks kpd yg bca, vote and comment cerita ni... Comment n vote korang amat membantu buat sya rasa excited nk update... ^_^
ANDA SEDANG MEMBACA
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...
