BAB 6

1.9K 79 0
                                    

Habis sesi pengenalan semua peserta balik ke bilik. Putera Daniel Izaril, Fattah dan Cik Anna berkumpul di pejabat Putera Daniel.

"Kenapa kamu berdua tak bagi tau beta yang bonda beta yang menyenarai pendek semua peserta tu? Patutlah ada yang tak cukup syarat!" marah Putera Daniel.

"Maafkan saya tuanku. Tapi permaisuri yang nak buat jugak. Saya tak boleh halang. Permaisuri pesan jangan bagi tahu tuanku. Permaisuri kata senarai calon yang lama banyak yang tak layak" jawab Cik Anna takut.

"Habis tu yang sekarang ni layak sangat la?! Kau Fattah bukan sepatutnya kau ke yang uruskan?"

"Memang la tapi mana la aku tau senarai tu boleh sampai kat permaisuri. Aku dapat tahu pun lepas aku hantar invitation tu" jawab Fattah.

"Ish. Aku pergi jumpa bonda jap",

*****

"Bonda"panggil Putera Daniel Izaril.

"Oh Izaril here you are. Kenapa Izaril tak bagi tahu bonda yang Izaril tambah lagi dua calon? You should ask me sebelum buat keputusan" marah Permaisuri Sofia.

"No bonda, patutnya Izaril yang patut tanya kenapa bonda ubah senarai calon tu?" marah Putera Daniel Izaril.

"Erm well bonda buat ni sebab bonda tengok calon-calon dalam senarai tu semua tak layak"

"Habis tu calon baru tu elok sangat la?!"

"Well memang elok family diaorang pun elok, except dua orang calon baru tu". Izaril rasa marah dan terus keluar dari bilik permaisuri.

*****

"Woi kau ni buta ke? Mata kau letak kat mana? Kat lutut?" marah Scha apabila dia dan Ella berlanggar. Sebenarnya dia saja je langgar Ella.

"Maaf saya tak sengaja, lagipun awak yang langgar saya" balas Ella.

"Huh kau nak salahkan aku pulak? Wei korang sendiri nampakkan sape langgar sape?" tanya Scha kepada gengnya. "Nampak dia yang langgar kau" balas Irine. "See no one back up kau, nampak sangat kau ni teruk"kata Scha.

"Aku nampak kau yang saja langgar dia" kata Suraya. "Huh kau pun sama la Su, dah la jom" balas Scha kemudian melanggar bahu Ella kasar. "Kau sabar key" pujuk Su.

"Kau nampak tak geng Scha kacau Ella tadi?" tanya Mel sambil duduk sebelah Alice.

"Nampak baguslah tak payahlah kita susah-susah nak buli dia lagi" balas Alice.

"Ye la tapi boring la kalau tak kacau dia"

"Suka hati kau la"

"Perhatian semua aktiviti seterusnya akan diadakan di bilik muzik, semua sila bergerak ke sana" kata Cik Anna.

*****

" Okey aktiviti kita hari ni ialah muzik. Putera Daniel Izaril suka perempuan yang pandai bermain muzik. Jadi aktiviti akan diteruskan oleh Putera Daniel" Cik Anna mempersilakan Putera Daniel. Putera Daniel senyum dan duduk dihadapan sebuah piano.

"Okey tugasan hari ni ialah berkaitan muzik. Beta akan memainkan sebuah lagu menggunakan piano ni dan kamu semua harus dengar dan main semula lagu ni" kata Putera Daniel tenang. 'Kalau awak ada kat sini saya harap awak boleh mainkan lagu ni' bisik hatinya sambil memerhati calon-calon didepannya.

Dia terus memainkan piano itu. 'Lagu ni macam lagu arwah papa' bisik hati Ella.

"Wei ni bukan lagu arwah papa Sufian ke?" tanya Mel. Alice hanya mengangguk. Pelik macam mana Putera Daniel boleh tahu lagu ni.

Semua peserta cair mendengarnya tetapi ingatan Putera Daniel Izaril terus kepada masa lalunya sewaktu pertama kali dia berjumpa gadis itu.

(Imbas kembali)

Putera Daniel Izaril berjalan di kawasan Institut Muzik. Langkahnya terhenti apabila terdengar alunan piano. Dia membuka pintu bilik dan melihat seorang gadis bermain piano.

Bunyi tolakkan pintu mengejutkan si gadis. "Awak siapa?" tanya gadis yang berusia 13 tahun itu.

"Saya Izaril. Awak pulak? Lagu yang awak main tu sedap la boleh ajarkan?" tanya Izaril.

Gadis itu tersenyum dan mengangguk. Bermulah persahabatan mereka.

(Tamat imbas kembali)

Putera Daniel Izaril menamatkan alunan piano yang dimainkan. "Jadi sekarang saya nak kamu main lagu yang saya main. Salah sikit tak pa" kata Putera Daniel sambil tersenyum.

Tugasan dimulakan oleh beberapa orang peserta. Tiba giliran Melissa dia dapat memainkannya dengan baik tetapi ada part yang salah tapi sikit je la.

Sekarang giliran Alice. Dia meletakkan jarinya diatas kekunci piano. Dia menarik nafas dan cuba memainkan lagu itu. Permulaannya baik tetapi bila satu bahagia ia mula sumbang. Alice berhenti bermain. Tangannya mengeletar. 'Kenapa dengan aku ni?' bisik hati Alice. Dia terkejut kenapa dia tak boleh main.

"Kenapa awak berhenti?" tanya Fattah tetapi tiada balasan dari Alice.

"Awak boleh turun sekarang" kata Putera Daniel. Alice memandangnya dan turun tanpa bantahan.

Sekarang giliran peserta terakhir. Ella memainkan lagu dengan sangat baik. Lagu ni selalu dimainkan bila dia bersendirian di rumah. Tiba-tiba air matanya mengalir teringat akan arwah papanya. Dia akhirnya menamatkan lagu tersebut dan mendapat tepukan gemuruh dari Putera Daniel dan peserta lain.

"Nampaknya kita dah ada pemenang. Tahniah El" kata Putera Daniel sambil menghulurkan sekuntum rose emas. Peserta lain berasa cemburu. Mulalah mereka mengutuk si Ella tu.

Another Cinderella StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang