Hari ni semua calon dibawa keluar dari istana. Aktiviti seterusnya akan diadakan di sebuah taman rekreasi di kawasan yang bergunung.
"Ella best tak date dengan putera semalam?" tanya Mawar.
"Emm bestlah juga tak sangka Putera Daniel tu sweet sangat" jawab Ella.
"Ye erm untunglah... Jealous pulak kita"
"Baru date sekali dah berlagak" sindir Irine. "Lainlah kalau dah menang. Entah-entah lepas ni Putera Daniel pun tak nak date dengan you dah"
"Kau ni kenapa nak kacau dia?!"marah Su.
"Rilek la I cakap je. Kalau betul pun masinlah mulut I" kata Irine dan terus pergi meninggalkan mereka.
"Ish Scha dah tak de dia pulak yang ganti. Teruk betul" marah Mawar.
"Ish dah la Ella kau sabar eh. Kau abaikan je diorang tu. Diorang tu sebenarnya jealous" pujuk Su.
"Hmm tu la bukannya aku dapat kahwin dengan putera tu aku baru dapat date dia sekali je. Tak tau la lepas ni dapat lagi ke tak."
"Ye la mana tau jodoh korang" kata Suraya dia tersenyum.
"Perhatian semua" kata-kata Cik Anna menarik perhatian mereka selain kehadiran Putera Daniel dan Fattah.
"Aktiviti hari ni melibatkan sport"
"Beta suka bersukan dan salah satu sukan yang beta gemari ialah jungle treking and hiking. Kalau boleh beta ingin menikmati pemandangan matahari terbenam bersama bakal isteri beta." kata Putera Daniel.
"Aww so sweet" kata beberapa calon hampir serentak.
"Macam yang anda semua tahu. Taman ni merupakan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti jungle treking atau mendaki. Ramai yang datang ke sini untuk melihat matahari terbit atau terbenam."
"Dan disebabkan itu, aktiviti hari ni ialah kita semua akan mendaki gunung dibelakang ni" kata Cik Anna excited. Calon yang lain mula mengeluh.
"Kepada siapa yang sampai ke check point yang terakhir anda akan ditempatkan dan bermalam di sebuah villa berhampiran puncak. Sekiranya anda tak larat atau ingin menyerah kalah anda akan diasingkan dan bermalam di tempat yang lain. "
"Dan pemenang akan dapat menyaksikan matahari terbenam bersama putera dan candle night dinner diatas bukit"
"Jadi kita mulakan sekarang" semua peserta melangkah malas. Tapi bila Putera Daniel dan Fattah mula berlari mulalah mereka terkedek-kedek mengejar.
Baru 30 minit mendaki Putera Daniel Izaril mula berasa rimas dengan calon-calon. Mereka mula mengada-ngada ingin rapat dengan putera.
Ada yang ingin mengelap peluhnya, ada yang cuba memaut lengannya dan yang paling parah, ada yang ingin dia memgendong mereka, alasannya mereka penat.
Irine yang marah kerana dirinya tidak dilayan bergerak lebih pantas ke hadapan. Hatinya berasa lebih panas apabila Ella berada didepannya. Entah apa yang dia tak suka kat budak tu tak tau la.
Dia berjalan dan melanggar bahu Ella. Ella hilang keseimbangan dan terjatuh."Argh!" kakinya sakit mungkin terseliuh.
Putera Daniel segera mendapatkannya. "Awak okey?" tanya Putera Daniel risau.
" Saya tak tau kaki saya sakit sangat" kata Ella sambil memegang kakinya.
"Kita turun ok" kata Putera Daniel.
'Ish tu la kau. Tengok tak pasal-pasal Ella dapat perhatian Putera Daniel' marah Irine dalam hati. Muncul satu idea.
"Argh tuanku tolong kaki I sakit." kata Irine pura-pura sakit.
"Fattah pergi tolong Irine biar beta bawa Ella turun" kata Putera Daniel sambil mencuba untuk mengendong Ella.
"Tuanku saya rasa tak payah" Fattah membatalkan hasratnya untuk mengendong Ella.
"Kenapa?"
"Tak adil kalau tuanku turun sedangkan calon yang lain masih mendaki. Biar pasukan medik yang bawa mereka turun" terang Fattah. Putera Daniel Izaril terpaksa akur.
Aktiviti mendaki diteruskan. Sudah hampir 2 jam mereka mendaki setakat ini 2 peserta tercedera dan 3 orang menyerah kalah.
Alice masih meneruskan dakiannya. Sudah lama dia tidak mendaki sejak dinaikkan pangkat.
"Suka?" tegur Fattah. "Hmm apa?" tanya Alice.
"Awak suka ke mendaki? Awak nampak happy"
"Aah suka. Tapi saya lagi suka camping. Lama tak pergi."
"Oh ye saya pun. Kalau awak nak camping apa kata awak turun. Semua peserta yang gagal kena camping kat bawah tidur dalam khemah. Dikira macam denda la."
" Oh really kalau saya tau saya give up tadi" gurau Alice.
"Hahaha... Give up la"
"Gila nak give up dah nak sampai dah pun takkan nak turun balik jauh tu" gila betul kalau nak give up.
Akhirnya setelah beberapa jam mendaki sampai juga mereka ke check point terakhir berhampiran puncak.
Alice ialah orang pertama yang sampai ke checkpoint terakhir dan diikuti Putera Daniel. Fattah sudah ditinggalkannya jauh ke belakang.
Secara rasminya Alice memenangi aktiviti kali ini. Putera Daniel, Fattah dan peserta yang berjaya menamatkan dakian dibawa ke villa diatas gunung.
Tinggal beberapa jam sebelum matahari terbenam. Alice dan Putera Daniel bersiap sebelum keluar melihat matahari terbenam.
YOU ARE READING
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...