Nadia

2.6K 140 0
                                    

          22 Disember. Fuh,finally the day has come to and end. Ceh,over betul. Sekarang ni aku dah siap cuma tunggu ayah balik je lepastu terus gi sekolah. Buat apa? Ambik result pt3 opkos.

           Aku melangkah perlahan-lahan memasuki perkarangan sekolah. Tetiba aku nampak ada seorang lelaki duduk kat tempat menunggu berdekatan ngan gate. Pakai baju warna hitam dengan headphone warna putih merah. Macam kenal je.

          Dia pandang aku. Harris Haikal? Dia buat apa kat sini? Bukan dia sepatutnya patut menemani adik dia ke ambik result pt3 kat sekolah mana entah. Aku segera mengalihkan pandangan. Memang sejak kejadian tu boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali je aku cakap ngan dia.

          "Aweeeennn! Kau dah ambik result ke?" Aku terus berlari kearah Aween,meninggalkan Abang Jo sensorang kat situ. "Dahlah. Ei apehal kau lambat sangat?" "Sorrylah. Ha result kau bape?" Tanyaku penuh excited.

         "Kau ambik result kau dulu baru aku gitau. Heheh. Ha ni ke jam yang kau kata tu?" Dia segera menyambar tangan kananku dan membelek jam tangan tu. Memang aku sengaja pakai pun. Nak tengok reaction orang yang bagi kat aku. Kot-kot dia ada gak ke kat sini en?

          Aku cepat-cepat jumpa guru kelas aku dan... Bismillah..

          Yeayy!! Aku terus berlari sambil memeluk mama dan ayah. Syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun susah gila nak mati tapi aku still dapat result yang memberansangkan. "Berapa weh?" Aween tanya. Bila kitorang tukar result Aween pandang slek kat aku.

          Beza 1 A je kot. Lek ah Aween. Haha. Kemudiannya kitorang beratur untuk beli buku tulis yang penting je sebab mana tau dapat pindah ke nanti en? Oh dan tanpa disangka-sangka aku beratur di sebelah Harris je! Haih redah ajelah.

          Aku dapat rasakan dia ada gak usha-usha. Haha entahlah. Perasaan aku je kot. Lewls. Aku menunjukkan senarai buku yang diperlukan kepada acik kedai buku manakala Harris dah habis urusan pembelian dia. Lega sikit fuh. Tapi kelegaan tu tak berpanjangan bila tetiba je acik kedai buku tu cakap

          "Eh dik,dik. Ni buku tertinggal. Alamak lajunya dia jalan. Ha adik boleh tolong bagikan kat abang tu tak?" Eh? Kenapa aku pulak ni? Aku pun entah dengan blurrnya pergilah kejar dia. Haih tahu ah tinggi takyah ah langkah besar-besar.

          "Ab..Harris! Harris Haikal! HARRIS HAIKAL !!!" jeritku. Nasib dia pandang belakang pada jeritan ketiga. "Ye ada apa?" "Nah..buku latihan. Tercicir tadi" aku menyerahkan kepadanya buku tersebut. "Oh ok terima kasih" balasnya. Huish berat kot buku ni semua. Aku pun suruh abang je bawakkan. Sado betul Harris ni. Uhukzz.

          Tapi aku dapati matanya merenung jam di pergelangan tanganku. Yea,yang ekslusiflah sangat tu. "Ehem!" Aku berdehem. Dia kembali memandang aku,kalini dengan senyuman. Ok ni pelik. "Thanks again!" Ujarnya sambil belalu dengan riang.

          Kenapa dia pandang semacam je? Kenapa sengih tetiba? Jam ni..dia yang bagi ke? "Nadia! Nah buku. Esh lamanya lahai kau pulangkan buku orang" Abang Jo mematikan lamunanku. Aku melambai Aween dan kami terus balik.

       **petang 22 Disember

          Sedang aku mengscroll wechat atas bawah,bukak tutup,dan bertanya orang sana sini tentang result tetiba ada notification masuk.

  Harris Haikal sent you a message

Harris : congrats.

          Ok ni pelik. Aku pun macam teragak-agak je nak balas tapi tak baiklah en? So aku balaslah sebagaimana aku balas pada orang lain iaitu berterima kasih. Tapi dia sent lagi message.

  Harris : bayar. Haha
Me : bayar? Guna apa? Rupiah ke peso? Dollar tak dibenarkan disini.

  Harris : dengan bagitau dapat result berapa tadi.

  Me : oh haha. Campur lisan Alhamdulillah 8A

  Harris : Math science macam mna?
Me : ha yang tu sehati sejiwa. Dedua    dapat C 

  Harris : -.- . tapi confirmlah nak ambik science stream kan?

  Me : yepp. Tupun kalau dapatlah. Sebab yea math science C kot. Tipis betul peluang nk dpat

  Harris : lek ah haha. InsyaAllah boleh dapat. Asalkan ada minat sebab subjek bio tu macam tough je

Me : kalau dah confirm dapat bolehlah lek. Ni?

Harris : Haha. Now keep calm and start dreaming a princess life

Me : uish skarang jgak boleh mula

  Harris : amboi lajunya haha

Me : ofclah. Princess kot sapa je yang tknak haha tapi mmerlukan masa yang pnjng lah. Lagipun skarang hanya sempat jadi mermaid ngan aurora je haha

Harris : eh? Selama cuti sekolah ni takkan tu je? Baru mermaid ni.

Me : aurora selalulah jadi sebab tido je en aha yng lain kna ambik feel dulu

Harris : Kalau kemas rumah jadi cinderella. Kalau makan epal jadi snow white. Kalau duduk atas tikar terbang dengan aladdin nanti jadi Jasmin. Kalau belle cemana pulak? Jumpa beast kah?

Me : wowow maksudnya dah jadi bnyk princesses lah ni? Aha taknk ah jadi Jasmin nanti trserempak ngan jin uish.

Harris : jmpa jin nnti boleh mntk result pt3 baru. Haha

Me : heh tkpelah trima kasih je. Kalau awak jinnya takpelah jugak hoho

Harris : ceceh. Taknak :p

Me : taknak sudah :p

Harris : alolo~ haha

          Pelik dia ni. Tetiba je jadi baik. Lepastu dia yang ada effort nak keep the conversation. Selalunya aku je yang buat camtu. Ada udang disebalik batu kah? Tapi harinikan 22 Disember.

         How ironic. Dia jadi jahat pada 22 November and suddenly a month after that or to be exact,22 December he turns to an angel. Motif? Nak jernihkan keadaan kembalilah tu. Bak kata Aween. Heh. Lantak kaulah.

PelangiWhere stories live. Discover now