Aween

3.3K 143 3
                                    

"Yeke weh?" Aku tanya Nadia,masih tak percaya dengan apa yang diceritakan. "Yepp" jawabnya sambil tersengih macam kerang busuk. "Serious ah?" Tujuan aku tanya banyak kali bukan apa,cuma tak percaya sangat-sangat. Benda yang baru dia cakap ni unbelievable,macam tak logik pun ada jugak. "Serious. Asal kau tak percaya ha? Takkanlah aku main reka je kot"

Aku pandang muka dia. Memang takde senyum jahat apatah lagi muka penuh kejahatan bagaikan ratu jahat yang penuh kegelapan bak kata Iqmal (ex monitor). "Peh untunglah. Eish untung gila kau. Pergi,pergi" ujarku sambil menolak Nadia ke arah tiang koridor.

Buk!

Tepat mengenai sasaran. Hehe. Aku pandang Harris a.k.a abang koop. Aku tahu dia memang nak lalu situ sebab tulah aku saja tolak Nadia. Tapi nampaknya Nadia masih belum perasan. "Sakitlah ngek" katanya sambil menggosok lengan kirinya yang sakit. Ehem. Untuk menambahkan kesan dramatik..

"Nadia,kau langgar kawan kau sendiri. Kesian dia terlanggar 'tiang'"

Kataku sambil menyukarelakan diri pegang tiang berkarat tu. "Otakko" katanya sebelum dia perasan ada seseorang tengah terpacak kat situ. Terus dia tarik tangan aku untuk segera berlalu dari situ. Hoho kejamnya aku ni.

"Diam ah takyah gelak. Tak lawak tau" katanya. "Ok ok. Kalau kau suka abang koop,pshone macam mana?" Tanyaku. Langkahnya terhenti,muka berfikir dah kelihatan. "Goodbye pshone. Hello abang koop" jawabnya. Heh. Yelahtu. "Betul ke ni?" Aku tanya lagi. Dia angguk dengan muka 95% yakin. Aku angkat kening,buat muka bitchface. "Serious ah" tegasnya. "Oh okay" jawabku.

Sebelum kitorang meneruskan langkah menuju koperasi sebab aku nak beli biskut keju,aku ternampak Aiman di depan astaka. "Nadia,pshone!" Kataku sambil memandang ke arah Aiman Farish yang boleh tahanlah pakai baju pengawas dia tu. Nadia turut sama memandang. Aku ambil kesempatan itu untuk tengok mukanya.

Heh. Dah lupakan konon. Goodbye konon. Acah-acah je tu. Tengok Aiman pun mata bersinar lagi. Muka pun muka gembira. Walaupun dia tak tunjuk,tapi aku tahulah sebab Nadia ni kawan aku. "Em kau..nak tak tengok apa yang pengawas tu jual kat depan astaka?" Nadia menyoal. Aku angkat kening lagi.

"Oh okay. Right. Kita pergi koop,beli biskut kau. Yea." Katanya bila tengok muka aku. Ada hati kau nak tipu aku? Tapi takpelah,aku nak tengok sejauh mana 'goodbye' kau tu. Kemudian kami terus ke koperasi sekolah. "Oh alaa" aku melepaskan keluhan. "Kenapa?" Nadia tanya. Ops,terkuat sangat eh? "Abang koop dah pergi kantin,kan? Tak dapat kau nak tuntut belanja dia" jelasku.

"Oh haah. Ala taknaklah segan" katanya. Alahai gedik pulak aku tengok. "Sejak bila kau pemalu ni?" Yea it is sarcasm. "Aku dari dulu lagi pemalu haha" jawabnya. Aku terus meninggalkan Nadia di belakang. Di dalam koperasi tu,aku terus pergi ke arah rak biskut dan diikuti oleh Nadia. Dalam koperasi ni hanya ada dua orang kakak senior sahaja. Seorang di kaunter dan seorang lagi sedang menyusun sesuatu.

Tetapi,bila aku nak bayar biskut tersebut di kaunter, Harris sudah terpacak di pintu koperasi. "Nadi-" mulutku ditekup oleh Nadia. Setelah mendapatkan baki duit,dia terus heret aku keluar. "Kau ni dah kenapa? Kau yang suruh aku cakap kat dia pasal tuntutan tu kan?" Kataku.

"Memanglah tapi bukan sekarang. Sebab dia pun tak kenal aku. Faham?" Jawabnya. Ok good point. "Sorry pasal tadi. Hehe. Kita bincang pasal ni kat kelas" sambungnya sebelum bergerak ke arah bangunan blok D. Tapi untuk ke blok D kami perlu melalui astaka so aku ambil peluang ni untuk tengok reaksi Nadia.

Amboi amboi khusyuk kau tengok dia kan? Tapi,muka dia kalini macam sedih? Haih. Kesian jugak kat Nadia ni. Beriya-iya dia suka kat Aiman. Bersungguh-sungguh dia nak chat dengan Aiman. Normal lah,crush kan? Tapi Aiman ni macam takde perasaan. Tak boleh salahkan dia jugak. Cuma atleast bagilah respon sikit. Maklumlah kan ramai pelajar dalam sekolah ni.

Nama Nadia pun bukannya sorang dua tapi berpuluh-puluh.

So pada pendapat aku,Aiman ni patutnya em buatlah macam dia kenal si Nadia ni. Sebab yelah,Nadia ni cuma nak Aiman ni tahu kewujudan dia je. Ni pendapat aku je.

Buk!

Aku pandang depan. "HAhAHaHaHAHaha" Ya Allah kuatnya aku gelak,tapi ada aku kisah? Nadia sudah terduduk,mememgang kepalanya. Mesti sakit gila tu. "Weh kau okay tak ni?" Nadia terus bangun lalu berlalu pergi sambil tangan tak lepas dari kepalanya.

Aku menyokongnya untuk berjalan sebab terhuyung-hayang aku tengok. "Dah jom balik kelas" kataku,tak pandang belakang dah. Ni mesti sebab Nadia pandang Aiman sampai terhantuk kat tiang. Ish ish ish.

Instinct aku mengatakan ada orang yang ternampak insiden tu dan sedang memandang ke arah kami. Siapa eh?

PelangiWhere stories live. Discover now