Nadia

3.7K 160 4
                                    

Aku hantukkan kepala ke dinding. Takdelah kuat-kuat,kang amnesia susah pulak. Nak kena ingatkan balik bagai,makin panjang cerita ni nanti. Kenapalah aku tanya soalan mencurigakan tadi? Tapi aku cuma nak tahu je dia pergi tusyen ke tak. Bersemangat sikit aku nanti. Hehehe.

Tapi dia macam malas nak layan je. Dia takde mood kot. Nak kena jumpa Aween ni. Aku kena ceritakan jugak kat dia.

《Aween》

Me : Aweeeennnn. Lusa kau pergi tusyen kan? Pergi tau.

Aween : tengoklah kalau aku rajin.

Me : hoi pergi jelah. Fakeh pun ada nanti. Hoho

Aween : tengoklah macam mana

Me : yelah. Tapi pergi tau. Weh,aku tak tau kenapa aku suka tengok kaki orang weh.

Aween : maksud kau?

Me : aku rasa macam kaki panjang tu attractive tau. Macam 'wow kaki dia panjang'. Cantiknya [drool]

Aween : ...

Me : ape? Serious ah. Kaki model semua peh [drool] [drool]

Aween : Nadia,kau tak normal

Me : [nosepick] normal je. Eleh kau pun suka tengok,kan?

Aween : Kau menghidapi Agastopia - admiration of someone's particular body

Me : wuu~ haha

Aween : tapi betul jugak. Kaki panjang nampak smart.

Kitorang terus borak pasal semua benda yang dirasakan rasional. Aku pun tak tahu sejak bila aku mula suka tengok kaki orang.

ISNIN.

"Bye" Aku salam tangan ayah lalu keluar dari kereta. Jam tangan aku jeling. 7.10 pagi. Tusyen start pukul 8,atau lagi lambat. Now what im supposed to do? Nasib baik dah ada beberapa orang yang sampai awal jugak. Taklah aku keseorangan.

Aween,tolonglah datang cepat. Handphone aku keluarkan dari pocket dan terus wechat Aween suruh dia cepat datang. Tapi malangnya dia kata dia baru bangun dari tidur. Haih.

Aku duduk di tempat yang disediakan terletak berdekatan dengan asrama lelaki sambil menunggu Aween. Setiap orang yang datang aku pandang dengan muka blurr. Tapi aku lebih fokus pada kaki merekalah.

Panggil aku pelik,tak normal aku tak kisah tapi kaki panjang memang attractive. Model,pramugara semua kaki panjang. Tinggi pulak tu. Kacak bergaya lagitu. Hoho. Makin lama makin ramai orang datang. Hm bagus-bagus,jadilah seperti mereka yang datang awal ke sekolah.

Aku check mesej dari Aween. Katanya dalam perjalanan. Kejap lagi sampailah tu. Aku pasrah menunggu sambil mata tetap pada pintu pagar. Tiba-tiba ada sebuah motor ala-ala superbike berhenti di sebelah kiri pintu pagar tapi aku masih boleh nampak kedua-dua pembonceng dan penunggang.

Macam ada magnet pada pembonceng misteri yang baru turun dari motor dan sedang bersalam dengan bapanya. Topi keledar yang telah ditanggalkan dipegang kemas pada tangan kiri. Tak lama kemudian,dia menuju ke arah pintu masuk sekolah.

Akhirnya aku dapat tengok mukanya. Dia membetulkan rambut menggunakan tangannya. Muka macam pernah nampak. Maklumlah pagi-pagi aku blurr sikit. Dia pandang aku dan aku pandang dia (time ni aku blurr sangat dont judge ok).

Oh. Aku rasa aku kenal siapa dia.

PelangiWhere stories live. Discover now