Harris

3.1K 145 4
                                    

Aku makan popcorn yang baru dibeli tadi sebelum masuk ke panggung wayang. Haih nilah dia kalau masuk panggung tepat pada masanya. Aku rasa popcorn ni boleh tinggal separuh masa aku tengok iklan je. Aku on phone aku. Tengok kalau-kalau ada notification. Takde jugak. Oh aku tiba-tiba teringat sesuatu. Aku pandang seat bawah aku. Dorang berdua ni tak beli pape ke?

Hm. Oh! Yes. Aku keluar dari panggung wayang selepas 3 minit duduk diam tak buat pape lalu aku beratur di barisan food and beverages. Nasib baik tak ramai. Kena cepat masuk sebelum gelap ni. Apabila aku dapati ada lagi dua orang di hadapan,aku keluarkan phone lalu mesej dia. Taknak lah buat janji melayu,kan?


Me : boleh keluar skejap tk?

Selepas send chat tersebut,tibalah giliran aku untuk beli popcorn. "Regular set satu. Air pepsi" kataku kepada petugas di kaunter. Aku pandang entrance panggung wayang di sebelah kanan. Mencari dia. Haraplah dia tengok phone. "Terima kasih" kataku tak lama kemudian. Tak nampak batang hidung lagi. Tunggu jap lah.

Mata aku hala pada entrance. Ha tu pun dia. Still tengok phone dengan muka tak percaya. Aku pandang je dia sampai dia pandang aku balik. Kepala aku angguk,mengisyaratkan agar dia datang sini. "Kenapa?" Dia tanya aku dengan muka cuak. "Haha lek ah takyah cuak sangat. Nah,popcorn." Aku menyerahkan popcorn dan air kepadanya. Bertambah kerutan di wajahnya.

"Oh. Tapi kenapa tiba-tiba je?" Dia tanya lagi. "Kan haritu Harris kata nak belanja Nadia makanan. Tapi Nadia tak tuntut pun. So nah" kalini dia sambut huluranku. "Oh belum belanja lagi eh?" Aku tergelak kecil. "Ni dah belanja" balasku,santai. Akhirnya muka cuak dia diganti dengan senyum ikhlas. "Haha terima kasih " ujarnya.

Aku angguk. Well,janji mesti ditepati. "Jomlah masuk. Kalau dah start kang gelap pulak" kataku. Aku biarkan dia jalan di hadapan sebab seat dia depan baris aku je. "Kau pergi mana tadi?" Aiman bertanya sebaik sahaja aku duduk. "Beli popcorn" jawabku ringkas. "Dahtu,mana?" "Dah habis. Haha" aku balas main-main. Tak payah tahulah,Man. Aku pandang seat bawah.

Aku lihat Nadia memberitahu Aween sesuatu sebelum Aween pandang aku. Straight. Aku angkat kening,terus dia pandang depan balik. Malulah tu. 30 saat lepastu movie start. Haih,penguin pun penguin lah . Permulaan cerita memang best,comel jugaklah penguin 3 ekor ni sampai Aween kat depan aku ni ha semangat fangirling. Kadang-kadang je Nadia join.

Childish. Berbaloi tengok cerita Penguin of Madagascar sebab 30 minit pertama dah kelakar. Haha serious tak tipu. Zahid yang muka ketat pun gelak. Tapi lepas part kelakar gila tu ada part serious. Pun ada orang gelak! Tak ke pelik tu? "Hahahahaha" aku pandang depan. Lah,Nadia yang gelak rupanya. Patutlah boleh dengar.

Pelik jugak dia ni sebenarnya. Sepanjang harini aku tengok asyik sengih je. Tak sengih,dia senyum. Takpun gelak. Kadang-kadang benda tak kelakar pun dia gelak. Macam tadilah. Aku rasa Nadia tengok National Geographic pun dia gelak agaknya. Dia terus tunduk bila sedar dia sorang je gelak. Haha.

Kira-kira 1 jam 40 minit lepas tu,cerita penguin tamat. Kitorang pun keluar untuk pergi solat di tingkat satu. 15 minit kemudian,kitorang budak lelaki pisah dari grup budak perempuan.

"Nak pergi mana ni?" Tanyaku kepada 3 orang jambu tu. "Jalan jelah mana-mana" jawab Fakeh. Memang jj ni dia punya agaknya. "Naik tingkat 3 baliklah. Banyak kedai best kat situ. Kedai iphone pun ada" ujar Zahid pulak. Jadi kitorang pun pergilah cari elevator. Eh,ada chat masuklah.

Nadia : thanks again sebab popcorn tu. Haha :)

Me : no problem. Janji ditepati ;)

Ish Zahid ni,kata nak pergi kedai iphone tapi dia masuk Daiso pulak dah. Pergi Daiso bukannya pergi beli barang ke hape,dia pergi selfie pulak dalam tu. Ya Allah,aku pulak yang malu. "Woi apa korang buat ni?" Aku tanya mereka. Mana taknya? Seorang pakai topi petani,sorang lagi pegang topi polis. Tapi si Fakeh ni pulak pakai topi chef. Nasib baik dia tak pakai telinga arnab ke ape . "Harris! Jomlah join kitorang" Fakeh menegur aku.

"Haah. Memang Daiso ni kau yang punya." Balasku. Tapi..sekali sekala apa salahnya kan? Aku ambik topi yang sama macam Aiman tapi agak bergulung di tepi. Nampak macam koboi sikit,ye tak? "Cepat-cepat ambik gambar" Zahid menghulurkan iphone nya padaku. "Asal aku pulak?" "Kaukan paling tinggi antara kitorang. Tangan kau pun lagi panjang. Kiranya kau monopod kitorang lah" jawab Aiman. Cis.

Aku ikut je. Setelah beberapa keping gambar,aku buka balik topi itu. Fakeh mencuba penutup telinga yang orang pakai masa musim sejuk. Duh,dahlah bentuk love,warna pink pulak tu. Fakeh,Fakeh. Zahid pula mencuba topi yang sama macam aku tu tapi lagi kecik. Macam Bruno Mars pakai tu. Aiman pulak masih melekat dengan topi petani dia tu. Siap selfie sendiri lagi.

Macam-macam kawan aku ni . "Haha dah-dah lah tu weh. Orang pandang lah" kataku. "Ala biar lah. Bukan selalu. Sana sikit,kau menghalang cahaya" balas Zahid. Memang kurang asam betul dia ni. "Aku gi tengok barang-barang jap tau" kataku sebelum pergi tawaf Daiso tu. Window shopping je pun.

Kira-kira 7 minit lepastu,aku kembali ke tempat topi semula. Ya Allah,tak sudah-sudah lagi dorang ni. Kalini,aku rasa dah ada tema dah. Winter . Yelah,dah Fakeh tetap dengan penutup telinga pink tu. Zahid pulak pakai snowcap dengan sarung tangan. Aiman pakai penutup telinga bentuk bulat warna hitam dengan mafla. Manly sikit,kan?

Haih. Baik aku keluar. Lagi bagus.

PelangiWhere stories live. Discover now