Harris

3.2K 149 1
                                    

Aku terpacak di depan koperasi semula setelah membeli makanan di kantin. Tapi aku malas nak masuk sebab Syikin ada kat belakang tengah susun. Dia tu dah lah garang. Aku nampak ada dua orang budak perempuan kat rak biskut.

"Harris,yang kotak-kotak Apollo semua tu mana kau letak?" Syida bertanya. "Kat belakang tu. Kau carilah sendiri" jawabku. "Ha tadi Aiman cari kau." Tambahnya lagi. Aku angguk je. Tadi dia ada cakap suruh aku teman dia nanti. Tapi elok je aku tengok kat depan astaka. Masih hidup. Setelah dua orang tadi ke kaunter,aku dapat lihat wajah mereka.

Eh? Ni bukan yang langgar tiang tadi ke? "Nadi-" Dan pelajar yang terlanggar tiang tadi menekup mulut rakannya lalu mengheret rakannya keluar. Hamboi,ganasnya. "Kenapa tu?" Aku tanya pada Syida sebaik sahaja mereka keluar dari koop. Syida angkat bahu. "Oh ya,ini kunci koop. Kau tolong tutupkan eh? Aku nak jumpa Aiman jap." Kataku sambil meletakkan gugusan kunci di atas kaunter.

Astaka tu dekat je dengan koperasi. Jalan terus je dari koridor ni lepastu belok kiri sikit. Depan tangga blok B lah senang cerita. Jangan tanya aku kenapa dipanggil astaka sebab aku belum hidup lagi zaman sekolah ni ditubuhkan. Aku jalan ke arah Aiman dan beberapa orang pengawas form 4. Eh?

Aku tengok Aiman ni bukannya pandang depan,tapi pandang sebelah kiri dia. Ada apa? Tapi aku malaslah nak pandang. "Hoi Aiman" panggilku. Serta-merta dia pandang aku. "Amacam jualan pengawas?" Tanyaku sambil mengacau air di dalam tong air. "Bolehlah. Baru first day" jawabnya. Aku dapat rasakan dia jawab bukannya pandang aku,tapi pandang tempat lain.

"Pandang depan!" Aku terus pandang dia sebab time dia cakap tu suara dia macam tertahan,taknak bagi sesiapa dengar. Aku pandang ke sebelah kiri. Uish harini memang 'Hari Langgar Tiang Sedunia' ke? Kesian siapa yang langgar tiang tadi. "Huish mesti sakit tu" kataku. Aiman pandang aku. "Ha?" Aku pandang dia balik.

"Tak,kesian budak yang langgar tiang tadi tu" ujarku. "Oh" dia mengangguk. Ok ini pelik. "Ris nanti teman aku tau nanti. Pergi kelas-kelas form 3." Katanya. "Buat apa?" "Aku nak suruh dorang pulak yang bertugas jaga jualan esok. Dengan ingatkan balik pasal kerja dorang sepanjang minggu disiplin" terangnya panjang lebar.

"Oh boleh boleh" aku menyetujuinya. Hehe bolehlah skip kelas ekonomi asas. Selepas mereka siap mengemas meja jualan,aku dan Aiman bergerak menuju kelas form 3. Kebanyakan kelas takde cikgu sebab ada meeting mengejut. So kitorang gerak dari satu kelas ke satu kelas. Dari kelas kelima sampai kelas pertama.

Tiba di pintu kelas kedua,aku bersandar pada dinding koridor. Bahasa famous nya 'menebeng'. Kira kalau kedudukan aku tu boleh nampak kelas pertama sekali lah sebab aku berdiri kat pintu belakang. Masa Aiman cakap-cakap dengan pengawas dari kelas kedua,ni aku tak tau lah apa yang ada dalam kelas pertama sampai dua tiga kali jugaklah dia curi-curi pandang.

Curiousity kills the cat so bila dia tak pandang sana,aku pulak yang pandang. Ikan duyung ke alien ke memang tak ade dalam tu. Jadi apa je yang ada yang menarik perhatian kawan aku ni? Tiba-tiba,aku nampak Aiman berjalan melintasi aku. Eh? Habis dah? Aku mengekorinya dari belakang.

Disebabkan ini kelas terakhir maka,kalini aku bersandar di pintu depan dan bukan pintu belakang seperti kebiasaan. Macam biasa Aiman panggil semua pengawas keluar,cakap itu ini lepastu dah. Aku ambik kesempatan itu untuk usha-usha apa yang ada kat kelas tu. Wuish semua muka budak pandai je.

Tapi aku punya penglihatan limitedlah sebab tingkap. Haih lama pulak Aiman bercakap kalau kat kelas ni. Ke sama je? Dan masa aku sabar menunggu Aiman,aku rasa macam aku diperhatikan pulak. Aku pun pandanglah ke celah-celah tingkap untuk pastikan betul atau tak. Tapi tak nampak sangatlah pulak eish.

"Ha tu jelah. Esok jangan lupa tau" Aku terdengar Aiman cakap. Maksudnya dah habislah penjelajahan kami. Aku berdiri tegak,bersedia untuk melangkah pergi.

Nadia.

Tiba-tiba nama itu terlintas di fikiranku. Dia kata dia kelas pertama. Could that person be the one who was staring at me?

PelangiWhere stories live. Discover now