Aiman

3.5K 149 4
                                    

Aku menuruni tangga dengan berhati-hati sambil tangan kiriku memegang kasut sukan yang baru beli semalam. Punyalah berkobar-kobar aku nak beraksi dengan kasut ni sampai aku paksa jugak si Zahid ni main basketball walaupun dia tak expert. See? Dia bukannya tak pandai cuma tak expert je.

Jam dinding ku kerling sekilas. 5 petang. Game start pukul 5.30 so ada masa lagi lebih kurang 20 minit. Sempatlah sekiranya aku pergi makan apa yang ada kat dapur tu. Perut pun dah berbunyi lagu balada ni. Ceh haha.

Sesampainya di dapur aku meletakkan phone diatas meja. Ape? Tak boleh bawak phone ke kalau nak makan? Kalau ada mesej penting macam mana? Ha aku ada point yang bagus untuk membidas oyeah. "Aiman? Aiman Farish?" Umi melambai tangan di depan ku.

"Ye ma?" Tanyaku kembali. "Sampai mana dah?" Aku hanya mampu sengih dengan perlian umi. "Duduklah dulu,makan kuih ni. Abang ngah yang buat." Umi menyua pinggan berisi donut. Ye abang ngah aku memang pandai masak ok jangan pandang lelaki sebelah mata tau. Sekarang ni lelaki boleh buat apa yang perempuan boleh buat. Eh? Macam terbalik je.

Oh sungguh gebu adunanya. Kemanisan gula terserap masuk ke dalam mulut. Ok Aiman nampaknya kau memang gagal bab-bab menjadi duta makanan. "Game start pukul berapa?" Abang long yang entah dari mana muncul tiba-tiba bertanya,mengambil tempat disebelah Umi which is menghadap aku.

"5.30. Bang chik pergi dengan Zahid." Aku explain sebelum dia tanya. Orang nak makan ni janganlah kacau hish. "Nanti Zahid datang ajak dia makan sekali" kata umi. "Zahid kata dia dah kenyang,umi" jawabku memandai mandai. "Banyaklah kamu. Umi nak pergi solat. Nanti main elok-elok jangan sampai terseliuh". Ye itu dia pesanan penaja tetap.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Keluhan panjang automatik keluar dari mulutku sebaik sahaja nampak nama pengirim chat. Siapa lagi kalau bukan Nadia. Apalah yang dia ni nak agaknya? Setiap minggu kacau aku. Kadang-kadang rimas jugak. Suffocating,tahu tak?

"Ha dah kenapa ni? Game batal ke?" Abang long bertanya sebaik nampak reaksi mukaku. "Taklah" jawabku. Mesej dari Nadia aku hiraukan. Jawab salam dalam hati boleh je kan? "Dahtu?" Abang long tanya lagi. Haih dia ni pun tak payahlah jadi manusia prihatin time time macam ni.

"Takde papelah. Biasalah orang spam dengan mesej pelik-pelik,kan? Main copy paste lah bagai" sudah terang lagi bersuluh aku menipu. Aherherher. Nampaknya along berpuas hati dengan jawapan aku. Tak lama kemudian aku dengar bunyi hon motor. Mesti Zahid!

Aku bungkuskan beberapa em apa simpulan bahasa untuk donut? Ketul? Ha tak kisahlah. Tangan abang long aku salam dan terus keluar untuk memakai kasut. It's time to score a goal babeh!

Aku sampai rumah pada jam 7.15 petang. Syok sangat main sampai lupa nak balik. Tulah nanti patutnya aku camp je 3 hari 2 malam kat court basketball tu. Selepas siap mandi,solat apa semua aku turun bawah untuk makan malam dan menonton tv tapi malangnya lepas solat isyak aku terus masuk bilik.

Handphone aku capai untuk memeriksa mesej. Tak banyak tapi Nadia salah seorang daripadanya lah. Haih dia ni dah kenapa sebenarnya? Kalau aku tak reply tu maksudnya.. em maksudnya apa eh? Aku taknak layanlah. Sila faham boleh tak? Haih rimaslah macam ni. Rasa tak bebas. Where is my privacy? My freedom? Ceh melampau ayat aku ni haha.

Aku biar je mesej yang tak penting dan aku jawab mesej penting je.

Kalau difkirkan balik,boleh dikatakan banyak kalilah jugak si Nadia ni hantar mesej. Nak start conversation kan? Tapi aku selalu tak balas. Bukan apa cuma..akukan tak kenal dia sangat so malaslah. Dari aku fikir pasal dia baik aku tidur.

PelangiWhere stories live. Discover now