Waktu keempat pembelajaran tamat pada jam 10.40 pagi. Harris menghilangkan diri pergi koperasi sekolah. "Aiman,jom" Zahid bangun dari tempatnya,bersedia menuju ke kantin. Ye ye aje keluar awal,tapi pergi kantin pukul 11 jugak. Masuk kelas pukul 11.15 jugak. Fakeh pun sama.
Tengok aku ni,pelajar tak pernah lambat masuk kelas tau. Boleh dinobat sebagai ketua umum tahun depan ni. Aherherher. "Takpelah,aku malas nak rehat" kataku. Zahid keluar kelas sambil nyanyi lagu Bruno Mars.
"Aiman! Ha adapun kau kat sini" Aku memandang ke arah pintu jelas. "Tumben kamu nyariin aku. Emang ada apa sih?" Tanyaku kepada Syakila "Dah tak payah indon sangat dengan aku. Ni Nazim nak jumpa semua pengawas kat pusat sumber. Sekarang." Aku angguk lalu bangun keluar kelas.
Nazim tu ketua umum tahun ni. Kenapa tiba-tiba je nak buat perjumpaan? Dah nak cuti dah pun. Minggu ni minggu last tau.
**KEESOKAN HARINYA
"Assalamualaikum wbt. Perhatian kepada semua pelajar,minggu pertama selepas cuti sekolah,badan pengawas dan disiplin akan mengadakan 'Minggu Disiplin'. Oleh itu,pelbagai aktiviti dirancang oleh pihak pengawas sepanjang 'Minggu Disiplin' berlangsung"
Ucapan alu-aluan dari Syafiqah,pengawas yang sama kelas denganku. "Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan 'Explorace',sila bagi nama pada Aiman Farish 4A1"
Ye. Nama aku lagi untuk explorace kalini. Tahun lepas untuk kelab bi,tahun ni untuk pengawas pulak. Takpelah,kerana terpaksa aku relakan. Ceh dramatik gila.
Sebenarnya ada beberapa aktiviti lagi yang disediakan tapi aku lebih rela jaga checkpoint. Tak penat sangat. Boleh merayau sekali,tak payah pergi koko. Kalau nak ponteng koko,strategi kena mantap. Dasar pengawas tak berkaliber betul aku ni. Haha.
Tepat jam 2.30 petang,aku sampai di rumah. Biasanya lepas solat Jumaat aku dengan Zahid pergi gelanggang basketball. Tapi harini masing-masing sibuk. Ditunda pada esok hari pula.
Nadia sent you a message
Nadia : assalamualaikum ^^
Me : waalaikumussalam :)
Nadia : so tengah buat apa?
Me : otw makan kat luar
Nadia : tak main basketball ke?
Me : tak. Esok kot.
Nadia : oh kedatangan tusyen nanti full tak?
Me : insyaAllah
Nadia : enjoy your meal :)
Me : thanks.you too
Dengan itu tamatlah sudah perbualan kami. Kalau berborak dengan Nadia ni pun bukannya lama,dua tiga chat lepastu dah. Biasanya aku yang tamatkan. I mean,aku bukannya kenal dia sangat. Lagipun buat apa nak chat dengan junior kan?
Oh shoot. Nasib baik dia ingatkan aku yang cuti ni pun ada tusyen. Yea 'thanks' alot. Tapi apa motif dia tanya kedatangan aku? Takde benda nak tanyalah tu kot.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...