Aku guling-guling atas katil. Bosan gila weh. Novel aku tutup lalu aku letak tepi. Baik main game dekat telefon Abang Johan. "Abang jo!" Panggilku dari dalam bilik. "Abang Johan!" Panggilku lagi. "Abang,nak main game" kataku sambil membuka pintu biliknya.
Eh takde? Aku pergi ke ruang tamu pula. "Nak main game ke?" Tanyanya. Aku angguk dengan muka gembira. "Battery low nanti charge" aku ambil handphone nya yang terletak di atas meja. Cis,battery 60% baru nak bagi orang. Takpelah,janji dapat. Aku ambil tempat di sofa lalu terus main game.
Harini parents aku ada kursus so tinggallah aku dengan Johan je kat rumah. Tapi petang nanti dia training basketball so aku sorang-soranglah kat rumah. Takpelah,nanti ajak Jasmin datang. Dah puas main game,aku pergi menu utama dan tekan wechat untuk log masuk. Saja test bukak wechat guna handphone mahal. Kehkeh. Eh? Abang Jo tak log out lah. Selalunya dah log out awal-awal sebab takut aku check mesej.
Tanduk kecik seakan-akan muncul di atas kepala. Aku terus scroll sampai bawah semua chat. Ceh,semua lelaki,kebanyakannya aku dah kenal. Kawan-kawan basket dia takpun kawan skate. Nothing interesting. Aku check contact dia pulak. Wait,this cant be real. Aku tekan nama tu. Betullah tu id dia. Gambar pun sama.
"Abang,sejak bila abang kawan dengan Aiman Farish?" Aku segera bertanya. "Sejak abang kenal dia" hesh aku mengharapkan penerangan,bukan ringkasan. "Macam mana kenal?" Tanyaku lagi. "And why should i explain to you,cry baby?" Kalini dia pandang aku dengan muka mengejek. "Cause i wanted to know who are your friends,giant" balasku dengan reaksi muka sama.
"Uhuh?" He doubt it. "Yes" balasku penuh yakin. "Are you sure?" Katanya lagi sambil mengangkat phone aku,revealing whats on it. Bulat mataku memandang apa yang tertera di skrin. Profil Aiman Farish!
Aku pandang dia dengan muka tak percaya. Dia tekan sesuatu dan menunjukkan last conversation dengan Aiman yang dah lapuk sebab aku lama tak chat dengan Aiman.
"How did you-" serious aku tak tahu nak bagi reaksi apa. "You forgot to put your password on,crybaby" balasnya. "Bagi balik!" Aku cuba merampas tetapi dia cepat-cepat berdiri. Ceh mentang-mentanglah berganda tinggi dari aku. "Not so fast" dia lari keliling ruang tamu. Aku berdiri atas sofa dan bersedia melompat ke atasnya.
"Gotcha!" Kataku sambil memeluk erat lehernya. Dia mengangkat tangan setinggi yang boleh. Aku cuba mencapai handphone. "Bagilah balik handphone Nadia. Abang!" Kataku. Mom,why i have to be shorter than him? Ugh. "Taknak" okay. Aku memperkemas pelukan di lehernya. Biar kau tercekik.
"Abang tercekiklah Nadia. Lepaskan abang cepat. Ohok ohok im dying.." Katanya. "Not untill you give me back whats mine" balasku. Akhirnya dia mengalah. "Cepatlah,macam mana abang kenal Aiman" aku tanya lagi. "Come on. Gimme a break" aku tunggu dia ambik nafas. "Haritu ada tournament basketball,team abang lawan team dia. So macam tu lah kitorang kenal" okay. Ringkas tapi padat. Tapi ringkas sangat . "Still contact ke sekarang?" Abang Jo angguk.
"Kenapa tanya? Nadia suka dia ke?" Erk? Nak bagitahu ke taknak? Tapi bukan ke dia macam dah tahu? "Eleh,sukalah tu" usiknya. "Hm bolehla" hanya itu mampu aku balas. "Time dia main basket macam mana? Smart tak? Apa dia selalu buat masa nak main basket?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulutku. "Dia tak main bakul,sayang" jawab Abang Jo.
Aku buat muka. "Haha ok ok. Dia pandai main basketball. Skill dia bagus,berbakat dalam sukan. And he is fast. Fleksibiliti dia pun bagus sebab kalau nak lompat time score,walaupun pendek tapi lepas. Lagi-lagi time buzzer beater." Aku buat muka toya. "Abang.." Dia pandang aku. "Ape? Betullah. Nadia suruh abang cerita,kan? Takkanlah abang nak kata 'dia handsome sangat masa main basketball omg jejaka idaman malaya'. Come on. Im a guy not a gay" sambungnya.
Heh. Betul jugak tu. "Lagi?" "Lagi? Dia selalu warmup blabla lepastu suka korek hidung. Suka menari tarian pelik-pelik. Dia jalan mengundur,kepala dia goyang kiri kanan.." Ni dah merepek. "Okay stop." Kataku sambil mengangkat kedua belah tangan. "Good." Balasnya.
"Abang ada training basket kan harini?" Tanyaku. Abang hanya mengangguk. "Nadia.. nak ikut boleh? Boleh lah bolehlah." Dia pandang aku semacam. "Sebab ada Aiman lah tu~" Cis. Tak guna betul,dia mulalah nak mengusik. "Diam lah" "wuu~ ada orang suka Aiman Farish the jambu" tambahnya lagi. Kenapalah abang aku annoying? Ke semua abang macam tu?
"Mana ada. Nadia bosanlah duduk rumah. Kalau.." "Aiman Farish. Wuu~" dia potong penjelasan aku. Ergh. "Okay fine! So,ikut tau" kataku sebelum berlari ke bilik untuk bersiap. Aku terus call Jasmin untuk temankan aku memandangkan Aween balik kampung harini. Dan,Jasmin setuju untuk menemani cousin dia yang comel aka aku. Hoho.
**beberapa jam kemudian
"Comel kan weh,Aiman" kataku kepada Jasmin setelah kami pulang ke rumah. Bapanya ambil malam nanti. "Handsome doh crush kau. Kalau aku dapat,memang tak lepas lah" balasnya. "Ngek kau. Aku dah cop dulu. Kau gi cari orang lain" bidasku. "Takde,aku nak jugak" balasnya lagi. Ewah ewah,aku lesing jugak kang.
"Blah kau. Kau pergilah suka dekat Azhar kau tu. Tah apa nama aku lupa. Aku suka Aiman dulu" ujarku mempertahankan hak. Ecece. "Haha lek ah tak payah ambik serious sangat. Aku gurau je. Tapi.. nak id wechat dengan ig dia" aku kerek Jasmin. Tapi aku bagi jugaklah sebab aku tau memang takdenya Jasmin nak main rampas-rampas macam ni,kan?
{A.N}
Hi again! Honestly idk why i updated this actually. So Jasmin ni sepupu Nadia yang paling rapat dan akan muncul lagi selepas ini. Hehe. Johan pulak..hm entahlah. Tengoklah macam mana lol haha. Thanks for reading :)
YOU ARE READING
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...