Harris

2.9K 131 3
                                    

          First day sekolah. Takde benda luar biasa berlaku pun. Cuma kedudukan meja je yang menggalakkan aku menjadi teleng. Abad 21 lah sangat,heh. Aku duduk kat grup sebelah pintu yet kedudukan aku menghadap pintu keluar and yes. Orang paling hujung sekali. Hanya mampu mengambil sumber inspirasi dari kelas 4A2 je since dah memang itu aje yang aku nampak. 

          Memang normallah cikgu tak masuk en pepagi macam ni. Bolehlah susun meja ke bukak hikayat cuti sekolah kat kawan-kawan ke en? Tapi terima kasih jelah,aku lagi suka duduk kat tempat aku je dan tido. "Harris,tukar tempat ngan aku jap." Aku pandang Aiman. Dah kenapa dia ni?

          "Asal lak?" Tanyaku. Aku tengah menikmati ketenangan dan kemalasan ni esh. "Alah kejap je. Kau tidolah kat meja aku. Tempat kita sebelah je kot" balasnya. Ha tulah pasal. Tempat kita sebelah-sebelah je tapi nak jugak tukar tempat. Ada apa-apa ke?

          Untuk tidak memanjangkan lagi perkara,aku pun tukar ajelah tempat. Tapi bila duduk depan Amin ni memang taklah aku tido. Banyak sangat cakap tapi punchline banyak tak sampai haha. Bergabung pulak dengan si Zahid kat sebelah aku lagilah dengan aku-aku sekali join sembang.

          Aiman ni macam makin lama makin pelik pun ada aku tengok. Sekarang mana nak share dah. Heh,takpe Man,kau lek je. Lama-lama nanti aku tau jugak. Eh,kejap. Rasanya macam dah tahu. HAHA. Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Rehat. Macam tak makan 3 hari,semua cepat-cepat bangun untuk menuju ke kantin.

          Kitorang satu geng keluar memang lambat sikit. Sikitlah. Sikiiit je. Aiman sempat lagi betul-betulkan baju dia. Aku pandang kelas depan dan ternampak Nadia ngan kawan dia. Rasa bersalah tu tetap adalah walaupun dari cara dia balas chat aku haritu macam dah ok. Haih entahlah nak.

          Sesampainya dikantin,kitorang main duduk je kat mana-mana tempat yang kosong. Kebetulan memang ada satu meja khas untuk senior kat bahagian tengah kantin kat bawah kipas so memang thumbs up kepada mereka yang mencipta legasi ini. Aku tak tau kenapa harini aku suka benor tengok si Aiman. Ish bukan gay ok,cuma kelakar pulak bila tengok Aiman ni main curi-curi pandang Nadia.

          Bayangkan eh,orang lain semua duduk,melepak sambil makan dia boleh pulak berdiri menghadap belakang kantin-tempat Nadia selalu makan.  Aku tahulah dah setiap kali aku gi kantin aku nampak dia kat situ tengah pandang aku. Kalau pandang biasa-biasa tu ok lagi,ni kadang-kadang terlebih rajin sampai menyorok belakang meja pingpong. Haih Nadia,Nadia.

          Tak lama kemudian,Aufa datang menyapa Aiman. Ada perjumpaan pengawas barangkali. Lepastu dorang berdua blah dulu. Ha kalini,aku pulak curi pandang Nadia. Eh? Dah takde? Aku cari kat susur gajah pulak. Oh,patutlah Aiman pun blah. Hehe. Kantoi sudah wahai sahabatku.

          Bezanya cuma Nadia ngan kawan dia lalu kat susur gajah Aiman pulak menyelit kat tepi susur gajah. Aku rasalah,Nadia ni tak perasan pun Aiman kat situ. Tu yang tak pandang walau sebelah mata. Dan kemudian,dua-dua tu hilang dari pandangan. Drama melayu betullah .

          Lepas waktu rehat tu belajar sikit and then cikgu tak masuk lagi. So aku dengan Syazwan pun keluar menebeng kat koridor. Nak ajak Aiman,takde pulak orangnya. Tapi buat apa ajak en? Haha. Aku jeling kelas depan. Wuish,straight je tempat duduk Nadia dengan tempat aku berdiri. Kalau Aiman ada ni,mesti dia nak menyelit menonjolkan diri depan Nadia lagi. Harhar.

          "Harris,buat apa kat sini? Cikgu takde ke?" Ha sudah. Baru je mengumpat,orangnya dah muncul. "Tanam padi kat sini" jawabku. Kemudian dia pun turut sama menyibuk kat sini. Kan aku dah cakap . Dia menyelit antara aku dengan Syazwan. Oleh kerana ketinggian modelku ni macam menghalang pandangan Aiman jadi aku pun beralih ke koridor seberang.

          "Kau main basketball lagi ke?" Tanya Syazwan. "Adalah jugak sikit-sikit. Mak aku tak kasi sangat bergiat aktif melainkan acara sekolah." Jawabnya. Aku pandang kelas depan bila rasa macam ada orang pandang aku. Oh. Nadia rupanya. Takpelah,perkara biasa. Haha.

          Aku fokus pada dorang balik. Tapi tak lama sebab Nadia macam pandang lagi so aku pung menghadap jelah kelas dia. Nak sangat tengok muka aku yang selebet tapi handsome macam Topher Grace ni kan. (Harris kalau senyum ada iras Topher Grace sikitlah. Sikiit je)

           Konfliknya ialah bila aku fokus kat Nadia,si Aiman ni pulak pandang aku. Huish cinta tiga segi ke apa ni haha. Lek Man,takyah jeles sangat. Aku test aje tahap jeles kau tu. Tupun kalau kau nak jeles lah . Dan Aiman terus masuk kelas. Eh? Jealous betul-betul ke? Takkanlah?

          "Ehem!" Aku pandang belakang. Sekali Cikgu Shima daa. "Kamu buat apa kat sini Harris?" Cikgu tanya. "Mengambil udara segar,cikgu" jawabku dengan senyum kambing.  "Banyaklah kamu. Masuk kelas sekarang!" "Ehe,baik cikgu" Aku pun jalan dengan penuh macho,dengan gaya ala-ala dapat strike masa main bowling (yang tahu saja yang tahu ahaks) .

          Kurang asam betul Aiman ni,bukan nak warning aku awal-awal. Inilah kawan .

PelangiWhere stories live. Discover now