Nadia

2.6K 131 4
                                    

Aku menunggu balasan dari Aween setelah habis aku ceritakan pertembungan aku dengan Magnesium di JJ tadi. Menurut Aween,mungkin Aiman akan fikir Abang Johan tu pakwe aku sebab dia tak tahu pun kitorang ni adik-beradik. Bolehlah buat dia jeles hoho. Itupun kalau dia ada masa nak jeles lah. Kalau tak buat penat aku je. Heh.

Aku scroll moment atas bawah. Amboi. Aku tengok balasan komen dari Jasmin setelah aku komen pada post nya.

Kau tahu tak penat aku tunggu?

N : kau tunggu apa? Putera raja masuk meminang ke? Hahaha

J : menunggu pshone jatuh ke riba hahahahha

N : cis tak guna kau. Syuh sana dengan Azfar kau tu. Jangan ganggu pshone aku haha

J : bukan aku yang suka dia tapi dia yang suka aku hahahaha apa boleh buat? Aku terima jelah

N : kau main guna-guna eh? Tu yang senang dapat sebab setahu aku hati pshone tu kalis godaan hahahah

J : mana ada. Dia terpikat dengan ketulusan hati aku mencintainya hahaha

Ewah-ewah perempuan ni,makin melebih pulak. Aku wrestling kang patah jugak hidung kau yang tak berapa mancung tu. Aku pun balaslah moment dia. Heh. First time tahu aku buat moment pakai nama pshone ni. Ha selalu mana mention nama ataupun nickname. Kira cubaan berani matilah ni. Lagipun takde sapa tahu,kan? So chill.

Dear pshone,kau sabar jelah dengan perangai Jasmin ni. Dia memang mcmtu,tk boleh tngok orang bahagia. Dah kawin nanti kita duduk jauh daripada dia hahah

Dan lepastu kitorang berbalas komen macam tadi. Lepas banyak komenkat moment tu,si Jasmin ni update pulak moment baru pasal pshone. Aku tak bagitahu lagi si Jasmin bahawa aku tukar nama Aiman jadi magnesium. Biarlah rahsia. Kuikui.

Pshone,kau umpama pelita yang menerangi hidupku. Adakah kau jodohku? Hahah. Lepas kawin nanti kita duduk jauh dari Nadia biar dia takleh kacau kahkah.

Dan perang komen meletus lagi. Tak sudah-sudah si Jasmin ni. Nasib baik kau sayang aku,kalau tak dah lama aku bash. Ceh puih. Haha. Tengah aku sedap-sedap tulis balasan komen untuk Jasmin,aku dapat notification baru.

Aiman Farish sent you a message

Aku cepat-cepat baca sebab cuak. Tah ape mimpi magnesium ni tetiba je mesej aku. What the ...

Ok tergamam jugaklah bila dapat mesej tu. Menggigil jugaklah aku nak menaip sampai sejuk-sejuk tangan aku. Tiba-tiba aku dapat mesej dari Jasmin mengatakan yang dia pun dapat mesej dari Aiman Farish. Aku screencap mesej tu dan bagi terus pada Aween. Haih. Aku baca sekali lagi mesej tersebut.

Aiman : weh,stoplah buat moment pasal aku ngan Harris. Kitorang mnyampah dekat kau ngan Jasmin. Mature sikit la..

{Aween}

Aween : ooh my god. Dia hantar tu kat kau ke?

Me : haah. Weh aween aku tkut ni. Jasmin pn dpat bnda sama.

Aween : apa yng korang da buat?

Me : pasal moment tulah. Komen-komen semua tu. Tapi tk tulis nama dia pun. CEMANA NIII

Aween : haih mmanglah tkde nama dia tapi dia boleh tau kan? Lagipun ramai dak junior panggil dia pshone puih menyampah

Me : haha yeke? Asal tk ckap awal-awal? Alaa

Aween : haih kan dulu aku pernh ckap ngek. Jasmin buat buat apa psal ni?

Me : ntah dia kata nk serang haha

Aku buka mesej dari Jasmin pulak. Mak aih,terus di screencap tentang conversation dia dengan Aiman. Dahsyat sedara aku ni

[Image]

Aiman : weh,stoplah buat moment pasal aku ngan Harris. Kitorang mnyampah dekat kau ngan Nadia. Mature sikit la..

Jasmin : kau ni kenapa tiba2 eh? Dngn salamnya tk bagi. Perasan sangat kenapa? Bukannya ada nama kau pun kat situ. Mature sikit la

Aiman : mmgla tkde nma aku tpi ko jngn ingat aku tk tau ko tuju moment tu kt sape. Perempuan ni kalau gedik sgt tkleh gak..

Jasmin : eleh mana tau tu kau? Lelaki kalau perasan sgt takleh gak. Jadi renung2 kanlah. Maaf kalau kau terasa ke apa cuma tkyah perasan sgt nanti salah malu je. Hahahah kbye

Wuish dahsyat si Jasmin ni. Berani gila ah. Tapi dia tak sama sekolah ngan Aiman bolehlah. Kalau aku pun aku jawab balik tapi nanti kang jadi benda gaduh kat sekolah susah pulak. Lagipun dia tu senior. Kena hormat. Cap puih betul. Aku tengok pulak moment Jasmin. Huish cari gaduh betul dia ni.

Takkan nk main-main pn tak boleh? Saja nak happy happy. Tu pun nak ambik serious. Puihlah

Bukannya kau sorang yang muka handsomelah jugak dalam dunia ni. Jadi tolong jangan perasan sangat

Kalau dh rasa semak sngat dngan moment kitorang,sila block. Harap maklum .

{Jasmin}

Me : peh gila ah kau punya moment hahahah tk takut ke?

Jasmin : nk takut watpe? Biar je orang mcam tu. Berambus ah

Me : hahah dia block kau tk?

Jasmin : hahahah entah. Jap aku check.

Jasmin : weh dia dah blocklah agaga

Me : serious ah? Hahah kalau dia block aku cemana? Tah-tah dia block aku jgak sebb aku brsubahat

Jasmin : haha biar je kalau camtu. Cuba kau check

Me : okkk.
Eh dia tk block aku pun weh. Wuu maknanya dia suka aku

Jasmin : puih ah kau hahahaha aku nk gaduh lagi ni ngan dia agaga

Ngok betul Jasmin ni. Aween pulak kata jangan gaduh. Biar Jasmin je handle semua tu sebab dorang sekolah lain-lain. Kalau aku masuk campur,hm paham-paham jelah cemana. Mesti Zahid si bodyguard tak berbayar Aiman tu menyibuk nak gaduh sekali. Dasar pengawas pusat sumber tak guna. Menyibuk hal orang je kerjanya. Lusa sekolah. Haraplah takde pape.

Aku pun dah malas nak hadap muka dia. Ingat handsome sangat ke? Puih! Tapi...memang handsome pun. Huwaaa! t.t

PelangiWhere stories live. Discover now