Finally. Hari sukan sekolah. Aku dan Aween segera mengambil tempat di stadium. Kedudukan yang agak teratas lah jugak. Selama 3 tahun aku sekolah kat sini memang haram aku jejak kaki atas trek balapan. Bukan apa,cuma kalau aku masuk memang haram nak menang lumba lari so tak payahlah aku susahkan diri untuk menyusahkan rumah sukan aku haha.
Tak lama kemudian,bas yang membawa budak asrama yang kebanyakannya form 3,4 dan 5 sampai. Aku segera cari bayang-bayang Kuprum. Cis patutlah tak jumpa! Cari bayang-bayang pulak,patutnya cari orangnya. Ha ok dah nampak kelibatnya. Dengan beg kamera hitam yang tersangkut dibahunya,seluar trek kelabu (sampai sekarang aku still tak jumpa seluar macamtu cis) dan kasut Crocs warna hitam. Crocs ke? Lantaklah. Janji lagi cantik dari kasut Crocs kuning hitam Aiman Farish. Kehkeh.
Tak lama kemudian,acara dimulakan dengan bacaan doa oleh ketua badar,bacaan ikrar oleh ketua umum,penyerahan bendera oleh ala manalah aku tau pangkat dalam unit uniform dorang. Ada yang pegawai warren 1,sarjan lah apebenda semua. Tapi yang pasti,aku bukan tengok tu semua,aku tengok je Harris dari belakang. Hoho dengan gaya photographer yang tak berapa nak profesional tu. Aiman Farish? Menghilang.
Selesai kawad lintas hormat dari semua unit uniform terlibat Aween mengajak aku turun bawah semata-mata untuk beli air teh o ais kesayangan dia tu. Dalam perjalanan turun ke bawah,barulah nampak kelibat Aiman Farish berjalan diatas trek. Memakai seluar trek hitam ada line oren kat tepi,kasut sukan warna kuning hitam dan jaket hitam yang serious cakap memang handsome gila. Jaket yang biasanya footballer luar negara pakai tu. Dia dan Yusri berjalan ke arah tempat lompat jauh.
Oh gitu. Jadi dia selain masuk lompat tinggi,lontar peluru,dia masuk lompat jauhlah ni? Goodluck,Aiman. Nanti aku sorak untuk kau ye. Tapi sorak rumah sukanlah. Kehkeh. Selesai membeli air dan makanan,kami kembali ke atas. Bilanya lompat jauh nak mula? Acaca je berkumpul tadi. Aku dah excited nak sorak ni hahah. Aku pandang bawah.
Harrislah. Ni peluang utama aku untuk ambik gambar dia. Tapi memandangkan aku DSLR pun takde,jadi guna phone jelah. Lagipun kalau dah namanya photographer handalan,mesti HD punyalah gambar tu. Klik! Klik! Klik! Ha posing sikit. Ok Klik! Huish banyak gaklah. Tapi 3 je lawa. Apakan daya. Haha. Aku pandang ke arah tempat duduk lelaki pula. Eh,sejak bila Harris kat situ?
Aku tengok dia tengah cakap-cakap dengan kawan dia yang duduk kat bahagian atas. Tiba-tiba dia terus lompat melepasi pagar pemisah antara tempat duduk bawah dengan tempat duduk atas tu macam stunt man! Sumpah cool gila. "Aween.." "Nadia.." Kitorang pandang satu sama lain. "Kau nampak tak?" Soalku,muka tak percaya.
Yelah,kau bayangkan dia sekali hayun badan ke dah lepas ke bahagian atas. "Weh smart gila do!" Balasnya. Aween ni sebenarnya jarang puji kuprum. Kalau dia puji maksudnya betul-betul ikhlas. "Weh macam stuntman weh smart gila nak mati!" Jawabku pula. "Kau rakam tak? Tangkap gambar tak?" Dia soal bertubi-tubi. Aku hanya mampu geleng. "Eii kenapa tak rakam? Smart kot. Bukan selalu tau dapat tengok macamtu!" Aween marah. "Eish manalah aku nak tahu dia buat aksi macamtu" balasku lagi.
"Tapi part Haziq masuk perbarisan kadet polis aku rakam" sambungku dengan senyum senget. Aween angkat kening,muka tahan ketawa. "HAHAhahAhahaha" nak terguling kitorang gelakkan Haziq Amin. Yelah,dahlah cara jalan dia macam pelik tau. Macam feminin padahal muka manly nak mati. Lepastu masuk kawad. Kau rasa?
Kitorang tengok balik video kawadnya. Memang bantai gelak macam orang kena rasuk sambil ketuk-ketuk kerusi kat stadium tu. Orang depan dengan orang belakang dah pandang pelik. "Lawaknya! Kenapa dia macamtu? Fakeh.. Fakeh kena lempang sebab salah step haHaHahAhA. Dahlah salah pusing! Apa ni Fakeh?" Aween mengomel sambil gelak.
"Em Nadia?" Aku pandang ke arah tangga. "Eh,Kak Anis. Kenapa? Laptop buat hal lagi ke?" Tanyaku. "Eh bukan. Nak mintak tolong Nadia dengan Aween. Korang free kan?" Kitorang mengangguk. "Ha meh sini ikut akak" kitorang ambik beg turun bawah. Tempat budak sidang redaksi lepak tapi Aiman dengan Harris tadelah. Alah kenapa takde? Heheh. "Nah" Kak Anis menghulurkan kamera kepadaku. Eh,kenapa ni? "Kak Anis tau Nadia pandai ambik gambar. Tolong tangkapkan gambar beberapa acara yang sempat sebab kita nak letak dalam majalah." Terangnya lagi.
"Oh okay." Jawabku ringkas,masih blurr sebenarnya. "Acara penting Harris dah tangkap tadi. Nadia tolong eh,akak nak jaga kedai lagi. Tolong tau" aku angguk lagi. Maknanya,kamera yang aku pegang ni..kamera yang sama yang Harris guna? O.M.G. uhukss gedik sikit. Tiba-tiba Aween lempang aku. "Hoi!" "Dah tak payah sengih-sengih sangat. Tahulah dapat kamera Harris. Cepatlah tangkap gambar. Acara balapan dah nak mula." Katanya lagi. Ceh,jeleslah tu.
Aku pun usha-usha lah jenis lens kamera dalam beg Harris. Banyak jugak. Lepastu kitorang gi jalan-jalan sambil tangkap gambar yang sepatutnya. Ehm,sebenarnya gambar Harris je banyak aku tangkap haha. Ala-ala sasaeng gitu. Tapi takdelah semua fokus kat Harris. Asalkan dia mnyelit kat dalam gambar oklah tu ngehngeh.
"Acara lompat jauh dah nak mula lah kau taknak ambik gambar kat sana ke?" Aween tunjuk ke arah satu arah. "Boleh je. Jomlah" balasku. Kalini Harris takde dalam gambarlah sebab dia pergi duduk melepak dngan Kak Ainina tu. Huh! Menyampah aku tengok. Punyalah banyak tempat kat stadium ni,kat sebelah akak tu jugak dia nak menyelit. Akak tu pun satu,janganlah gedik sangat. Huh! Jeles k jeles.
Tibalah giliran Aiman Farish. Nasib baik aku sempat tukar lens tadi. Bolehlah adjust dia punya zoom dengan HD tu. "Peserta seterusnya,Aiman Farish dari rumah Usamah!" Cikgu bertugas mengumumkan. Aku ready dengan kamera di tangan. Klik! Klik! Dapat pun gambarnya. Aku tengok balik. Cantek ah! Satu gambar dia tengah lompat,satu lagi dah mendarat.
Aku tahu dia layak tapi aku sengaja pergi dari situ. Kang emosi dia terganggu pulak bila tengok aku. Tak pasal-pasal kalah. Ha padanlah muka. Aku bukannya sama rumah sukan dengan dia pun hahah. Selepas selesai semuanya,aku pun kembali ke tempat lepak sidang redaksi.
Kelihatan Aiman Farish sedang duduk sambil meneguk air kosong. Penat ke bang? Lol geli haha. "Kak Anis,nah ni semua gambar acara tadi. Ada 100m,200m,4×100 dan lompat jauh" kataku sambil menghulur kamera. Aiman pandang aku dengan mulut kembung,penuh dengan air yang masih belum ditelan. Pikir comel ah? Hish,memang comel pun. Sikit ah sikit. Sikiiiit je.
"Gambar aku ada tak? Anis,kan aku dah kata time aku lompat jauh ambikkan gambar aku. Aku nak simpan" dia bersuara. "Ni ha ada je. Jangan risaulah. Nasib baik Nadia ada ambik. Kalau tak,kau kena lompat baliklah haha" aku turut sama tergelak. Aiman kemudian mula beredar. "Em,Kak Anis. Nadia nak pinjam eh kamera ni. Best pulak tangkap gambar orang ni. Hehe" ujarku. Untung Kak Anis menyatakan persetujuannya. Aku heret Aween pergi jalan-jalan skali.
Dengan syarat,gambar Fakeh mesti ada. Heh,lek ah. Akan aku selit Fakeh dalam gambar tu. Banyak jugaklah gambar yang aku tangkap. Dari guru-guru sehinggalah gambar penonton dan tukang sorak. Sampai Cikgu Mimah ingat aku ni ahli sidang redaksi. Hoho,tahun depan boleh masuk. "Ann,kata nak tangkap gambar Fakeh. Ni gambar Harris je banyak" aku jeling Aween. "Dont Ann me. Haha yelah. Ok sekarang jom cari Fakeh. Dan Harris. Dan Aiman. Dan Harris lagi. Haha" jawapanku telah menyebabkan Aween mencampak sapu tangan biruku lalu dipijak berulang kali.
Aku hanya mampu buat muka terkejut. "Tak gunalah kau Aween! Sapu tanganku! Oh tidak!" Aku mula mengejar tapi sapu tangan yang mulanya berwarna biru laut telah bertukar menjadi biru keorenan akibat terpalit dengan debu. Aween terus menyepak sapu tangan tu. Bertambah besar diameter mulutku apabila kesayanganku itu terpelanting jauh sebelum mendarat di kasut kuning hitam yang sangat familiar. Aku pandang pemilik kasut itu. Aiman Farish! Dan disebelahnya Harris Haikal. "Sampah ape ni?" Katanya sebelum mengutip sapu tangan aku seterusnya dibuang dalam tong sampah.
What. The. Hell?! Sampah? Dia cakap sampah? Sampah my foot! Sapu tangan akuu ! t.t.
"Excuse me" katanya lagi. Aween beralih ketepi untuk memberi laluan. Excuse me your foot! Tak guna! Aku bagitau mak akuu! Huwaaa
YOU ARE READING
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...