Aween

2.5K 116 0
                                    

"Kerana hari ini merupakan hari terakhir anda di sekolah" sesudah pengumuman itu dibuat,Nadia sudah terduduk di atas bangku kantin. Surat yang selama ini digenggam kemas jatuh ke lantai. Kes parah dah kalau terduduk macam ni. Nasib baik ada terduduk atas bangku,kalau atas jalan ke koridor ke? Ha memang aku jerit jugak nama si Harris tu lepastu aku fire Aiman Farish habis-habisan.

Makin lama makin menyampah pulak aku tengok jambu lembik tu. Dahlah sound orang sesuka hati,lepastu kuat perasan pulak tu! Ya Allah kalaulah aku ni tinggi dah lama aku ketuk ketuk..ramadhan. Eh eh salah pulak. Dah lama aku ketuk-ketuk kepala dia dengan kuali. Kasi betul sikit kepala otak dia. Dahlah suka kerek orang. Jeling-jeling pulak tu.

Macam bagus sangat je setakat basketball dia tu,aku rasa abang Nadia lagi bagus. Ok,dahlah pasal Aiman ni. Fokus pada Nadia. "Weh kau ok tak ni?" Aku bertanya. Tiba-tiba lenganku digenggam kuat. Aku pandang bawah ( sebab Nadia duduk dan aku berdiri ). Dia sendiri tunduk untuk mengambil surat tu.

"Kita..mesti bagi jugak surat tu kat dia!" Katanya,memandang tepat mata ku. Ceh ayat. Aku seakan-akan dapat lihat matanya berapi yang macam dalam anime biasanya. "Oh keh. Tapi lepas kita ambik keputusan pajsk dengan pbs" balasku. Kemudian kami bergerak menuju dewan tertutup dan beratur mengikut kelas.

15 minit kemudian,fail tersebut telah selamat diterima. Memandangkan ada lagi 1 jam 30 minit,cikgu pasang tayangan cerita Thailand so aku dengan Nadia keluar senyap-senyap. Haih kesian dia ni. Diharapnya kalini dia dapatlah mengumpul keberanian dia untuk hantar surat tu sebab harini last day untuk form 3. Harap-haraplah ye.

Setelah sekian lama mencari,akhirnya kitorang jumpa si Harris tu sedang berjalan dari tandas blok A menuju ke arah tempat parking motor. Bagus,bayangan Aiman Farish tu pun takde. Dah baliklah tu. Kehkeh. Aku pandang Nadia untuk menghantar telepati tapi dia buat muka takut dia balik. Haih dia ni. Aku hempuk jugak kang.

"Ready?" Tanyaku. "Takut weh" balasnya ringkas. But,if you want to succed,you must have a plan. So here it is. Di on his way nak masuk dewan tertutup which is memang dekat dengan tangga ke bilik dia,so kitorang akan mendekati dia secara perlahan-lahan,bagi surat lepastu blah. Great.

Masalahnya nak dekat 7 kali kitorang lalu lalang kat situ. Bila dia dah nak dekat,dia macam dapat kesan sesuatu then dia patah balik takpun menyorok. Geram pulak aku. Kalau tak mengingatkan Zahid tu ada kat situ dah lama aku jerit nama Harris. So terpaksalah kitorang tunggu je dia masuk dengan harapan menggunung yang dia akan masuk situ.

Aku menjeling jam tangan merahku yang Nadia kata 'sungguh tak berseni corak dia'. Lagi 10 minit nak balik?! Seriously? "Nadia macam mana ni? Japgi nak balik dah. Harini last day kita" aku menyuarakan kebimbangan. Nadia tunduk tidak menjawab. Dia ni dah kenapa? Dia kemudiannya tiba-tiba berdiri. "Hoi kau nak pergi mana?" Aku bertanya. Menakutkanlah dia ni.

"Jomlah ambik beg. Kejap lagi nak balik dah kan?" Balasnya dengan senyuman yang sungguh-sungguh tidak bermaya. Kesianlah pulak dekat Nadia. Tahun depan dia nak pindah asrama mana entah. "Kau ok ke?" Tanyaku lagi. "Why wouldnt i be? Haha." Gelak pun gelak tak bermaya. Aku bangun dan kami sama-sama bergerak menuju ke dewan tertutup untuk mengambil beg.

Semasa dalam perjalanan menuju pintu pagar sekolah,aku ternampak Madihah. Madihah ni kalau tak silap aku kenal Kak Nur so.. Surat didalam beg Nadia aku selongkar dan aku terus berlari menuju kearah Madihah. Nadia terpinga-pinga. "Ok settle" ujarku kepada Nadia semasa di dalam bas. "Apa kau buat dengan surat aku?" Aku pandang Nadia dengan gaya detektif yang berjaya menyelesaikan masalah. "Esok malam kita tengok apa yang terjadi" balasku penuh misteri.

Harap-haraplah Madihah menjalankan tugasnya dengan baik. Fuh.

PelangiWhere stories live. Discover now