Aiman

2.8K 125 4
                                    

       Pintu bilik kuhempas tapi effect bunyi takdelah kuat mana. Kejadian yang aku nampak di jj tadi bermain di fikiran. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sakit hati sangat bila ingat balik. Tak sangka dia macam tu rupanya. Kat sekolah memang nerd gila tahap ulat buku tapi kat luar..

       'Flawless kan? Pandai dress up.' 'Eish mana ada. Gedik je aku tengok.' 'Mana ada gedik,okay je dengan senyuman semanis krimer pekat manis jenama F&N' 'Buta ke apa? Tak nampak dia menggedik dengan Fikras?'

       Kenapa aku dengar ada dua suara dalam kepala aku ni? Adakah aku ni gila? Skizofrenia? 'Otakko skizofrenia. Kau dengar suara hati kau yang suci murni ni' aku dengar suara tu lagi. Ceh. Rupanya suara yang aku dengar tadi suara otak dan hati. Ok kenapa ayat aku pelik ni? -.-

       Tapi Johan Fikras kot. Siapa yang tak suka,kan? Dahlah basketballer terkenal. Famous,handsome. Come on lah. Cuma aku tak sangkalah si Nadia dengan Fikras. Oh maknanya selama aku nampak Nadia kat gelanggang basketball tu dia bukan datang stalk aku lah? Dia datang untuk sokong Fikras? Tapi haritu bukan ke dia kata dia suka aku? 'Kau dah lupa ke masa Zahid sound dia,dia kata dia tak suka kau dah?' Otakku menempelak. 'Mana tahu dia tipu kau ke? Mana ada orang yang nak berterus terang. Lagi-lagi dengan kawan crush dia. Kan? Kannn?' Suara hatiku pula menyokongku.

       Yes betul tu. Setuju sangat! 'Tapi tak semestinya. Mana tahu dia betul-betul tak suka kau dah. I mean,crush je pun bukannya cinta sejati ke hape'

Haih. Tu pun betul jugak. Tapikan,kenapa aku perlu kisah tentang semua tu? Kenapa aku kena kisah tentang relationship dia dengan Fikras? Kenapa aku kena tahu sama ada dia suka aku ke tak? Kenapa?

       'Jangan-jangan..' 'Kau suka dia tak?' Hish takkanlah! Never in a million year. 'Betul ke ni?' Hatiku menduga lagi. Heh. Aku? Suka Nadia? Just never dreamt of it cause it will never happen,like ever. 'Then tak payah fikir.' Ok fine! Tapi.. 'Diam. Tak payah fikir' kata hatiku. 'Diam kau!' Ya Allah aku betul-betul rasa macam orang gila sekarang ni.

       "Aiman? Kenapa ni?" Umi muncul disebalik pintu. "Eh? Kenapa apa umi? Mana ada apa-apa." Balasku hairan. "Dahtu kenapa tiba-tiba menjerit?" Aku jerit? Ya Allah,apa kena aku ni? "Eh takdelah umi. Umi salah dengar ni. Haha" jawabku ringkas. "Hmph,yelah. Mandi cepat lepastu nanti ikut abang long pergi surau,ada tahlil" Aku hanya mengangguk.

       Balik dari surau,aku terus masuk ke dalam bilik dan main phone untuk tidak membebankan lagi fikiran. Sebaliknya api kemarahan terus memuncak bila aku baca je moment dan comment yang panjang berjela macam karangan dari mereka berdua ni. Apa masalah dua ekor mambang ni? Ha kan dah kena. Geram tahu tak? Gedik sangat pehal? Aku gol kan sorang sorang nanti. Dari dulu aku memang perhati je dorang ni. Makin aku diam makin menjadi-jadi pulak.

       Aku baca sekali lagi moment dari Jasmin yang berbunyi :

  Pshone,kau umpama pelita yang menerangi hidupku. Adakah kau jodohku? Hahah. Lepas kawin nanti kita duduk jauh dari Nadia biar dia takleh kacau kahkah.

       Dan komen daripada Nadia yang berbunyi :

N : blah kau. Pehal oldskool sangat do? Pelita senang padam. Orang sekarang pakai lampu je #majusikitpls

J : hahahah biarlah. Romantis gitu. Pshone tu ibarat generator dalam hidup aku tau. Kau boleh blah jauh2 #jnganjadiorangketiga

N : Pshone kata dia suka aku sepenuh hati jiwa dan raga. Nanti kitorang kahwin kau datang tau. Takut tk ckup orang nk cuci pinggan je nanti

J : kuajo kau hahah dia kata itu semua tipu belaka. Kau nk ke kawin dngan orng yng sayang di mulut tapi dihati dia memilih aku hahahah

N : dia kata dia tk kenal pun kau sapa. Jadi stop dreaming ok kahkah

J : dia hanya pura-pura je hahah kau jngn trkejut kalau terima kad kawin kitorang haha masatu jngan nangis tk berlagu sudah

N : andai itu takdirNya,kerana terpaksa aku relakan. Tetapi kalau dia pemilik tulang rusuk kiriku,kau jngan jadi orang ketiga hahah

J : apabila lazuardi bertemu the fault in our stars,maka terhasillah cerita cinta kami hahah

N : Bila hati berbicara,aku dapat rasakan dialah Mr Right basketball tu dan jangan lupa,Basketballer itu suami aku. Keserasian kami bagaikan coke dan sundae

J : Dia mengatakan 7 hari mencintaiku tapi aku tau dia akan mencintaiku selama-lamanya kerana dialah pemilik tulang rusuk kiriku hahah

 

       Ok ini sudah lebih. Diam-diam aku pun,aku ada limit tau. And these things has gone beyond my limit. Aku tak boleh toleransi lagi dah. Moment dorang yang sebelum-sebelum ni habis nama aku sekali terpalit. Ingat aku tak tahu ke pshone tu siapa? Obv that's me. Bukan nak perasan okay,aku sendiri terdengar dari mulut dorang secara tak sengaja.

       Aku cepat-cepat tekan nama Nadia dan aku taip sesuatu. Succesfully send! Sekarang Jasmin pulak. Mesej aku copy lalu tukar apa yang patut. Biar jadi pengajaran.

{A.N}
Hii again! Haha ok saya akan update sebanyak yang boleh sebab esok insyaAllah saya pergi mendaftar ke sekolah baru (again ): haih) and kena duduk asrama sana. Huwaa! t.t
Jadi update tetap ada cuma lambatlah. Luckily i've drafted some parts so maybe akan update around 3 parts again this night? Haha wait for it!! ;))

  

PelangiWhere stories live. Discover now