Epilog

5K 194 31
                                    

        Pagi 22 Februari. Atau lebih senang lagi,pagi dimana Nadia akan bertolak pergi ke Seremban untuk menyambung pelajaran bersama Aween. Barang keperluan semua telah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Banyak gak ah sampai tak muat bonet je. Dengan bagasi biru yang saiznya macam nak gi London je en. Nasib bukan gambar Mickey Mouse je .

           Sejak Aiman confess haritu kemain lagi tersengih. Tapi takleh nak chat lah sebab Aiman tu genius sangat sampai lupa nak unblock Wechat Nadia. Nampak tak tahap IQ nya disitu? Ok kita lupakan aje kisah Nadia yang dah jumpa Pelangi dalam hidup dia. Heheh.

          "Aween semua barang dah masuk dalam bonet ke ni?" Puan Azizah bertanya. "Rasanya dah. Em bonet full tak?" Aween tanya balik. "Packed." Kakaknya menyampuk. "Aha kalau macamtu maknanya takde barang tinggal dah ." Jawabnya lagi. Selepas double check balik semua benda,Aween masuk ke dalam kereta. Cadangnya nak konvoi ngan Nadia sekali.

          Kereta pun mula bergerak. Aween menghantar chat pada Nadia untuk mengetahui keberadaannya. Aween agak sedih sebab tak sempat cakap dengan Fakeh pun. Entah-entah Fakeh langsung takkenal dia. Uish sedih sangat kalau macamtu. Tiba-tiba phonenya vibrate. Ada mesej masuk dari aplikasi WhatsApp Mesengger dari nombor yang tak dikenalinya.

          Nak view contact pun takleh. Eleh,memang taknak pun. Salam dari si anonymous tu dijawab dan tak lama kemudian sender tu hantar mesej lagi tanpa memberitahu nama.

Sender : dngar citer .. Aween nk gi seremban kn?? Sbp eh?
Aween : haah. Em ni sape eh?
Sender : hahaa .. Untung ah. Aween x knal ker??
Aween : alhamdulillah rezeki :) tak haha
Sender : ouh .. Bgos2. Msti dpt sains en??
Aween : haha. Alhamdulillah pure science .
Sender : wuu~ dak pndai boleh ar. Haha ..
Sender : hurm .. Kt sane nnti blaja leklok. Skola sane en lgy bgus dari skolah sini.. Sntiasa yakin diri.
Sender : paling pnting..sntiasa dkatkn diri ngan Allah yer .. :)
Aween : biasa2 je. Rmai lagi pndai. InsyaAllah. Trima kasih sebab ingatkan. Doakan Aween ngan Nadia ye nanti :)
Sender : insyaAllah.. Korang msti boley punye ar..

          Aween tak tahu nak balas apa dah. Lagipun dahlah tak bagitahu sapa gerangan dia. Haih. Ni yang susah bila orang main redah je ni. Tiba-tiba satu lagi mesej masuk. Sender yang sama jugak.

Sender : eh.. Luper lak nk prkenalkan diri.. Haha..
Sender : ni Fakeh :)

          WHUT? WHUUUTT? SERIOUSLY? FAKEH? OMG FAKEH KENAL AKU OMG AHAK AHAK. MANA DIA DAPAT NUMBER AKU? DIA STALK KE APA NI?

          Ahaha. Begitulah reaction Aween. Akhirnya Fakeh cakap jugak dengan dia. Siap bagi nasihat lagitu. Uish sungguh manis. Haha.

               ----------         -----------

          Nasib baik cuti harini jadi aku putuskan untuk jogging sekitar kawasan perumahan Bukit Tinggi ni. Agak jauh dari rumah tapi sesekali takpelah kan? Menyihatkan badan. Lagipun rumah makcik aku dekat dekat sini je. Setelah beberapa round aku jogging,aku putuskan untuk berehat seketika. Handphone aku check. Takde mesej dari Nadia seperti kebiasaan. Haih.

          Takpelah. Dia sibuk nak pack barang masuk bonetlah tu. Nak spend time ngan family ke en? Aku dulu pun macamtu. Im fine. Really. Aku jog lagi lebih kurang 500 meter. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Rasanya waktu macamni orang akan bertolak. Aku putuskan tunggu kat buaian je. Kenderaan yang keluar masuk memang boleh nampak dengan jelas.

          Tiba-tiba buaian kosong disebelahku diisi. "Jogging ke tunggu seseorang?" Aku pandang dia. "Korek hidung" tu je jawapan aku. "Heh. Kau tak jawab pun aku tahulah. Aku kenal kau sejak dalam perut lagi. Aku senang je baca perangai kau" Aku pandang dia lagi. Annoyingnya lahai. Nak aje aku golek ke jalan tu.

          "Harris..Harris..Harris. Kenapa tak jawab?" Dia mengacah lagi. "Nak jawab apa kalau kau dah nampak aku main buaian kat sini" jawabku. Tak lama kemudian,aku nampak sebuah kereta Serena bersedia bergerak keluar. Aku berdiri,exposing myself.

          Pandanglah. Sekali je. Tolonglah pandang. Yes! Aku senyum sambio melambai Nadia. Dengan excitednya dia lambai balik. Goodluck,Joann Nadia. "Dahlah jom balik." Aku mengajak dia balik. "Huish sapa tu Ris? Kemain melambai" aku dah agak dia tanya.

          "Seseorang. Alah kalau aku cakap kau bukannya kenal pun. Dah. Balik jom" kataku sebelum meninggalkannya. Dia berlari mengikut langkahku. Aku pandang ke sebelah kiri dan aku nampak... Aiman? Dia pun ada kat sini jugak ke? Aku senyum menyapa dia. Rasa macam kelakar je bila suka orang yang sama.

          "Kau buat apa kat sini?" Dia bertanya. "Sama macam kau" balasku. Tapi lagi kelakar bila orang yang kitorang suka tu dah pergi tempat lain. Lagipun,tak gentle lah kalau tak berkawan hanya sebab tu. "Bowling jom petang ni?" Aku mengajak. "Sapa paling banyak masuk longkang kena belanja makan" katanya.

          "Macam aku je orangnya" balasku. Dia gelak. Aku sengih je. Shafiq? Dah balik rumah makcik dah.

                    -The End-

PelangiWhere stories live. Discover now