Nadia

3.1K 144 0
                                    

          Pagi tu aku bersiap-siap untuk ke Perpustakaan Raja Tun Uda atau bahasa mudahnya PPAS kerana ada sedikit study group dengan beberapa orang classmate aku kecuali Aween sebab dia malas bangun pagi and then takde transport. Typical kan? Aku sampai perpustakaan tersebut pada jam 10.30 pagi. Dari jauh lagi aku nampak Mira,Dani dan Alya di pintu masuk. Tercegat macam patung cendana tak laku.

          "Apesal lambat? Aku dah tercegat kat sini dari pukul 7.30 tahu tak? Kesian aku" Mira sudah mengomel. Aduh kalau dia mengomel memang sah tak boleh berhenti dah. Macam apa nama eh? Machine gun? Bazooka? Aih lantaklah apa pun. "Haha sorrylah. Dah-dah jom naik atas. Bincang cepat lepastu boleh makan" balasku sambil menarik lengannya dan diikuti Alya dan Dani.

          Sampai je kat atas,kami mengambil tempat masing-masing. Akan tetapi selepas semua dah duduk,masing-masing bawak keluar handphone dan leka. Inilah dia pengaruh gadget,tuan-tuan. Inilah dia keburukan gadget. Menjauhkan yang rapat dan merenggangkan yang erat,tuan-tuan sidang hadirin sekalian. Huish,dah boleh buat karangan dengan ayat matang ni. Huish huish bangga cikgu bm aku ni. Huish huish. Ha banyak tak huish dia? Banyakkan? Huish.

          Aku pun buat keputusan untuk join jelah dorang. Hoho. "Nad,tengok jap handphone kau" aku menyerahkan handphone aku kepada Mira. Apelah yang dia nak buat agaknya? Jadi aku pun tengoklah handphone dia pulak. Eh? Sejak bila aku buat moment ni? Hish apeni? Aku pandang Mira. Kuajo betul patutlah tersengih-sengih dari tadi. Ok mari kita balas.

  Hai. Saya gila dan saya suka yusri

  Yusri my lobe lobe. Yusri muka  macam Justin Bieber oyeah

       Dia pulak pandang aku. Kemudian kami pun main balas-balas moment. "Hoi dahlah tu. Bak balik handphone aku" aku menyerahkan handphone Mira sambil tersengih. Ok sekarang masa untuk delete moment merepek tu semua. Hish perempuan ni. Dahlah mention nama Aiman. Nasib baik adik sedara aku memang nama Aiman. Dahlah aku kawan dengan Harris,Kak Anis ha sape lagi?

Zahid.

       MACAM MANA BOLEH LUPA NI? DAHLAH KEBLAKANGAN NI DIA MACAM PERHATIKAN AKU OMG.

    Amir Zahid sent you a message

       Dia..kenapa dia tiba-tiba je..hantar mesej ni? Adakah ni..pasal moment Aiman tu? Like seriously dia tak pernah chat dengan aku kot. Kenapa tiba-tiba weh? Cuak pulak aku. Aku buka mesej dari dia. Aku membaca berkali-kali mesej dari Zahid. Aku siap eja satu persatu lagi tu. Wth. Aku cepat-cepat text Aween. Ya Allah kenapa dia tak balas ni? Aween bangunlah gila. Aku nak nangis dah ni. Tangan dah kaku sejuk smua lah.

       Dah 10 minit ni. Haih. Mana dia ni. Aku hanya mampu balas 'waalaikumussalam' je sebab takut sangat. Rasa macam nak balik. Serious! Mana taknya,nak tahu Zahid cakap apa sampai aku cuak gila? Dia tu dahlah kepoh semacam haduh.

Zahid : assalamualaikum. Aku nk tnya ni..ko ske aiman farish eh??

       Memang gila doh aku nak jawab. Ha mana dia tahu ni? Siapa yang kecoh-kecoh? Siapa je tahu eh? Selain Aween,Hanis,Jasmin ha Ziera. Tu pun sebab terlepas cakap. Takkanlah Ziera nak bocorkan kot. Walaupun dia memang macam tak puas hati dengan aku tapi takkanlah dia yang bagitahu,kan? Ok lantak sana. Aween ni mana?!

       So nak balas apa sementara tunggu Aween? Reverse psychology! Yes,kita manipulasi dia balik. Macam yang Harris selalu buat.

Me : eh? Sapa cakap? Haha

Zahid : xde sesapa ckp..ni aku thu sndiri.

Me : pebenda kau ni? Asal tetiba je?

Zahid : sebb dh sampai masanya

       Sampai masanya? Masa ape ni? Jap,kalau dia cakap macam ni bukan ke maksudnya dia dah lama nak cakap benda ni? Maksudnya dia pun dah lama perhatikan aku lah kan? Patutlah time koko haritu..time aku lalu depan dia dengan Aiman untuk jumpa Mazni,Mazni cakap Aiman pandang aku sambil angkat kening lepastu Zahid angguk banyak kali. No wonderlah.

Zahid : Aku bkn ape tau,cuma memang x salah nk suke orang cuma kawallh sikit. Ni bkan  perasan ke apa tpi mmg kitorang perasan stiap kali aiman lalu je dngar bising2,suara sumbang tu semua. Malulah dia weh.

       Whut? Bila masa pulak aku dengan Aween bising-bising ei apa ni? Ni namanya perasan tahap tak ingat. Kalau Aween nak tunjuk kedudukan Aiman pun takkanlah nak bising. Kalau Aiman lalu depan aku lagilah senyap sunyi macam lalu depan kubur. Tapi Aimanlah kuburnya sebab tu kitorang senyap. Aherherher.

       Lastly aku iyakan ajelah apa yang dia cakap walaupun rasa nak membalas hujah tu begitu membuak-buak sampai rasa nak face to face je. Ni mesti Aiman yang suruh ni. Lepastu si Zahid ni punyalah cakap 'aku cakap ni bukan sebab nk malukan ke apa. Aku tanak kau kena bash disebabkan orang tu. Jaga iman,jaga hati. Kalau suka tu jangan fanatik sangat,buat biasa je.' Sakit gila hati kau tahu?

       Aku tahulah aku ni jenis over tapi takdelah macam tu sekali sampai nak malukan diri sendiri. Haih. Tapi satu jelah aku respect kat Zahid ni. Dia bagi salam sebelum 'nasihatkan' aku and dia cakap sorry kalau aku terasa. Baikkan dia tu? Dahlah handsome. Kuikui. Ok tak payah nak puji sangatlah kan orang macam tu?

       Layak dibaling selipar aku rasa si Aiman tu. Perasan tahap mintak sepakan maut! Kalau dulu yelah aku selalu usha dia jugak. Tu pun mana ada bising. Kalau jalan dekat ngan dia lagilah menunduk aku. Tang mana suara-suara sumbang tu datang sampai memalukan Aiman Farish tu? Macam takde. Lepas aku kenal si Harris lagilah aku punya fokus untuk stalk tu berubah kepada Harris 60% dan Aiman 40%.

      Ha. Itu je kot. Tak tahulah kalau dia dengar suara lain. Suara hati dia ke,suara kepala dia ke kan? Yang penting lepasni aku memang tak pandang dia dah. Aku janji pada diri sendiri. Eii kalau aku tahu macam ni jadinya,dah lama aku suruh Aween delete je file Gdragon milik Zahid dan file basketball milik Aiman haritu. Eish. However,aku masih rasa tak puas hati tau. Haih. Aku kena bersihkan nama aku ni. Aiceh.

PelangiWhere stories live. Discover now