Minggu sukan tahunan 2014. Memandangkan padang sekolah memang kecik je tak besar mana pun jadi acara balapan diadakan di stadium manakala lompat tinggi dan lontar peluru/cakera diadakan di sekolah je. Ha dekat padang yang aku cakap tulah. Tapi sukan tahunan ada clash dengan tournament bola keranjang dengan softball pulak tahun ni en so aku sebagai pemain basketball yang berkaliber ni tak bolehlah bolot banyak acara.
"Harris" dia pandang belakang. "Kau masuk apa?" Soalku apabila kami berjalan seiring. Seiring dan sejalan~ seindah bunga di taman. Ha kau sweet tak? Lol hahaha. "Macam biasalah." Jawabnya ringkas. Penat kot. Kalau 'macam biasa' dia tu aku taulah. Lompat tinggi,lontar peluru. Dah 2 tahun kitorang masuk acara lompat tinggi. Nasib baik lompat tinggi buat kat sekolah.
"Kau pulak?" Dia tanya aku balik. "Form kita bukan wajib masuk ke lompat tinggi?" Aku tanya balik. "Haah. Lepas tapisan baru tournament diadakan." Aku angguk mendengar jawapannya. "Oh. Aku masuk 4×400 meter,lompat jauh dengan lompat tinggi. Lontar peluru" jawabku. "Peh asal banyak sangat? Kau bukan clash dengan basketball ke?" Aku gelak kecil. "Memanglah tapi aku dah tengok jadualnya. Setakat ni takde lagi yang clash dengan jadual latihan".
Kemudian,kitorang pergi ke Dataran Perpaduan,tempat acara lompat tinggi diadakan. Dataran tu dahlah dekat dengan form 3 atau bahasa mudahnya,kelas Nadia. Agaknya dia tengok aku-- maksud aku,tengok ke nanti? Hoho. I feel roller coaster in ma stomach bila mengingatkan hakikat itu. Huish kenapa ngan aku ni?
Kami diminta beratur mengikut kelas masing-masing. Aku dengan Harris sama. Rumah Usamah (since i really miss my old school so i'll be using those name) manakala Zahid - Hamzah dan Fakeh Hanzalah. Jangan tanya aku Nadia rumah sukan apa k aku tak tahu. Fuh,pejam celik,membebel pasal rumah sukan ni kejap je lagi giliran aku lompat. Aku pandang tingkat atas. Nadia..takde pun?
Heh. Jangan salah faham ye. Aku baru je ingat nak jeling dia ke nak kerek ke. "Aiman Farish -Usamah". Ok nama dah dipanggil. So here we go. Aku berlari perlahan kemudian laju sebelum memecut dan melompat dannn...
"Oww" jatuh ke atas tilam. Kedengaran suara peserta lain bersorak. Palang tak jatuh so maknanya lepaslah. Aku berlari ke barisan yang layak. Kejap lagi Harris pulak. Dia mesti layak punyalah. "Haziq Amin - Khalid Alwalid." Aku tengok Haziq lari. Eish sikit lagi! Tiang tu macam nak jatuh so nanti dia kena try lagi. "Harris Haikal - Usamah" Aku bersorak untuk Harris sambil pandang atas. Guess who?
Its Nadia,kawan-kawan. Bila Harris lompat ada pulak. Baling kasut kang. Ok kenapa dengan aku ni? Aku kembali fokus pada Harris yang sedang berlari. Zahid paling kuat sorak. Hesh dia ni tak payahlah jerit kat telinga aku. Yess dia pun layak. See? Kan aku dah cakap. Aku pandang atas untuk tengok reaksi Nadia. Amboi,kemain gembira muka dia. Macam dia pulak yang menang lompat tinggi. Aku dapat rasakan Harris berlari ke sini tapi aku langsung tak pandang dia.
"Jeles ke Aiman?" Automatik aku pandang Zahid. "Apa kau merepek ni?" Aku tanya balik. "Kau jeles sebenarnya kan? ." Soalan yang sama. "Jeles? Dengan?" Soalannya dibalas dengan soalan. "Harris" "Sebab?" Sepatah jugak balasan aku. "Kau suka dia ke?" Dia menyoal kembali tanpa menjawab soalan aku tadi. Zahid ni memang layak jadi prs.
"Apa kau cakap ni aku tak faham? Dia tu siapa? Aku blurr do haha" jawabku lagi. Dia pandang atas. "Kau suka dia kan?" Soalnya lagi sambil pandang depan. Acah FBI pulak dah dia ni. Tapi siapa je kat atas? Nadia lah kan antaranya? "Nadia? Oh maksud kau aku suka Nadia lah?" Aku tanya balik. Ni kalau masuk pertandingan soal-menyoal kat Era.fm confirm menang ni.
"Aku tak cakap pape pun. Kenapa kau mention Nadia?" Damn. Zahid is really a manipulative friend i ever had. Like,ever. "Tak lah dah kau pandang atas,dia jelah yang kita kenal,kan?" Aku pandang atas. Eh,kosong? Mana dia? Zahid pandang aku dengan senyum senget dia tu sambil buat muka bangga dengan telahan dia. "Apa maksud kau sebenarnya?" Serious aku tak faham. Semua ni macam puzzle. Tunggang terbalik,bercampur aduk.
"Amir Zahid - Hamzah" Oh shoot. Nama dia dipanggil untuk second try. Sesi kelayakan kedua. "Kau fikirkan sendiri. Mustahil kau tak perasan haha aku pergi dulu. Jangan lupa sorak tau hahaha" Dia menepuk bahu aku sebelum pergi bersedia untuk lakukan lompatan. Aku..suka Nadia? How is that even possible? Aku rasa aku menyampah dengan perangai dia yang annoying dan merimaskan tu. Celah mana yang aku suka dia?
Takdelah. Tak mungkin. Mustahil. 'Nothing's impossible' kata hatiku mengingatkan. No. In this case,it is impossible. Mana ada aku jeles dengan Harris sebab Nadia sorak untuk dia. Ridiculous! This is absurd. 'Tapi kalau bukan suka,kenapa perlu jeles?' Sekali lagi kata hatiku mengingatkan. Haih kenapa kata hati aku tak sehati sejiwa dengan aku?
Tapi macam betul..je? Eh,entahlah. Haha ape ni? Come on Aiman,jangan semakkan otak kau dengan ini semua. "Macam mana? Dah tahu?" Zahid bertanya,mengambil tempat disebelah ku. Kepenatan barangkali. Aku diam. Masih berfikir kerasionalan kata-kata Zahid.
Haha sejak bila aku ambik kisah kata-kata Zahid ni? Dia tu dahlah sembang padu. Haish Aiman Farish,Aiman Farish. Kenapalah kau bendul sangat? Haha. Aku meraup muka sambil tersenyum. Zahid tu merapu aje tu. Haih. "Sembang padu bhai kau ni" balasku,ketawa kecil. Dia senyum senget lagi.
Zahid angkat bahu. "Hanya kau je yang tahu jawapannya" sambungnya. Acah-acah pulak dia ni. Aku baling kasut kang. Aku menggeleng. "Okay rehat dulu. Lepasni baru sambung" Finally. Penat do main lompat-lompat ni. Aku geleng kepala je sebagai tanda jawapan pada Zahid. Senyum tu semestinya. Tak payahlah serious sangat,kan?
"Dahlah. Stop dengan sembang padu kau tu" jawabku tak lama kemudian. Entah bila nak gerak gi kantin entah. Harris dah lama blah gi koperasi. "Kalau kau rasa apa yang aku cakap tu semua merepek,kau takkan bazir walau sesaat pun untuk fikir kesahihan semua tu. Correct me if Im wrong" ujarnya sambil pandang aku.
Terpaku dan terpukul. Tu yang aku rasa sekarang. Walaupun Zahid ni selalu sembang padu gila tapi kalau sekali dia serious,memang deep kata-kata dia. "Dahlah. Jom pergi kantin. Kang kebulur tak pasal-pasal kau bergolek je time second try nanti hahaha." dia bangun dan menghulurkan tangan. Aku sambut huluran lalu sama-sama berdiri.
{A.N}
Sebab dah lama sangat tak update so haha sorry sangat-sangat. Ni pun tak tau ler seimbang dngan yang dah didraft ke tak. Lol so enjoy reading. Haha

ANDA SEDANG MEMBACA
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...