Inhale. Exhale. Relax Nadia,you can do it. Huish sejuknya tangan aku. "Hoi kau ni dah kenapa kaku tetiba? Tadi kemain semangat lari dari blok A sampai astaka" Aween menyindir. Sungguh tak memahami eish cepuk kang.
"Nadia cepatlah. Nak kena hantar kat Haziq lagi nanti dia blah macam mana?" Mak nenek betullah Aween ni. "Ok fine. Kita hantar kat Haziq dulu baru hantar kat Aiman."
"Haziq Amin,kelas 4 Akaun 1?" Soalku. Heh mestilah aku. Nak harapkan Aween? Berterabur bahasa jawa dia nanti. Nervous tak ingat dunia. Dia mengangguk.
Alahaii tunduk ke lantai aje dia ni. Sopannya aum aum. Erk? Okay pelik tu. Sesapa nak jadikan dia calon suami sila pm saya. Ceh. "Ni ada dedication untuk Haziq." Aku menghulurkan sekeping kad kepadanya. Dia berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.
"AHH COMELNYA DIAA. Sopan je. Terima kasih. Ahaks" Aween ni kalau nak menggila pun jap lagilah. Aku tengah nervous nak bagi dedication aku kat Aiman ni. Okay,here we go.
Aku berjalan mendekatinya yang tengah ralit dengan kamera. Aku berdehem. Dari reaksi wajahnya aku tau dia sedar kewujudan aku kat situ cuma dia tak pandang je. Halah halah sopan sungguh. Tapi yang ni aku dah cop dulu.
"Aiman Paris?" tegurku,buat-buat tak kenal. "Excuse me,what?" Dia menyoal balik. Speaking pulak tu ha ni yang makin nervous ni. Aween dah tepuk-tepuk tangan kiriku. Apehal dia ni? "A..are you Aiman Paris 4 Akaun 1?" Ha siap nama kelas lagi. Kalau tak mengaku jugak aku hempuk dengan bakul ni.
Dia mengerutkan dahi sambil memandangku. Wait- dia pandang aku? AIMAN FARISH PANDANG AKU? Oh lihatlah dunia Ai-
"Aiman FARISH actually" perkataan Farish ditekan. Dah kenapa? "Okay,this is for you" aku hulurkan juga sekeping kad kepadanya. "Terima kasih." Aku angguk.
Control Nadia. Conceal dont feel dont let them know~ ok stop. Over sangat ni. Aku segera berlalu. Tak sanggup lama-lama kat situ. Apabila agak jauh dari situ, "Aween! Comelnya dia yaAllah indah sungguh ciptaanMu. I KENOD" Ok dah gila.
"Tapikan kenapa dia tekankan perkataan Farish tu? Pelik doh dia tu" Aween pandang aku pelik. "Lah kau tak sedar rupanya." Apa ni? Sedar apa? Apa yang aku dah buat? Eish cepatlah sambung,gila.
"Kau tau tak masa mula-mula tu kau panggil dia Aiman PARIS?" Automatik langkahku terhenti. Paris? Otak aku cuba flashback. NO. "WEH! OMG betullah. Aween,malunya akuu!!" Aku terus sorok muka kat bahu Aween.
Aween hanya mampu gelak. Cis kurang asam dia ni. Ya Allah malunya Nadia apa kau ni? Nervous sampai tersasul. Eish.
YOU ARE READING
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...