Aween

2.8K 134 0
                                    

"Ei,taknak ah. Aku tak setuju!" Kataku tegas. Nadia buat muka kesian dia yang tak berapa nak laku tu. "Ala Aween please? Please please pleaseee?" Dia merayu sambil menggoncang lenganku. "Gila ke kau? Taknak ah! Nanti mesti ada Magnesium dengan Zahid. Kau nak ke?" Balasku. Magnesium tu nama baru bagi Aiman setelah Zahid sound Nadia haritu.

Sejak haritu memang Nadia kata dia langsung tak pernah cakap dengan Aiman. Like moment dengan ig post tu pernahlah. Kat sekolah pun aku tengok dia fokus pada kuprum je. Haih Nadia..Nadia. Mana satu kau nak ni? Kuprum ke Magnesium? Heh. Kenapa magnesium? Sebab selepas tragedi tu,Nadia cuba jauhkan diri ( tapi yang aku tengok macam takde beza je ) tapi tak boleh sebab Aiman tu asyik muncul je.

Macam magnet. Memandangkan semenjak belajar sains chapter 6 ada kuprum apa semua maka terhasillah magnesium. Apa-apa jelah Nadia asalkan kau bahagia. "Weh jomlah ikut. Orang nak belanja makan ni takkan taknak? Kan rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Biar musuh tu yang cari kau hahaha" pujuknya lagi.

"Please Aween,please? Kau tak kesian kat aku ke?" Haih dia ni. Sebab aku kesian kat kaulah aku malas nak join. Nak menghadap muka dua ekor mambang tu lagi. "Tengoklah macam mana." Jawabku. Inilah yang orang melayu cakap,'lain di mulut lain dihati'. Eh ada eh macam tu? Ke tu aku reka sendiri? Haha lantaklah.

"Yeayy! Nanti aku belanja kau starbuck ." Aku angguk je. Kalau bukan sebab Kak Anis dengan Kak Nur yang ajak hang sekali dengan sidang redaksi memang tak hengen aku hadap muka mambang kuning dua ekor tu.

**Pada hari yang ditetapkan

Kak Anis dan Kak Mai pergi beli tiket memang beratur panjang sebab weekend. Aku dan Nadia ni ikutlah Kak Nur menunggu di foodcourt. Tak lama kemudian,mambang kuning tu pun sampai. Menyampah jugaklah tengok muka dia yang bajet lagikan kerek tu. Datang pula Kak Anis dengan tiket di tangan. "Nis cerita apa?" Zahid tanya.

"Cerita semua orang boleh tengok. Kak anis tunjuk tiket tu separuh kat kitorang separuh kat dorang. "Penguin!" Budak lelaki dari meja sebelah pandang aku. Ops terlebih excited pulak. Aku kembali makan macam biasa walaupun rasa gembira tahap nak lompat bintang 10 kali.

PelangiWhere stories live. Discover now