Okay sebenarnya aku nak gelak guling-guling sampai masuk kolam ikan tu tengok Nadia nervous gila I mean walaupun dia nervous dia boleh je hadapi nervous dia tu. But whenever it comes to Aiman Farish,dia lost. Aku tak tahu kenapa dan apa yang handsomenya Aiman ni sampai Nadia boleh suka dia.
Well Aiman ni memang ada sesuatu sebab aku pun pernah suka dia dulu tapi sekarang dah tak. Hoho. And the reason kenapa Nadia ni tiba-tiba je gelabah kat depan bilik fail ni ialah...
**FLASHBACK**
Pada pagi yang indah dan permai,ketika semua pelajar berkumpul di dewan seperti biasa..
"Perhatian semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Spelling Bee Competition sila berjumpa dengan Aiman Farish kelas 4 Akaun 1". Dan beberapa minit selepas Nadia sedar dari hipnotis Aiman (kononnya) dia ajak aku masuk pertandingan apentah so aku pun ajaklah lagi 4 orang kawan kitorang.
**END OF FLASHBACK**
"Nak aku ketuk ke?" Aku tanya dia. "Lepastu kau masuk dulu?" Dia tanya aku balik. "Masuk jelah dia bukannya makan orang pun." Ujarku,menenangkan Nadia. Tapi memang betul pun kan? Aiman bukannya kanibal ke vampire ke werewolf pun bukan. Keding camtu nak jadi werewolf memang taklah.
Aku menyedut sikit air Milo yang aku beli dari kantin. Haih penat aku tunggu si Nadia ni. Aku tengok Dani ni dari Abang Koop (atau apa-apa je yang Nadia panggil) ni keluar,Dani asyik main buka tutup pintu lepastu gelak. Dia ni memang pelik aku rasa.
"Okay Nadia sekarang ni kau nak masuk ke taknak?" Aku cuba berdiplomat dengan dia. "Gila taknak? Tapi serious aku nervous. Im trembling,dude" Aku ketawa kecil. Sampai macam tu sekali?
Nampaknya seseorang kena mulakan langkah pertama kalau tak aku rasa sampai zohor minggu depan kitorang 6 orang terpacak macam tiang kat sini. "Okay kau nak aku ketuk tak?" Tanyaku. "Kau masuk dulu?" Dia tanya aku balik. Aku berfikir seketika. "Okay. Lepas aku masuk kau masuk tau?" Yea apa salahnya aku masuk dulu.
Jadi aku bergerak ke depan muka pintu dan bersedia untuk buka eh ketuk dulu Aween,when suddenly Nadia tetiba berdiri depan pintu dan
BOOM!
Nadia,tahniah sebab dah berjaya buka pintu. Yeayy! *throw confetti*
YOU ARE READING
Pelangi
RomancePelangi itu membawa maksud harapan. Tapi masih adakah harapan bila crush kita tak suka kita? Heh. Jangankan nak suka kita balik,nak kawan pun memang harapan ajelah. But nothing's impossible,right? Tapi siapa yang datang membawa pelangi? Kuprum ataup...