Bab 19🥀

1.3K 242 22
                                    

Argue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Argue.

AYLIN melangkah pantas menuju ke dewan makan. Dia mahu bertemu dengan Jungkook secepat yang mungkin, dia mahu menerangkan segalanya kepada lelaki itu. Dia tak mahu Jungkook salah faham terhadap niat baiknya untuk mengubati kesunyian yang dialami lelaki itu.

Dia mahu jujur dengan Jungkook yang bahawa dia sama sekali tak mencintai lelaki itu. Tiada sekelumit perasaan pun dari dia kepada lelaki itu.

Tapi... benarkah dia sama sekali tidak mencintai Jungkook?

Langkah kaki Aylin serta- merta melambat saat ayat itu berbisik dihatinya. Tapak tangannya dikepal, dia geram dengan dirinya sendiri yang mulai berbelah bahagi dengan hati dan perasaannya.

Andwae, Aylin. Kau dah decide semalam. Kau dah decide yang kau langsung tak punya perasaan terhadap Jungkook. Kau dah decide, kan? Gadis itu menyoal dirinya sendiri, tapak tangan diraup ke wajah.

Saat itu dia sudah sampai dihadapan pintu utama memasuki dewan makan penjara tersebut. Dia harus menyelesaikan segalanya hari itu juga. Namun dia masih ragu, dia takut Jungkook bertindak di luar kawalan jika dia mengatakan apa yang terbuku didalam hatinya.

Cho Aylin menggagahkan dirinya untuk melangkah mencari Jungkook ditengah kerumunan banduan penjara yang sedang menikmati hidangan tengah hari itu. Aylin akhirnya menemui lelaki itu sedang duduk dihujung meja dengan wajah dinginnya.

"Jeon Jungkook..." panggil Aylin seraya mengetap bibir saat banduan yang ikut sama duduk bersama Jungkook itu menoleh kearahnya. Lelaki itu menjongketkan keningnya, tanda 'Apa?'

"Saya nak bercakap dengan awak, berdua."

"Fuyooo!"

Lelaki- lelaki yang berada dimeja itu bersorak gembira saat mendengar Aylin mengutarakan kemahuannya. Makin merah pipi Aylin jadinya.

"Buat apa?"

"Mestilah dia rindukan kau Jeon! Itupun kau tak faham ke?" celah seseorang buatkan Jungkook tersengih kecil. Dia menoleh memandang Aylin lalu tapak tangannya menepuk- nepuk paha petanda dia mahu gadis itu duduk dipangkuannya. Makin kuat sorakan mereka.

Aylin pula, pandangan tajam diberikan pada lelaki itu. Jungkook turut sama memandang Aylin namun dengan pandangan yang redup.

"Fine." Jungkook akhirnya mengalah, punggung diangkat lalu lelaki itu melangkah mengikuti Aylin yang sudah terlebih dahulu melangkah masuk kedalam ruangan kelas kaunseling mereka.

"Duduk."

"Kau tak rindukan aku?" soal Jungkook tanpa menunggu lama, Aylin memejamkan matanya, dia beranikan dirinya untuk berpandangan dengan Jungkook. Tapak tangannya ditepuk diatas meja, wajah cuba digarangkan.

"Saya Cho Aylin tak mungkin akan jatuh cinta pada lelaki macam awak. Saya r- rapat dengan awak selama ni hanya untuk tahu peribadi awak, untuk awak akui kesalahan awak."

"Jujur saya katakan disini, saya... langsung tak ada perasaan dekat awak." Ucap Aylin seraya menggetap bawah bibirnya.

Saat itu, pandangan mata Jungkook mula berubah dingin dan tajam. Pandangan yang boleh memanah jantungnya. Aylin mengundur setapak bila Jungkook melangkah setapak mendekatinya.

"Say that again." Ucap Jungkook, matanya sudah kelihatan api kemarahan, bengang dengan pengakuan gadis itu.

"S- saya nak awak jauhkan diri dari saya. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi." balas Aylin dengan perasaan gemuruh yang mula menguasai diri.

Lelakin itu diam buat seketika sebelum ketawa kecil.

"Geure?"

Aylin terkaku bila gari yang mengikat kedua belah pergelangan Jungkook itu kini tergantung di tangan kirinya. Bibir Jungkook tersungging senyuman sinis. Belum sempat Aylin hendak membuka langkah untuk lari dari ruangan tersebut, tubuhnya sudah ditarik lalu pistol yang entah dari mana datangnya itu dihalakan tepat dilehernya.

"Jungkook! Apa yang awak cuba lakukan?!" Jerit Aylin.

"Jeon, ada rancangan lebih baik untuk hidup dengan doktor cantik ni. Jadi, if you don't mind, pinjam badan kau untuk pertujukan menarik ni, sayang." Bisik Jungkook, pelukannya di tubuh kecil Aylin diperkemas.

"Enjoy, sweetie."





.

hshshshhshsh

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now