Bab 20🥀

1.4K 271 30
                                    

[ZON LARANGAN SILENT READER]

The Show.



"WEH, lama nyah Jungkook keluar dengar Doktor perempuan tu. Aku dah tak sabar nak dengar cerita dia ni. Huwaaap aku pula yang terlebih excited sekarang ni." Ucap Taehyung seraya sama- sama melangkah beriringan dengan Doktor Hyunjin yang bakal menggantikan Doktor Aylin hari ini.

Doktor Hyunjin cuma ketawa kecil, cermin mata yang turun sedikit itu dia naikkan semula. Kedua belah tapak tangan dimasukkan kedalam poket kot putih doktornya. Taehyung meliriknya sekilas.

"Kau tahu ke yang mereka nak berjumpa?"

"Eum... aku yang benarkan. Lagipun Jeon lama tak bersua muka dengan Doktor Aylin tu. Aku pun bagi chance-lah dan Jungkook pun ada merayu dekat aku, katanya dia rindukan Aylin. Dia ada sesuatu nak cakap dekat perempuan tu. Kau pun tahulah, lelaki bila dah jatuh hati, semua pun dia sanggup buat." Balas Doktor Hyunjin mengundang kerutan didahi Taehyung.

"Wait... Jungkook datang merayu dekat kau? Bila? Kenapa aku tak tahu?"

"Pagi tadi, dia senyap- senyap je." Balas Doktor Hyunjin, riak wajah Taehyung mula berubah. Serta- merta langkah kakinya berhenti diikuti oleh Doktor Hyunjin yang pelik dengan reaksi lelaki itu.

"Wae-"

"Dia ada minta kau buka gari dia?" soal Taehyung. Doktor Hyunjin berfikir seketika sebelum gelengan dia berikan pada Taehyung tanda 'tidak'. Taehyung menghela nafas lega, lega bila tekaannya meleset.

Dia bimbang jika Jungkook berniat untuk melakukan rancangannya hari ini kerana rancangan lelaki itu memerlukan pengorbanan dan penelitian yang lebih banyak. Kalaupun Jungkook bertindak hari itu, tak mungkin apa yang dirancangnya akan berjaya.

Kan?

Taehyung tersentak saat mendengar derap tapak kaki orang ramai berlari melintasi arahnya menuju ke blok bangunan kelas di sebelah. Taehyung dan Hyunjin berpandangan sesama sendiri.

"Shit!" Ucap Taehyung bila sedar yang Jungkook sudah pun memulakan rancangannya ketika itu. Tanpa membuang masa, mereka berdua berlari kearah ruangan yang mula dikerumuni banduan yang lainnya.

Dua das tembakan dilepaskan, satu tersasar ke lantai sementara satu lagi menancap bahu seorang pegawai penjara yang cuba mendekatinya. Jeon Jungkook tak menyisakan sedikitpun rasa simpati ataupun gentar ketika berhadapan dalam situasi tersebut.

Dia sudah terlatih, bahkan dia mahir dalam menggunakan senjata.

Cho Aylin hanya menangis didalam pelukan lelaki itu. Lengan Jungkook yang menjerat lehernya terasa semakin kuat saat itu. Mimpinya apa ya semalam?

"Berhenti menangis, atau lebih banyak yang mati. Pilih antara dua, Aylin. Kau decide, aku buat." bisik Jungkook, Aylin menelan liurnya. Dalam kepayahan dia akhirnya cuba untuk menahan tangisnya.

Mulutnya ditekup, dia tak mahu lebih banyak korban lagi kerana dirinya tidak mahu menuruti kemahuan lelaki itu.

"Jungkook! Apa yang kau buat ni?!" Soal Taehyung selepas tubuh banduan yang berkerumun di kawasan tersebut dirempuhnya. Matanya tajam merenung anak mata Jungkook yang ikut sama berbuat perkara yang sama. Taehyung tak faham, apa sebenarnya yang bermain di fikiran lelaki itu hingga sanggup berbuat sedemikian?

Bukankah Jungkook mencintai Aylin? Jadi kenapa lelaki itu sanggup berbuat demikian? Melukai Aylin dengan tangannya sendiri?

"Kalau korang tak nak perempuan ni mati, sediakan kereta. Biar aku pergi." ucap Jungkook, lengannya yang memeluk leher Aylin semakin dieratkan.

"Jungkook, lepaskan Doktor Aylin sekarang!" pekik Doktor Hyunjin yang mula marah dengan tindakan melulu lelaki itu. Merah wajahnya kerana menahan amarah yang mula memuncak. Dia menolong Jungkook hanyalah untuk menghilangkan kesunyian yang dialami lelaki itu.

Bukan untuk menolong Jungkook untuk melepaskan diri.

"Dengar cakap aku, sediakan kereta kalau korang tak mahu perempuan ni mati." Ucap Jungkook dingin, Taehyung yang tak dapat menahan sabar maju selangkah dan tak semena- mena satu tembakan dilepaskan mengenai lengan Kim Taehyung. Lelaki itu jatuh tersembam di lantai dengan lengan bajunya yang bersimbah darah.

"Taehyung! Jungkook wae?! Dia kawan awak!"

"Tak ada istilah kawan dalam hidup aku." ucap Jungkook, wajah Taehyung yang sedang menahan sakit. Aylin menangis, Taehyung tak patut diperlakukan seperti itu.

"Kami dah sediakan kereta, t- tolong lepaskan Doktor Aylin sekarang!" ujar Doktor Hyunjin. Jungkook mendiamkan diri, namun kemudian tubuh Aylin ditarik kasar agar mereka sama- sama keluar dari bangunan tersebut.

Tubuh gadis itu dicampak masuk kedalam perut kereta. Sempat Jungkook layangkan tumbukan kepada pegawai penjara yang mahu menyerangnya. Pegawai penjara itu jatuh ke atas tanah akibat penangan tendangan Jeon Jungkook di tubuhnya.

"Jangan ekori kereta ini sampai 100km. Kalau aku nampak satu buah kereta polis, perempuan ni mati." ucap Jungkook, sempat dia memandang Hyunjin yang masih tajam memandangnya.

"Thank you for your help."

"Damn it!"


sha slow update je ff ni, busy memanjang.

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now