Dreamy.
Ding~
Loceng rehat pertama dibunyikan, pintu- pintu cell dibuka satu- persatu. Jungkook tidak berniat untuk keluar rehat hari itu.
Dia tak ada selera.
Jadi dia memilih untuk stay didalam cell saja. Jungkook baring menelentang, matanya merenung siling cell yang ditempatinya sekarang.
Jiwanya kosong.
Mendapat title 'pembunuh upahan terhandal' bukanlah suatu perkara yang harus dibanggakan olehnya.
Dia sudah membunuh lebih dari 50 orang, dengan bayaran hampir ke angka 1 juta won. Namun, Jungkook masih tak menjumpai ketenangan yang dia mahukan.
Didera oleh ibunya sendiri dan tersisih dari keluarganya yang lain, Jungkook menjadi lelaki yang berhati kering.
Jungkook memejamkan matanya, cuba untuk tidur.
"Kau tak layak untuk bahagia!"
Jeritan itu buatkan Jungkook kembali mencelikkan matanya, jantungnya berdegup kencang. Itu merupakan jeritan salah seorang daripada mangsanya.
Dalam banyak- banyak mangsanya, wanita itu yang membuatkan dirinya tak tenang seumur hidup. Wanita itu bahkan menghantuinya didalam mimpi.
"Maafkan aku."
"Jungkook?"
Jungkook melirikkan anak matanya, disitu doktor wanita yang kelmarin sedang berdiri di luar cell.
"Kenapa tak keluar rehat?" soalnya polos. Jungkook cuma diam, dia pejamkan matanya sejenak sebelum bangun dari pembaringannya.
"Buat apa kat sini?"
"I'm just checking. Maaf kalau saya menganggu." jawab Aylin seraya menundukkan badannya. Dia berikan senyuman segaris kepada Jungkook.
Jungkook berikan pandangan poker.
"Nak roti? Saya ada bawa roti untuk awak-"
"Tak lapar." jawab Jungkook.
"Baiklah. Saya tahu awak tak suka saya, saya pergi dulu. Em, saya tinggalkan roti kat sini. Jumpa awak di waktu rehat kedua nanti!" pesan Aylin, sebungkus roti coklat diselitkan dibawah jeriji besi.
"Bye-"
"Kau tak takut dengan aku?" soal Jungkook.
Dia mula melangkah ke tepi pintu sebelum mencapai roti yang diberikan gadis itu. Pandangan mata langsung tidak dilarikan dari wajah gadis itu.
"Awak nak saya takut dengan awak?"
"If i want, i can kill you right now." ucap Jungkook buatkan Aylin sedikit tersentak. Dia mengetap bibir sebelum mengundur selangkah.
"Okay, now i'm scared."
"You should. Aku bukan lelaki yang senang berlembut dengan perempuan. Kalau aku terlepas, kau dah sampai syurga sekarang."
Aylin terkebil- kebil. Pandangan matanya dialihkan.
"Okay... maaf kalau awak tak suka saya jadi doktor awak. Saya tak ada pilihan selain berpindah ke sini. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, saya nak minta maaf." ucap Aylin.
Jungkook cuma diam. Gadis bernama Aylin itu begitu polos dan naif dimatanya. Mudah ditipu oleh lelaki seperti dia.
"Saya nak pergilah kalau macam tu. Annyeong."
Jungkook menggelengkan kepalanya, bungkusan roti dikoyakkan sedikit sebelum roti digigit.
Naif.
Mudah sangat jatuh atas tangan lelaki tak guna kalau dia bersikap macam tu, bisik Jungkook.
"Tch."
Jungkook kembali duduk ke tempatnya.
"Weh!"
Taehyung yang baru ditolak masuk kedalam cell itu terus meluru merapatkan diri ke jeriji besi berhampiran dengan Jungkook.
"Aku nampak awek doktor tadi! Cun gila! Bertuah banduan yang kena kaunseling oleh dia!" teruja Taehyung berkata serays menggoncang jeriji besi tersebut.
Jungkook cuma buat derk aje.
"Oit!"
"Dia siap sapa aku lagi wei! Ya tuhan! Senangnya dalam hati~"
Jungkook menggulingkan anak mata, kedua mereka terdiam bila seorang doktor lelaki mula berjalan kearah mereka berdua.
"Dah makan, tidur! Dua jam lagi sesi kaunseling bermula!" ucap lelaki itu, sedikit menjerkah dengan wajah yang bengis. Taehyung cuma tersengih saja.
Dijerkah, dimaki dan dimarah itu sudah perkara biasa bagi dirinya.
"Kau ni asyik nak marah je kenapa? Tension aku rasa."
"Tch. Banduan bodoh." ucap doktor lelaki tersebut sebelum melangkah keluar dari situ.
"Period kot dia."
"Oi! Aku tengah cakap dengan kau ni!" Taehyung menggoncang jeriji besi tersebut bila Jungkook sudah membaringkan tubuhnya diatas lantai.
Terdengar dengkuran kecil dari lelaki itu.
"Haih."
.
❤👋
[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]