[ZON LARANGAN SILENT READER]
Coincidence.
"Taehyung? Apa awak buat dekat sini?" Soal Aylin sebaik wajah Taehyung terpacul dihadapan pintu rumah dengan senyuman polosnya itu.
Jungkook mengacukan senapang shotgun miliknya tepat dibelakang kepala lelaki itu. Wajahnya keruh, seakan api amarahnya akan meletus pada bila- bila masa saja.
"Hey, ini akulah Jungkook! Traitor! Aku pun tak tahu kenapa aku ada disini. Buka saja mata, aku dah ada didalam hutan. Jodoh kita kuat sangat nampaknya, Doktor Aylin." Jawab Taehyung seraya tersengih- sengih, sengaja mahu memancing kemarahan si singa dibelakangnya itu.
Taehyung cuma tersengih saja, api kemarahannya kerana dikhianati Jungkook itu dia seakan terpadam disimbah air. Selamba dia melabuhkan punggung diatas kerusi, lalu menyilangkan kakinya.
Dia kini berpandangan dengan Jungkook. Mata menayangkan rasa kesal dan sedih. Taehyung tak tahu hendak mengucapkan apa lagi. Dia tahu kehadiran dia disini adalah untuk mendedahkan tempat persembunyian Jeon Jungkook saja.
Yalah, takkan ada manusia yang mampu terselamat dari tembakan peluru, kan?
“Kalau aku tahu kau berniat untuk korbankan aku, dah lama aku belasah kau dalam cell. Aku tahu aku takkan dapat kalahkan kau, tapi masih ramai banduan yang lebih kuat dari aku. Hanya disebabkan doktor perempuan ni...”
Taehyung melirik sekilas ke arah Aylin, keluhan berat dilepaskan.
“Kau sanggup jadikan aku batu pijakan. Sampai hati kau.”
“Kan aku dah cakap, kau dan aku bukan ditakdirkan untuk menjadi kawan. Kau akan lawan aku.” Balas Jungkook, shotgun miliknya masih lagi dihalakan pada Taehyung. Lelaki itu mendiamkan diri, wajahnya ditundukkan. Tapak tangannya dikepal.
Jungkook memerhati, lengan Aylin ditarik hingga gadis itu berdampingan dengannya. Dia tahu apa Taehyung akan lakukan seterusnya.
Dia ingat dengan jelas, tembakan yang dia lepaskan tepat mengenai belakang badan lelaki itu, walaupun agak mustahil untuk Taehyung mati atas kecederaan itu, namun dia tahu Taehyung takkan bergerak dengan mudah selepas itu. Adakah itu suatu kebetulan saja?
Tapi...
Sekarang lelaki itu bergerak dengan bebas. Bermakna, Taehyung turut diberikan suntikan yang sama, yang memberikan kekuatan 10 kali ganda dari manusia normal. Sama sepertinya.
Kalau itu berlaku... mustahil dia dapat melarikan diri dari Taehyung.
“Aku fikir kita kawan...”
“Jangan bermimpi-”
“Mimpi?”
Taehyung mendongakkan wajahnya, bola matanya berubah menjadi hitam. Jungkook tersentak, namun senjata yang masih utuh dipegangannya dia genggam erat.
“I dare you to wake up.” Taehyung berdiri dari duduknya lalu perlahan-lahan melangkah ke arah Jungkook.
“Aylin, berdiri belakang aku- Aylin?”
Dinding yang berada dibelakangnya berubah menjadi ruangan yang luas dengan cahaya yang sedikit malap. Dia menoleh ke kiri dan kanannya, mencari- cari kelibat Cho Aylin dimana- mana, namun gadis itu tak ada disana.
Taehyung juga tidak ada.
“Aylin...?”
“Cho Aylin!”
“Perempuan tak guna!”
Jungkook berlari dalam ruangan gelap tersebut. Walaupun dia terasa dia sudah agak jauh, namun dia masih berputar dikawasan yang sama. Dia mahukan Aylin.
“Aylin... kau... pergi mana?”
Ruangan kaca yang ditempat Jungkook itu direnungnya lama. Cermin mata yang hampir melorot dia naikkan semula. Matanya melirik kearah jam di pergelangan tangannya.
“It's already, 5 hours. Should I wake him?” Soal Aylin.
Taehyung meneliti dokumen yang dipegangnya, terbit senyuman kecil di hujung bibir miliknya.
“Yes, but before that. Prepare yourself, that beast, dah jatuh hati dekat kau, Aylin.”
“I'll keep that in my mind.”
grrr