[Zon larangan silent reader]
Sick.
Psst! Psst!
Jungkook membuang pandang ke arah seorang lelaki yang bersiul nakal bila kelibat gadis bernama Cho Aylin itu melintas dihadapan mereka. Tapak tangannya dikepal, geram."Tch."
Itu yang keluar dari mulut Jungkook sebelum membaling kekacang kepada lelaki tersebut.
"Eo?"
Jungkook dan lelaki itu sama-sama berpandangan, bila dia sedar akan pandangan tajam dari Jungkook. Bingkas kumpulan itu bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari dewan makan.
"Kook, boleh tak kau gantikan tempat aku cuci tandas hari ni? Aku tak sedap badanlah. Rasa nak tidur je seharian. Boleh tak?" soal Taehyung, dia menggeselkan tubuhnya pada lengan Jungkook.
Mahu menarik perhatian lelaki itu.
"Tak, aku ada benda nak buat."
"Apa?"
"Banyak bendalah." jawab Jungkook. Jawapan yang agak tak memuaskan bagi Taehyung. Lelaki itu berdecit kesal. Tubuhnya dipeluk.
"Oi! Kau nak pergi mana? Pinggan dan cawan kau ni siapa nak angkat?!" ucap Taehyung bila Jungkook pergi tanpa membersihkan tempat makannya.
"Oi!"
"Eung?"
Aylin mendongakkan wajahnya. Dia bertentang mata dengan Jeon Jungkook buat beberapa saat sebelum Aylin melarikan pandangan.
"Ya? Apa yang boleh saya tolong, Encik Jeon?" Soal Aylin buatkan Jungkook berdecit kecil.
"Kau nampak runsing. Dari hujung dewan lagi aku tengok kau mengelamun." ujar Jungkook seraya berpeluk tubuh. Aylin terkebil- kebil.
"Eh yeke? Saya okaylah. Cuma penat sikit. Kenapa?" soal Aylin, kepala yang tak gatal digaru. Jungkook mendiamkan diri. Mata bundar gadis itu membuatkan Jungkook hilang fokus buat seketika.
"Hello? Awak nak cakap apa?"
"Dia masih ganggu kau?"
"Eo? Siapa?"
"Bekas tunang kaulah." jawab Jungkook. Aylin terdiam. Dia biarkan soalan Jungkook tak berjawab.
Jaehyun tak menganggunya, lelaki itu cuma bermain dengan fikirannya, membuatkan Aylin sukar untuk tidur semalaman.
"Aylin, kau masih sayangkan aku, kan?" soal Jaehyun. Lelaki itu merapatkan tubuhnya pada palang besi, wajahnya sedih.
Jaehyun betul- betul mahu melihatkan kepada Aylin bahawa dia masih sayang pada gadis itu.
"Saya... tak tahu."
"Kita boleh cuba lagi, Aylin. Aku boleh buat kau jatuh hati pada aku semula. Kau sayang aku, kan? Cho Aylin, kau sayangkan aku, kan?" ulang Jaehyun, pergelangan tangan Aylin digenggamnya erat hingga gadis itu meringis pedih.
"Jae- Jaehyun lepas."
"Jae... saya dah tawar hati." jawapan Aylin membuatkan Jaehyun terundur kebelakang. Lelaki itu terkejut. Begitu cepat Aylin menghapuskan perasaannya?
"Kenapa?" soal Jaehyun, masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan gadis tercintanya itu.
"Saya penat."
"Aylin, aku sanggup tunggu kau. Berapa lama masa yang kau perlu, bertahun, aku sanggup tunggu kau. Tolong fikirkan kenangan kita, Aylin. Kau dah lupakannya?"
"Jae, enough is enough. Awak dan saya dah tak ada apa- apa lagi. Tolonglah faham-"
"Tak. Aku akan tunggu kau, sampai kau betul- betul buka hati kau untuk aku semula."
"Cho Aylin."
Panggilan itu membuatkan Aylin kembali kepada realiti. Mata tajam Jungkook yang sedang memandangnya membuatkan gadis itu kembali terkebil- kebil.
"Y- ya?"
"Apa yang lelaki jahanam tu cakap dekat kau sampai kau mengelamun teruk macam ni?"
"Eh? Tak adalah! Saya penat jelah Jungkook. Dahlah, awak balik cell, saya nak masuk pejabat balik." Aylin menolak tubuh Jungkook perlahan, meminta lelaki itu menjauh darinya.
Serabut otak dia sebab fikir banyak benda!
"Aylin-"
"Masuk cell sekarang!" ucap Aylin, tanpa sengaja nada suaranya naik satu oktaf membuatkan Jungkook memandangnya tajam.
"A- ani. Saya tak sengaja, Jung-"
Lelaki itu melangkah pergi tanpa mengucapkan sepatah kata. Aylin mengetap bibir, sedar yang dirinya sudah tersalah cakap.
"Aaaa apa kau dah buat ni Aylin?!"
.
❤