Bab 4🥀

1.8K 335 30
                                    

Not fine.










"Doktor Aylin?"

"Huh?" Aylin menjongketkan keningnya, teguran dari salah seorang doktor lelaki itu buatkan dia yang sedang mengelamun tersentak.

"Okay tak ni? Dari tadi saya tengok berkhayal je. Awak sakit?" soal Doktor Hyunjin. Aylin menggeleng kecil. Kedua tapak tangannya dimasukkan kedalam kot doktor.

"Tak ada apa- apa, saya okay. Cuma pening sikit." balas Aylin seraya melemparkan senyuman kecil. Doktor lelaki itu mengangguk faham.

Mereka beriringan ke kantin untuk meninjau keadaan banduan yang sedang menikmati jam makan di masa yang pertama.

Keadaannya agak sesak dan hiruk pikuk kerana banduan sedang berbual sesama sendiri.

Aylin menundukkan wajahnya, berada didalam penjara khas yang rata- ratanya berpenghunikan lelaki buatkan dirinya berasa tak selesa. Pandangan mata mereka, seperti hendak ditelannya saja si Aylin ini.

"Kalau pening Cik Aylin tak hilang lagi, boleh minta cuti setengah hari nanti." saran doktor lelaki yang setia berada disamping Aylin. Gadis itu cuma membalas dengan anggukan saja.

"Oh ya, Cik Aylin pernah bertugas di penjara mana sebelum ke sini?"

"Penjara wanita di Daegu." jawab Aylin seraya melemparkan senyum pada salah seorang banduan yang sedang memandangnya. Namun mata lelaki itu tidak melepaskan pandangan sama sekali.

Tajam dan dingin.

Seperti singa yang sedang melihat mangsnya. Aylin terkebil- kebil, sedikit pelik namun dia biarkan saja.

Pak!

"Siapa yang buat?" soal Aylin dengan wajah yang merah bila punggungnya ditepuk dari belakang. Namun tak ada seorang pun yang mengaku. Beberapa orang banduan hanya tersengih- sengih.

Aylin mengetap bibir geram.

"Kalau tak ada yang mengaku, awak jawab Tuhan mati nanti. Berbohong dan melakukan perbuatan yang tak senonoh itu dosa." kata Aylin sedikit lantang agar semua bandua didalam kantin itu mendengarnya.

Hasilnya cuma sia- sia. Aylin cuma menerima gelak ketawa kerana menganggap itu perkara yang lawak bagi mereka.

"Saya hitung sampai tiga. Kalau tak ada yang mengaku, saya periksa CCTV, kalau saya dapat pelakunya. Hukuman akan digandakan lebih berat. Satu! Dua! Ti-"

Prang!!

Seorang lelaki yang sedang berjalan sambil membawa makanan miliknya jatuh terjelepok diatas lantai. Makanan yang berada dipegangnya jatuh mengotorkan lantai kanti tersebut.

"Yah neo micheosseo?" soal lelaki berambut perang tersebut kepada Jungkook yang menghalang jalannya tadi. Dia bercekak pinggang, bila tak mendapat jawapan dari Jungkook dia menjadi semakin bengang.

"Yah!"

"Shikkero (you're too noisy)" balas Jungkook seraya memberikan pandangan tajam kepada lelaki itu.

"Eh kau yang mula dulu, hadang jalan aku sampai aku jatuh. Motif kau apa hah?!" tengking lelaki itu seraya menepuk meja makan yang ditempati Jungkook. Bingkas Jungkook bangun dan berhadapan dengan lelaki itu.

Ketinggian lelaki berambut perang yang hanya mencapai paras dada Jungkook itu buatkan dia terpaksa mendongakkan wajahnya untuk memandang Jungkook.

"Tangan kau gatal kan? Mari aku garukan." sepantas kilat Jungkook menarik tangan lelaki itu sebelum memutarkannya. Bunyi tulang temulang patah kedengaran diselangi raungan kesakitan lelaki itu.

"Argh!"

"Jungkook stop!" Aylin berlari merapati mereka berdua untuk menghentikan pergaduhan tersebut.

"You touch something that not yours dan itu tak baik untuk kau." bisik Jungkook sebelum melepaskan tubuh lelaki itu hingga melorot jatuh ke lantai.

"Jeon Jungkook, masuk cell sekarang!" arah warden penjara sebelum menolak Jungkook agar melangkah ke depan. Aylin cuma memandang.

Bila anak mata Jungkook menikam anak mata Aylin, gadis itu mengalihkan pandangan. Auranya sangat berlainan. Pandangannya tajam dan dingin.

Seolma...

J- Jungkook marah?


.

Sha dapat inspirasi dari lagu Britney Spears - Criminal slowed ver.

Memang ada vibe in love with criminal.

Hiu.

[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now