[Zon larangan silent reader]
Unusual.
"JUNGKOOK?"
Panggilan itu membuatkan Jungkook sedikit tersentak. Bila dia melihat wajah si pemanggil, riak wajahnya berubah dingin.
"Apa kau nak?"
"Wuih, tadi bukan main lagi kau senyum dekat doktor perempuan tu, kalau dekat aku, kau buat muka taik pula?" seloroh Taehyung yang sedikit berkecil dengan reaksi lelaki itu.
Jungkook mendiamkan diri, tubuhnya disandarkan pada dinding konkrit tersebut. Pandangannya masih lagi lurus ke depan.
"Kau nak cakap apa?"
"Tak adalah, aku saja je. Yalah, aku tengok mood kau nampak macam okay je. Tulah aku tegur kau." balas Taehyung, tubuh dibaringkan diatas lantai.
Wajah kacaknya dibelek- belek sebelum tubuh diiringkan menghadap cell milik Jungkook.
"By the way, gaya rambut kau nampak sesuai dekat kau. Tak adalah aku rasa aku tinggal sebelah cell dengan perempuan." ucap Taehyung seraya ketawa kecil bila membayangkan Jungkook dengan rambut yang menutupi mata itu.
Silap hari bulan, kalau dibiarkan rambut Jungkook tu panjang, jatuh cintalah Taehyung ni gamaknya.
"Aku pelik..." dua patah perkataan yang terpacul di bibir Jungkook membuatkan fokus Taehyung kembali tertumpu kepada lelaki itu. Kening Taehyung terjongket satu.
"Pelik apa?"
"Tak ada apa- apa..."
"Pulak dah? Eh, kau jangan cakap yang kau sebenarnya dah jatuh hati dekat doktor perempuan tu,kan? Elelelelele tak payahlah nak berselindung bagai. Ketara sangatlah, Jeon oi!" usik Taehyung, sedikit teruja dengan ucapan Jungkook itu.
"Apa yang ketara?"
"Kalau kau tengok doktor perempuan tu macam nak tembus dah. Kalau boleh, mata kau nak melekat dah dekat doktor perempuan tu. Ketara sangatlah!"
Jungkook terdiam. Dia kemudiannya menggaru kepalanya yang tak gatal. Taehyung menayangkan senyuman mengusik.
"Jadi betulah kau sukakan doktor perempuan tu? Aku dah agak dah! Muka kau tu tak dapat nak tipu mata aku! Diam tanda suka tau!" makin galak Taehyung menyakat.
Kalau boleh dia mahu mendengar jawapan yang sebenarnya dari mulut lelaki dingin itu, namun wajah Jungkook yang tak bereaksi itu memusnahkan segala rancangannya.
Ehem!
Jungkook berdehem.
"Aku tak suka dia."
"Lah? Habis tu?"
"Dia boleh jadi laluan untuk aku keluar dari penjara ni." jawapan Jungkook membuatkan mata Taehyung membulat besar.
"Huh? Mak- maksud kau, kau nak larikan diri dari penjara ni? Dengan bantuan dari doktor perempuan tu?" soal Taehyung, mahu menjelaskan apa yang dia dengari tadi hanyalah satu gurauan.
Dia dan Jungkook berpandangan. Taehyung menelan liurnya.
"Jadi maksudnya kau tengah gunakan dia?"
"Muka kacak aku boleh dijadikan umpan untuk tarik perhatian wanita. Kalau orang lain suka, kenapa dia tak?" balas Jungkook lalu membaringkan tubuhnya diatas katil kecil didalam ruangan tersebut.
Taehyung terkebil- kebil.
"Wah... aku tak sangka kau macam ni, Jeon."
"Aku pun tak sangka perkara ni akan berlaku."
. . .
"ADA apa awak nak jumpa saya ni?" soal Aylin. Gadis itu berpeluk tubuh, sempat dia memandang ke sekeliling, berharap yang Doktor Hyun tak meninggalkan dia sendirian disitu.
"Aku rindukan kau." ucap lelaki itu dengan nada rendah. Dia memandang Aylin dengan pandangan sayu.
Aylin sedikit tersentak, tak menyangka lelaki itu masih boleh menuturkan ayat itu kepadanya.
"Apa awak cakap?"
"Kau cakap kau akan ubah aku, mana janji kau Aylin?" Lelaki itu menyoal dengan tenang. Aylin sedikit tersentak. Dia berpandangan dengan lelaki itu. Bibirnya diketap.
"Adakah itu cuma satu alasan untuk kau tenangkan aku?"
"Jaehyun, awak sendiri cakap yang awak tak nak saya ubah awak. Awak cakap benda tu tak ada makna. Sekarang? Awak cuba ungkit-"
"Aku masih cintakan kau. Aku nampak cahaya harapan untuk kita kembali bersama. Aylin, aku janji, lepas aku keluar dari sini. Aku janji aku akan berubah, demi kau. Kemudian, kita hidup macam biasa. Macam dulu." ucap Jaehyun kedengaran seperti sedang merayu.
"Kenapa tiba- tiba je, Jae?"
Jaehyun mendiamkan diri. Matanya redup dan berkaca- kaca. Aylin turut merasakan kelainan dari pandangan mata lelaki itu.
"Aku cuma nak hidup dengan kau."
.
Heyyo! Sha dah kembali! Huehueheuehheu