Not for us.
"CIK Aylin tak apa- apa?" tanya seorang pegawai polis. Aylin cuma menggeleng kecil, pandangan matanya seketika bertentang mata dengan Jaehyun yang dimasukkan kedalam kereta polis.
Gadis itu melepaskan keluhan kecil, pandangan mata redup Jaehyun menghadirkan perasaan serba salah didalam dirinya. Namun apa yang dia boleh lakukan?
Meletakkan Jaehyun didalam penjara merupakan satu-satunya jalan penyelesaiannya. Jika lelaki itu bebas, nyawanya bakal terancam.
Aylin bukan nak pentingkan diri, tapi jika itu saja caranya, dia tak boleh nak berbuat apa lagi.
"Cik Aylin, dia kata dia tak nak pergi selagi dia tak jumpa Cik Aylin." ucap seorang anggota polis seraya menundingkan jarinya pada Jaehyun. Lelaki itu turut memandang tepat ke anak matanya.
Seakan meminta sedikit simpati daripada Aylin.
Gadis itu melepaskan keluhan kecil, dia melangkah menuju ke kereta polis. Menunggu untuk Jaehyun mengucapkan sesuatu.
"Kau dah puas tengok aku macam ni, sekarang?" soalnya dengan tatapan mata yang dingin. Aylin melepaskan keluhan kecil.
"Awak yang paksa saya untuk buat macam ni. Jae, benda boleh bincang, tapi awak rumitkan. Kalau awak bincang baik- baik dengan saya tempoh hari, saya mungkin akan terima awak semula."
"Kita boleh perbaiki hubungan kita Jae kalau awak tak buat kerja gila macam ni." ucap Aylin cuba untuk menenangkan fikirkan lelaki itu. Jaehyun ketawa, namun tatapan matanya masih berbaur rasa marah.
Kereta polis itu ditendangnya hingga meninggalkan bunyi yang cukup kuat telinga Aylin.
Jaehyun tahu Aylin sedang bermain dengan mindanya. Dia tahu yang Aylin sedang cuba untuk memprovoknya dengan ayat- ayat 'jikalau' agar dia menyesali perbuatannya.
"Jangan bagi aku harapan, Aylin. Aku tahu kau takkan bagi aku peluang untuk dekati kau lagi. Walaupun dengan cara yang baik sekalipun. Kau takkan terima aku. Jadi ini saja cara yang aku ada untuk miliki kau. Aku penat berlembut dengan kau, Aylin." ucap Jaehyun seraya menundukkan wajahnya.
Dia penat mencuba untuk dapatkan hati bekas tunangnya, Cho Aylin itu. Tak kira betapa keras dia mencuba, Aylin takkan memandangnya sebagai Jaehyun yang sama lagi.
"Aku cintakan kau Aylin, sangat- sangat. Tapi kau kesah ke? Tak, kan? Sebab kau fikir aku lelaki gila!" jerkah Jaehyun membuatkan bahu Aylin sedikit terhincut kerana terkejut.
Jaehyun diulit amarah yang memuncak. Perasaanya bercampur baur, Aylin tak mungkin akan faham betapa sakitnya hatinya bila dilabel gila oleh tunang dan ahli keluarga sendiri.
"Aku cuma nak bersama kau, Aylin. Kenapa kau tak pernah aku?" soal Jaehyun dengan mata yang mula berkaca- kaca. Lelaki itu menampakkan sisi lemahnya dihadapan Aylin, berharap agar gadis itu menyimpan rasa simpati walaupun sedikit pada dirinya.
"Maafkan saya, Jae. Mungkin kita tak berjodoh." jawapan Aylin buatkan Jaehyun mendengus geram, lelaki itu mengerang marah. Pintu kereta ditendang- tendangnya.
"Aku sayangkan kaulah bodoh!"
"Maaf Cik, kami akan bawa dia sekarang. Nanti, Cik datang ke balai untuk berikan keterangan. Selamat malam." ucap seorang anggota polis lalu melangkah masuk kedalam perut kereta.
Aylin melepaskan keluhan berat. Dia berharap yang Jaehyun akan kembali pulih dan melupakan dia.
Drt drt!
Deringan telefon pintarnya di poket seluar membuatkan Aylin dengan pantas mengeluarkan phone. Dahinya berkerut sebaik nama pemanggil terpampang di skrin telefon.
"Doktor Hyunjin?"
. . .
"JUNGKOOK! Yuhu! Aku ada good news untuk kau!" Doktor Hyun melangkah cepat untuk mengejar langkah kaki Jungkook yang mula jauh dihadapannya itu.
Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Wajah bengis Jungkook bertayang.
"Apa kau nak?" soal Jungkook, dingin.
"Lah sorry sorry, aku ada good news untuk kau. Nak dengar ke tak? Kalau tak nak aku pergi dulu-"
"Cepatlah bagitau, apa dia?"
Hyunjin tersenyum lebar. Dia memeluk bahu Jungkook sambil mereka melangkah beriringan ke luar.
"Aylin ada call. Dia cakap dia tak apa- apa, cuma dia ada masalah personal dengan tunang dia. Tulah dia tak datang kerja beberapa hari ni." bisik Hyunjin, lagak seperti seorang agen yang hendak menyampaikan rahsia sulit kepada Jungkook.
Jungkook tak memberi sebarang respon, dia kaku.
"Haaa itulah ceritanya. Esok dia datang kerja, dahlah jangan risau tak lama lagi lepaslah rindu kau tu. Ok?" Hyunjin menayangkan thumbs up kepada Jungkook. Namum masih sama, tak ada reaksi dari lelaki itu.
"Aku chau dulu, babai!"
Jungkook hanya berdiri kaku diposisi yang sama, fikirannya kembali kacau. Aylin sudah bertunang? Bila?
Ah.
Kau dah kenapa kook? Kau risaukan perempuan doktor tu? Uish! Salah!
"Oi Jeon! Bincang apa dengan doktor tu tadi? Ada plan nak lari penjara ke? Sharelah apa yang kau tau- Argh! Bodoh! Sakitlah!"
Jungkook memulas lengan lelaki itu sebelum menghentaknya. Rambut yang menutupi wajah diraupnya, beberapa banduan yang cuba mendekatinya diberikan pandangan tajam.
"Maju."
"Hiyargh!!"
.
50 comment to unlock next chapter!
Kasi meriah gais!