Bab 21🥀

1.4K 262 20
                                    

[ZON LARANGAN SILENT READER]

Trap with him.

Trap with him

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana hening tercipta didalam kereta polis yang sedang dipandu Jungkook. Mata lelaki itu tajam terhadap pemanduannya. Tak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut lelaki itu walaupun ketika sudah hampir setengah jam mereka bersama.

Aylin mengetap bibir, kedua pergelangan tangannya digari Jungkook itu dipandangnya. Hatinya berbelah- bahagi. Dia takut jika Jungkook bertindak di luar kawalan dan mencederakan dirinya.

"Kenapa berhenti? Jungkook?" Soal Aylin saat Jungkook menghentikan kereta dibahu jalan. Lelaki itu tidak merespon sebaliknya dia melangkah keluar dari perut kereta lalu menghampiri pintu kereta yang di kiri. Lengan Aylin ditarik kasar agar melangkah keluar dari perut kereta.

"Jungkook, ki- kita nak kemana?" Soal gadis itu sekali lagi namun yang diterimanya hanyalah renungan tajam dari lelaki itu. Gari yang menyekat pergerakan Aylin dibuka dibahagian kanan sebelum gari itu digarikan dipergelangan tangan kanan milik Jungkook.

"Jungkook... tolonglah. Awak nak bawa saya kemana?" Soal Aylin saat Jungkook mula menarik tangannya hingga mereka sama-sama melangkah masuk kedalam hutan ditepi jalan raya itu.

"Jauh dari sini." jawab Jungkook.

Aylin terkebil- kebil, dia menunduk memandang tangan Jungkook yang menariknya dengan gari. Aylin mengetap bibir, dia menoleh memandang ke arah jalan raya yang kini dihalangi oleh pokok- pokok hutan yang tinggi. Aylin kembali memandang belakang tubuh milik Jeon Jungkook.

"Kenapa? Kenapa awak buat macam ni?" Soal Aylin.

"Ini untuk kebaikan kita berdua-"

"No! Yang mendapat kebaikannya hanya awak seorang! Macam mana dengan saya? Awak nak saya hidup menderita ditengah hutan? Dengan awak?" soal Aylin berhasil membuatkan langkah kaki Jungkook terhenti. Jungkook membalikkan tubuhnya, membuatkan jarak mereka hanya selangkah saja.

Pandangan redup Jungkook membuatkan hati Aylin sedikit sakit. Pandangan Jungkook mempunyai banyak makna. Namun yang masih ketara adalah kesedihan yang terpampang di mata lelaki itu.

"Jadi bagitau aku, Aylin. Apa aku patut buat? Bagitau aku apa yang patut aku buat untuk kau bahagia bila bersama aku? Tell me... apa yang patut aku buat untuk kau tak memberontak macam ni? Tell me what should I do, so you can obey me. Aylin, tell me!" pekik Jungkook seraya mencengkam kedua bahu gadis itu, agak kuat hingga membuatkan Aylin meringis sakit.

"J- Jungkook jebal... ada pelbagai cara yang awak boleh lakukan untuk awak baiki masalah awak. Saya boleh tolong, bukan macam ni caranya. Kalau awak lari dari penjara, awak akan dikejar seumur hidup, saya-"

"Masalah aku cuma kau. Aku nakkan kau." tegas Jungkook mengucapkan isi hatinya dengan pandangan yang tajam. Segenap wajah milik gadis itu direnungnya. Aylin mengetap bibir, bila dia mengundur selangkah, Jungkook dengan pantas menarik kembali tubuhnya lalu melingkarkan lengannya di pinggang gadis itu.

"Tell me, how would fix that, Doctor?" Soal Jungkook dengan nada berbisik. Aylin menelan liur, dia sedikit goyah dengan pandangan mata redup Jungkook yang tepat merenung anak matanya. Seakan mencari jawapan dibalik mata Aylin.

Gadis itu memalingkan wajah, sedikit gugup bila dipandang begitu. Tubuh Jungkook cuba ditolaknya.

"Le- lepaskan saya-"

KREAK!

Bunyi ranting patah kerana dipijak seseorang untuk membuatkan fokus Jungkook teralih. Dahinya berkerut. Beberapa detik dia berdiam diri sebelum secara drastik lengan Aylin dicengkam erat, membawa gadis itu sama- sama berlari masuk kedalam hutan.

"Sakitlah, Jungkook! Lepaskan saya! Jeon Jungkook!"

Jungkook merengus kasar, Aylin ditarik rapat sebelum belakang leher gadis itu dipukulnya perlahan. Pandangan mata Aylin mula kabur, dalam sekelip mata saja dia kini sudah berada didalam dakapan Jungkook. Yang bersiap sedia mengangkat lalu membawanya jauh dari situ.

"No..."

"Please listen to me..." rintih Aylin.


.

done update✓

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now