Don't be stupid.
"Me,
You,
Bed,
Now."
"Yah! Saya Cho Aylin! Doktor yang akan merawat awak sepanjang awak berada dalam pusat pemulihan ni! Tolong beri kerjasama Encik Jeon Jungkook!" jerit Aylin dengan wajah yang memerah.
KREKK!
Pintu bilik tersebut serta merta dirempuh kasar oleh seorang lelaki. Dengan langkah yang pantas, lelaki itu menghampiri Doktor Aylin dengan wajah risau.
"Kenapa ni? Ada apa- apa berlaku?" soalnya.
Aylin menggeleng perlahan, sedikit malu kerana bimbang suaranya dapat didengari dari luar.
"Err tak ada apa- apa. Saya terbawa emosi tadi. Doktor Hyun boleh keluar. Saya boleh handle sendiri." ujar Aylin seraya tersenyum kecil.
Doktor Hyunjin mengangguk faham. Sempat dia memberi jelingan tajam pada Jungkook.
"Kalau ada apa- apa, just scream. Banyak polis sini yang sedia untuk belasah banduan tak guna ni."
"Em. Dia pesakit saya. Jangan bahasakan dia banduan tak guna boleh tak? Saya rasa tak sopan." ucap Aylin buatkan Doktor Hyunjin sedikit tersentak. Dia tersengih kecil.
"Oh maaf. Kalau pesakit mental awak ni cuba lukakan awak, just scream." kata Doktor Hyunjin mengulang ayatnya.
"Tak perlu risau, dia dah digari. Em.. boleh awak keluar sekarang?" jari ditundingkan ke pintu ruangan tersebut yang membuatkan Doktor Hyunjin ketawa kecil.
"Okay, maaf menganggu." Doktor lelaki itu melangkah keluar dan buat terakhir kali dia berikan jelingan tajam pada Jungkook.
"Huh.." Aylin mengeluh perlahan.
"Lain kali jangan cakap macam tu lagi. Dirty."
"Cho Aylin." panggil Jungkook ketika Aylin mengambil tempat duduk di berhadapan dengan lelaki itu.
"Doktor Aylin-"
"Aku rimas. Aku benci berada dalam kelompok yang ramai." luah Jungkook.
Seraya membelek- belek jarinya. Rambutnya yang panjang hampir- hampir saja menutupi bahagian matanya.
"Awak boleh luangkan masa bersama banduan lain kalau awak rasa tak selesa duduk ramai- ramai."
Jungkook tersengih kecil. Dia dongakkan wajahnya, bibirnya naik sebelah.
"Aku tak nak dengan mereka."
"Dengan kau boleh?" soal Jungkook. Aylin menggulingkan anak matanya, soalan yang sangat tak penting baginya.
"Boleh awak ceritakan lebih lanjut perasaan awak bila masuk sini?"
Jungkook terdiam sejenak.
Kali ini wajahnya berubah riak. Auranya kini berubah dingin.