Bad dream.
AYLIN melangkah masuk kedalam apartment miliknya. Seluruh tubuhnya terasa lenguh bila seharian menguruskan hal banduan di penjara tersebut.
Aylin menghempaskan tubuhnya diatas sofa, dia menghela nafas lega. Nikmat yang dia rasakan sekarang memang tak dapat diungkapkan dengan kata- kata.
Huwaa!
Aylin memejamkan matanya, rasa hendak tidur sekejap. Kerja- kerja rumah yang masih belum selesai dia akan buat kemudian. Lagipun hari masih panjang, tak salah kalau dia ambil masa untuk berehat, kan?
KREAK
Bunyi pintu dibuka membuatkan Aylin mencelikkan matanya. Dia melirik ke samping, dahinya berkerut. Setahu dia, dia sudah menutup pintu rumah bahkan menguncinya.
Takkanlah... ada orang nak percah masuk rumah dia?
Bingkas Aylin bangun dari duduknya. Kayu besbol yang dia letakkan ditepi meja itu diambilnya. Pegangan pada kayu besbol dikuatkan lagi.
Perlahan- lahan kakinya melangkah mendekati pintu rumah yang sudah terbuka sedikit.
Setiap kali kakinya melangkah, degupan jantungnya menjadi laju, seakan dia tahu ada sesuatu yang akan berlaku.
Tap tap!
Aylin mengetap bibir, bunyi derapan tapak kaki yang datang dari arah belakangnya membuatkan dia menjadi lemah lutut. Takkanlah hidupnya akan berakhir hari ini?
T- Tak mungkin.
"H-"
Belum sempat Aylin mahu menjerit, satu tapak tangan sudah terlebih dahulu menekup mulutnya. Aylin meronta- ronta, kayu besbol tergeletak jatuh diatas lantai.
Tubuhnya ditarik ke ruang tamu, air mata Aylin bercucuran jatuh menunjukkan betapa takutnya dia saat itu. Tubuhnya dihempas kasar diatas sofa, saat itu matanya mengecam wajah lelaki itu.
"Jae- Jaehyun?"
"Terkejut tengok kepulangan aku, sayang?" soal lelaki itu seraya tersengih kecil. Dia mendekatkat dirinya dengan Aylin yang sedang menundukkan wajahnya.
"Kau fikir lepas kau campak aku dalam penjara, aku takkan dapat kau semula? No honey, i'm back." bisik Jaehyun, rambut Aylin diselitkan ke telinga sebelum bibirnya mencium leher Aylin.
"Le- lepaskan saya! Awak dan saya dah tak ada apa- apa hubungan!"
"Apa kau cakap?" rahang Aylin dicengkamnya kasar, rontaan gadis itu yang meminta Jaehyun melepaskan dirinya langsung tak dia hiraukan. Pipi Aylin ditamparnya.
"Aku masih tunang kau! Kau milik aku Aylin! Milik aku seorang!!" jerkah Jaehyun, pipi Aylin ditamparnya sekali lagi. Seakan tak ada rasa belas didalam hati lelaki itu.
Kim Jaehyun, bekas tunang Cho Aylin yang dipenjarakan kerana cubaan membunuh diri bersama Aylin. Lelaki itu terlalu obses dengan gadis itu hingga memaksa Aylin memfailkan kes penderaan fizikal.
Jaehyun dipenjarakan dua tahun, namun dia tak tahu yang lelaki itu dibebaskan hari ini.
"Aku sayangkan kau, Aylin. Kenapa kau tak boleh nampak semua tu? Tak ada lelaki yang sayangkan dan mahukan kau lebih dari aku! Hanya aku!"
Pandangan Aylin bertukar gelap, sakit di pipinya mula tak terasa lagi dan tubuhnya terkulai lemah diatas sofa.
___________________
LENA Jungkook terganggu malam itu, bunyi- bunyi seakan suara orang berbisik kedengaran malam itu.
Perkara itu terlalu biasa bagi dirinya, namun entah kenapa malam ini bisikan itu seakan membingitkan telinga.
"Hshkdnjsj"
Jungkook menutup telinganya. Kepalanya terasa seakan mahu pecah mendengar bisikan yang tak dia tahu apa maknanya itu.
Tapak tangannya menekup kuat cuping telinga miliknya, namun bunyi itu tetap menembusi tapak tangannya dan semakin kuat dari yang tadinya.
"Apa yang awak fikirkan sekarang ni?" soal suara itu. Suara Dr. Aylin yang sering menyoalnya di bilik kaunseling. Jungkook mendongakkan wajah, namun kelibat gadis itu sama sekali tak kelihatan.
"Apa yang kau nak dari aku? Aku tahu kau bukan dia."
Hening, tak ada sahutan. Dahi Jungkook berkerut pelik kemudian dia mula merasa tak sedap hati.
"Aylin..." nama gadis itu meniti dibibirnya. Wajah polos Cho Aylin bermain- main di benak fikirannya. Jungkook melepaskan keluhan kecil.
Buat apa nak fikirkan orang yang tak ada kena- mengena dengan kita, kan? Tak ada function, bisik hati Jungkook seraya membaringkan tubuhnya semula.
Namun bayangan gadis itu masih lagi berlegar- legar difikirannya.
"Aylin... kau okay, kan?"
.
Maaf atas segala kehambaran.
[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]